27 May 2011

MyKAD Hilang

Masih ingat lagi kisah kunci motor aku yang hilang dulu? Aku ada cerita dekat sini. Nampaknya kisah cuai aku tak tamat dekat situ. Baru-baru ni, wallet aku pulak hilang. Entah mana tercicir pun aku tak sedar. Sedar-sedar je esoknya dah tak ada.

Apa nak buat?

Buat Repot polis-ini adalah paling penting. Setiap dokumen yang hilang tu korang kena mention dalam repot. Nanti masa korang nak buat MyKAD, lesen, Kad atm baru, biasanya diorang nak tengok repot polis tu dulu. Pergi je balai polis yang dekat dengan korang, buat repot dan kenalah bayar RM4 untuk dapat salinan repot yang disahkan.

Kalau hilang 1st time macam aku, sepatutnya kena kompaun RM100. Tapi kalau untuk student, korang boleh dapat harga diskaun 50% untuk kompaun. So daripada kena bayar RM110, just bayar RM60, 50(kompaun)+10(permohonan).

Yang penting kena sediakan salinan kad pelajar/slip pendaftaran/keputusan peperiksaan untuk pengesahan yang korang masih student.

berapa kena bayar hilang mykad
kalau dulu ye lah kena bayar RM10 je, tapi sekarang kompaun RM100

Dalam masa 10 hari bekerja biasanya dah siap MyKAD baru tu. Kalau tak sure dah siap ke belum, boleh check online dekat website JPN. http://www.jpn.gov.my/semakic/ Nanti akan keluar macam ni.

Semakan MyKad
STATUS: sedia diambil.! Macam aku haritu aku buat dekat
pasir gudang sebab kebetulan ada dekat situ.

Apapun aku rasa kompaun RM100 untuk MyKAD hilang adalah satu beban. Sebab biasanya kalau wallet hilang, habis semua dokumen penting dalam wallet tu hilang macam lesen, roadtax, kad ATM. Bila kad atm hilang, susah nak keluarkan duit dari bank. 

Dan nak buat balik lesen, roadtax, kad atm semua tu pun dah dekat 100 jugak. Itu kalau 1st time, tapi kalau dah kali ke-2, 3 hilang, mana nak cekau duit semua tu weh dalam waktu yang singkat.

Next entri aku cerita pengalaman aku buat lesen, roadtax, kad atm baru pulak.

25 May 2011

Roti bakar

Roti bakar
gambar sekadar hiasan-jangan terliuq naa

Pagi-pagi ni aku terbau roti bakar jiran aku buat. Terus terliur nak makan roti bakar. Biasa aku makan roti bakar ni dekat kedai mamak, satu set (2 keping) RM1.20. Kadang-kadang seringgit pun ada.  Makan dekat kedai je lah sebab kat rumah bujang ni tak ada pembakar roti.hehe. Roti bakar ni memang breakfast yang simple, tapi sedap!

20 May 2011

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

harimau belang
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Sejak sekolah rendah lagi aku dengar peribahasa di atas. Masa tu tak fikir sangat tentang maksud peribahasa ni. Budak-budak biasalah, mana reti nak fikir semua itu. Tahu nak seronok saja.

Tapi bila umur dah hampir suku abad ni, peribahasa ni selalu buat aku terfikir. Apa sebenarnya yang telah aku lakukan sepanjang 24 tahun atas muka bumi ciptaan Tuhan ni. Hidup yang sentiasa menyusahkan orang atau yang banyak tolong orang lain?

Something that all of us need to reflect back. Kita tak tahu bila, dimana, bagaimana kita akan menghadapi kematian. Mungkin ini post terakhir yang kita baca, mungkin jam ini jam terakhir kita, mungkin nafas ini hembusan terakhir buat kita, kita tak tahu.

Tapi apa yang kita tahu adalah berusaha sebaik mungkin untuk meninggalkan satu legacy yang memberi manfaat buat orang lain. :) Salah satu legacy yang takkan hilang dan luput dan sentiasa di gunakan adalah ilmu yang di ajarkan kepada orang lain. Sama seperti dalam tulisan ini.

Daripada DIA kita datang dan kepada Nya kita kembali


Al-fatihah untuk kenalan, ahli keluarga, dan seluruh umat islam yang telah pergi ke rahmatullah. Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat Allah s.w.t. 

17 May 2011

Have a life!

have a life
live life to the fullest!

Bila senyap tak ada update bukan bermaksud aku hilang ke apa. Macam biasa lah, menjalani kehidupan sebagai seorang manusia biasa. Setelkan tanggungjawab yang tertunggak, problem dalam hidup, dan perkara-perkara yang kita unexpected. Alhamdulillah, setakat hari ni banyak perkara yang dah selesai, dan ada yang hampir nak selesai.

Ada jugalah benda yang tak selesai lagi. Tapi at least sekarang ni dah rasa ringan gila badan. Tak macam beberapa bulan yang lepas. Tak macam beberapa minggu yang lepas. Busy dan pening asyik fikir pasal benda ni semua. And sekarang dah boleh fokus kepada “WHAT’S NEXT?”

Tanggungjawab apa? Problem apa? Pening kenapa? Apa yang NEXT? Banyak sangat kalau nak cerita sekarang. Next time lah. :D

p/s: Hari wesak ni johor cuti, so kita enjoy. Jangan terperuk dalam rumah ye dak. Jangan asyik mengadap blog, FB, Twitter 24 jam. Go out there and have a life! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...