19 Feb 2012

Makan pasembor Penang

Sekarang aku dah stay kat penang. Lebih kurang 2 bulan lepas aku start kerja dekat bayan lepas, kira 1st job aku bila graduate tahun lepas. Nak kata dah settle down semua, belum lagi. Tentang kerja pun tengah banyak belajar benda baru bagi aku.

Company Philips Lumileds tempat aku kerja ni elektronik, aku pula dari background chemical engineering, jadi mula-mula masuk dulu pun memang blur. Tapi sampai bila nak blur macam tu kan. So nak tak nak memang kena banyak belajar sendiri benda baru ni semua.


alkisahnya pasal pasembor ni, last week aku pergi lah jalan-jalan dengan sepupu, nak tengok tempat makan yang menarik dan sedap di Pulau Pinang ni. SO pergilah padang kota sebab sepupu aku suruh try mee sotong dengan coconut shake dekat gerai berhampiran situ. Tapi tutup, so kitorang pun pergi food court sebelah padang kota tu.

Nampak satu gerai pasembor ni, menarik. SO ini lah yang kitorang makan untuk 3 orang.

pasembor untuk 3 orang makan

Kita boleh pilih sendiri nak letak apa dalam pasembor tu. Kitorang pun pilih la Cucur udang, fish ball, udang, sotong, timun, kentang, dan macam-macam lagi. Sampai rambang mata kalau nak pilih semua.

Yang tak sangka, harga pasembor atas tu dekat RM50.! Pergh, gila mahal. Confirm sampai bila-bila pun tak pergi dah kedai ni. ceh.

5 comments:

Rozuan Ismail said...

amboi sedapnye.

kasih said...

padang kota?kdai2 kat food court situ memang mahal harga makanan dia, sebab tu orang tempatan tak pergi sangat.. memasing dah tau.. so memang taourist je la yang akan kena ketuk.. ekekek.. lain kali beringat.. :P

mizz_aainaa said...

hehe.. aha.. memang mahal kat stu.. tp kadang2 layan jgk.. heee..
just klu udang tuh mmg mahal lah..

CIK CHIPSMORE said...

pasambor?/xpenh makan pown..nak sikit ..hahaha

Sky0ne said...

fuhhh cekik darah punya harga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...