21 Feb 2012

Sebulan dua jadi setahun dua

Sekarang ni ramai penunut universiti dah mula kembali ke universiti masing-masing. Dan sem ni biasanya adalah sem terakhir untuk mereka yang berada di final year. Seronok bukan? Aku memang paling tunggu2 sem terakhir dekat UTM dulu. Dalam hati tu, bila lah nak habis belajar ni. Dah bosan dah belajar, lepas ni nak cari kerja, kahwin, dapat anak, beli rumah, beli kereta, wah, macam-macam.

Bila dah final year ni, ada satu perkara yang akan asyik bermain di dalam fikiran budak final year. Mesti ramai yang dah mula fikir tentang soal nak cari kerja. Bagi yang dah berfikir tu, bagus. Maknanya korang berada di landasan betul untuk dapat kerja awal. Bagi yang masih lagi tak fikir dan plan, awas. Korang mungkin terlambat dan terpaksa menganggur beberapa bulan lepas graduate.

Kenapa aku cakap macam tu?

Dari apa yang aku perasan, waktu macam ni banyak company yang akan cari fresh grad untuk isi kekosongan tempat kerja diorang. Terutamanya bila dah nak habis sem nanti. So kalau korang plan nak start lambat cari kerja, takut korang akan terlepas peluang-peluang keemasan macam ni. Senang nak cakap,konsep dia macam 'Siapa cepat, dia dapat'.

korang boleh guna jobstreet, jobsDB, jobcentral.com.my, mystarjob


Bila nak cari kerja ni, first thing first make sure RESUME korang berada dalam keadaan tip top. Tip-top yang macam mana? RESUME tu mesti lah edit cantik-cantik, update yang terkini, tiada kesalahan dalam ejaan dan grammar, guna gambar yang hensem/cantik, dan kalau sempat nak naikkan pointer tu, ini lah masanya. Kalau boleh RESUME tu biarlah just maximum 2 muka surat. Tak perlu panjang berjela.

RESUME ni just sebagai syarat untuk korang dapat interview. Waktu interview nanti korang akan dinilai dengan sehabis mungkin. So mantapkan cara korang mempersembahkan diri masing-masing. Cara bercakap, bahasa inggeris, itu kena perbaiki jika tak bagus.

Dan jangan ambil mudah lah waktu interview. Aku setakat ni dah attend 6 interview, ada yang ok, ada yang flop. Yang tak ok tu, sebab tak prepare. Tak study betul-betul tentang company, process untuk product company tu. Sampai pernah kena marah dengan panel interviewer. So always be prepared. Sekarang ni semua maklumat mengenai company boleh dapat dekat internet, rajin-rajin lah google.

If ada yang berfikir, "lepas ni aku nak rest sebulan dua dulu lah. Lepas tu baru lah start cari kerja. Penat belajar tu, 4 tahun." cepat-cepat lah tukar mind set korang tu. Kalau dapat rest sebulan dua memang tak apa, jangan rest sampai setahun dua sudah lah. Nanti korang yang merana. 

4 comments:

Cik Norfa said...

betul tul. dulu time dah nak final year. mmg berkobar nak abiskan study. tak sabar nak keje..tp last2 bila abis study. kemain payah la nk cr keje. bila dh dpt keje, mula la rasa mcm takde life. sbb asik keje je..dan2 rindu zaman bljr. bila dah kawen pun rasa camtu...mmg zaman bljr plg meningglkan kesan...

time bljr pun sbenarnya dh leh start dgn praktikal/freelance dgn mana2 company. boleh timba pengalaman. utk bidang2 tertentu la. =)

Suraya Aris said...

insyaAllah saya akan ikut pesan abg ni ok :) saya tak grad degree lagi

nur hidayah isa said...

baiklah abg serol. saya jugak akan ingat pesan abang. kehkeh..

tapi sampai sekarang tak buat2 lagi resume tu :p

MK Kimi said...

bestnya dia dh keje. sdikit jeles disitu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...