29 Apr 2011

Misbun dan BAM-pandangan aku

 misbun chong wei

Aku sebenarnya adalah baca2 juga tentang misbun sidek dengan BAM ni. Sejak hari tu lagi bila dia kata dah tak nak, they should have respect his decisions.

Orang tu tak nak, tapi BAM still suruh dan pujuk dia untuk masuk balik. Sampaikan yang baru ni, ditawarkan untuk jadi jurulatih pelapis pun dia tolak sekali lagi.

Tak ada alasan yang misbun bagi kenapa sebenarnya dia tolak tawaran tu. Mungkin dia ada masalah dalaman persatuan, sebab tu dia dah tak nak sambung. Boleh jadi juga masalah kesihatan dan dia tak nak hebohkan pada semua. Kita tak kan tahu selagi dia tak cakap.

Tapi aku lega episod tarik tali ni dah tamat. Lepas ni bolehlah BAM terus fokus cari jurulatih berkaliber lain untuk ganti tempat misbun.

……………………………………….

Kadang-kadang bila dah tawar hati ni, susah nak cakap. kita memang akan terfikir untuk ambil keputusan undur diri. Buat lah macam mana pun takkan makan saman juga.

kalau kopi tawar, boleh tambah gula. Tapi kalau hati dah tawar, manisnya madu pun tak terasa.hehe

26 Apr 2011

Bila bloggers UTM ber’gathering

Finally, ada pun blogger dari utm ni gathering. Aku pun ternanti-nanti sebenarnya. Tapi datang juga peluang hari sabtu lepas. Lambat sikit update, sebab busy sangat. Ini pun main curi-curi masa je update.

Aku sampai awal. Diorang plan 530(tapi aku tak tahu),so pukul 5 aku dah sampai dengan member aku. Tapi lastly jam 6 baru start.  Dalam masa yang singkat tu sempat lah kami semua taaruf, sembang2 sikit tentang hal blog, share juga tentang blog sendiri.

Bila makan style potluck ni, macam-macam ada. Ada yang datang bawa pau, pisang goreng, keropok, satay ikan, air, so tak kelaparan lah kami semua petang tu.


utm blogger
kami bloggers utm
Masa mula-mula sampai, semua macam blur, malu-malu sebab tak kenal siapa blogger yang datang. Mana tak nya, ini first time kita berjumpa.

Aku kenal nabil, nurhidayah dan nazlina, blogger lain semua aku baru kenal time gathering tu. Biarpun sekejap, tapi best bila dapat kenal dengan ramai kawan baru. Ramai sebenarnya blogger di UTM ni, tapi ramai tak tahu ada gathering. 

Next time kalau target harap dapat kumpul 100 orang blogger UTM paling kurang, baru meriah kan. Panggil surat khabar sekali. Tak pun submit dalam skudai post. Baru gempak. hehe.

Ada juga seorang non-blogger yang join tadi, rahmat. Kawan aku jugak lah. Alang-alang dia ada kat sini, aku pun ajak dia sekali.

Ini link blogger yang pergi:

http://ecahdenan.blogspot.com

http://aleeya24-fairytaleprincess.blogspot.com

http://syaimzhebatz.blogspot.com

http://mibas.blogspot.com

http://platunkhaz.blogspot.com

http://uzairkate.blogspot.com

http://otakkataituini.blogspot.com

http://mantegakacang.blogspot.com

http://sayafarah.blogspot.com

http://farahanzaini.blogspot.com

http://nurhidayahisa.blogspot.com

http://nurnazlina.blogspot.com

http://dirahpunyerblog.blogspot.com

http://nabil-potter.blogspot.com

http://www.sunahsukasakura.com 

Rahmat(tak ada blog)


Nak tengok gambar lagi, nurhidayah ada upload di blog dia. Gambar Gathering

Blog rasmi UTM bloggers http://www.utmbloggers.com

FB group UTM bloggers


22 Apr 2011

Bila salah nombor pin kad ATM

Petang semalam entah kenapa, aku tersilap key-in no pin untuk kad atm aku. Aku dah yakin sampai 3 kali cuba dengan nombor yang sama, tapi tak boleh. Aku fikirkan tersalah tekan. Tapi kalau sampai 3 kali key-in nombor yang sama, maksudnya salah lah tu.

So bila dah 3 kali salah,kad kena block dan status jadi tak aktif. Tapi nasib baik tak kena telan dengan mesin ATM. Aku pun Call custormer service bank cimb. So the solution for my problem: I need to go to the nearest branch as soon as possible to activate my atm card back.

pagi tadi aku dah setelkan semua. Tapi aku terpaksa buat kad atm baru dan di cas RM12 untuk activate balik. Kalau tak silap, jika aku pergi ke branch di mana aku buat kad lama(iaitu di perak), tak akan kena pun cas dan tak perlu buat kad baru. Tapi sebab aku ke branch lain(johor), so kena buat kad baru.

kad atm CIMB
Tapi elok juga lah, kad yang lama tu pun dah uzur je aku tengok. kad baru ni cantik sikit. :D

Kena sediakan 1 salinan mycard, isi borang, dan RM12. Tapi aku tadi tak ada duit langsung dalam wallet, so RM12 tu automatik ditolak dari dalam account.

……………………………

Aku rasa tadi adalah pengalaman pertama aku berurusan di bank CIMB cawangan UTM skudai yang mana tak sampai pun setengah jam. Aku rasa 10-15 minit saja dari ambil nombor sampai setel semua urusan.

Before this aku selalu ke BSN, Maybank di taiping dan memang sangat lambat. kadang-kadang sampai sejam dua, just untuk tunggu giliran.

Sebenarnya ramai juga orang tadi sebab aku datang dalam pukul 10.30pagi. Mungkin juga kerana ada 4 kaunter yang dibuka, sebab tu cepat. Macam ni lah bagus, tak lah kita banyak buang masa sebab nak berurusan dengan bank kalau semua tempat macam ni.

p/s: Dealmates ada buat lucky draw lagi, kali ni untuk gadget samsung galaxy tab. Nak join klik sini.

20 Apr 2011

SUSAH NAK MENULIS BLOG NI.?

Di kala aku tension menyiapkan projek ni, masa ni lah datang idea nak menulis. Bukan senang idea nak datang, kalau tinggal lama-lama nanti hilang. Entri kali ni juga tidak bergambar. Harap sabaq lah ye membaca.

Bukan senang sebenarnya nak tulis dekat blog ni. Bagi aku susah sebab tak boleh nak tulis sesuatu yang kita betul-betul rasa dan tulis dalam blog. Mari sini aku bagi contoh.

Cth 1: tengah marah dan meluat dengan kawan, jadi kita tulis dekat blog yang kita ni sangat tak suka dekat kawan kita tu. Lepas tu tambah lah sikit, dia ni budak negeri k*****n. Marah, kutuk then publish.

One month later ada orang marah ko tulis macam tu, kecoh satu malaysia ko kutuk diorang. Tersebar dekat FB bagai. So sebab nak jaga hati semua orang, ko terpaksa delete blog, delete fb. setel.

Cth 2: Ko nak tegur orang, tapi sebab ko ni jenis yang lepas je nak cakap apapun, ko pun tulis. Adalah lucah2 sikit. Then ada orang tak suka. Marah ko tulis macam tu. Marahnya macam nurulbadiah ni.

Aku bukan nak sokong mana2 pihak. tapi nak bagi contoh kenapa aku cakap susah je. Kenapa? Sebab kena jaga hati orang lain beb. Kalau tulis main hentam keromo je, jaga-jagalah. Ada je yang siap siaga nak hentam nanti.

Dalam blog aku ni jarang aku bagi direct. Aku suka cakap sipi-sipi macam dalam entri ni. Kata Lizarazak aku macam abg dia, suka cakap cakap cover2 macam tu. Bagi aku, kalau korang sendiri dapat figure out apa yang aku nak kata, lagi berkesan.

Tapi kalau tak dapat, kurang berkesan tu. Mungkin maknanya korang bukan datang nak baca sangat, tapi nak cukup syarat blogwalk je.

Orang kata nak tulis ni kena lah ada adab. Tapi aku sendiri kadang-kadang rasa susah juga. Tak dapat nak cakap something sebab takut readers marah. Taip-taip, tekan backspace..

Banyak ni dalam otak nak tulis, tapi semua terbantut. Mungkinkah aku kena buat satu blog lain untuk salurkan semua idea tu? siapa tahu kan…err..

p/s: lain macam bunyi entri hari ni kan. tak skema macam yang lepas2.kan kan..

p/s2: gambar pun tak ada. susah nak upload if tenet slow ni.

p/s3: siapa setuju, sila angkat tangan macam saye \0/

19 Apr 2011

Cara Hentikan SPAM di telefon bimbit-Stop All

Sekarang ni aku rasa makin menjadi-jadi gejala spamming di nombor telefon. Kadangkala ada yang setiap hari banyak mesej yang masuk. Terasa annoy juga kan. Ingatkan mesej penting dari kawan, tetapi rupanya mesej spam.

Tadi aku jumpa cara bagaimana untuk kita hentikan/stop message SPAM yang masuk hampir setiap hari ke telefon kita tu.

…………………………………………………………………………………………………………

English Version
1. Reply STOP and send to (Received Gateway) eg. STOP send to
32777
2. Reply STOP ALL and send to (Received Gateway) eg. STOP ALL send to 32777


Bahasa Melayu Version
1. Reply BATAL and send to (Received Gateway) eg. BATAL send to 32777
2. Reply BATAL SEMUA and send to (Received Gateway) eg. BATAL SEMUA send to 32777


Additional Information
Telco should activate a catch-all SMS that being sent to 6 series. If a recipient reply to the 6 series broadcast, with the word STOP, then all the future SMS promo for all the broadcast should be stopped.

credited to lowyat forum. http://forum.lowyat.net/topic/1841061

…………………………………………………………………………………………………………

Received gateway tu adalah nombor yang menghantar mesej spam tersebut. Tak semestinya 32777, mungkin juga 32456, 33333, dsbg.

Nak tahu mesej tu SPAM ke tak, cuba tengok siapa yang hantar. If yang hantar tu tertera nama telco korang instead of nombor, cth (sender: celcom, hotlink, digi instead of 32777,62002,33333) itu boleh dikira betullah. memang telco provider yang hantar. If bukan, jangan percaya sangat.

Contoh mesej SPAM yang aku pernah dapat:

[Peringatan pengguna: Servis wireless&mms anda telah dibatalkan. Sila htr ON WWQ dan ON WWP ke 32770 utk dptkan SMS content skrg!] sender:62002 #failed sebab guna shortform. Lagi satu sejak bila handfon cokia aku boleh guna wireless. Bukannya android phone ke, blackberry ke, iphone 4 ke, hahaha.

p/s: berjaya or tidak aku pun tak sure lagi. tapi cubalah, supaya hidup korang lebih tenang tak di kacau oleh spammers lagi. :D,

entri sebelum ini: Kerana kami sayangkan kalian

16 Apr 2011

Kerana kami sayangkan kalian

Bila aku mengutarakan ramai yang tak pandai lagi memasak, ada yang kata apa susah, nanti dah kahwin pandai lah tu. bagaimana pula nanti, kalau ada yang dah kahwin lama pun, pegang senduk pun tak reti?

Kami sayang tu sayang jugalah. Tapi takkan sampai perut suami pun orang gaji yang masakkan? amboi2. Nanti tersayang orang gaji kang, tak tahu…

Tahukah anda, orang lelaki ni senang je nak bagi dia lekat kat rumah. Masak sedap-sedap. Nanti kami tak pergi dah kedai kat kampung seberang yang ada awek cun melecun tu. Eceh, macam biasa je, dah kahwin ke bang serol? Eh,belum2. Cuma macam seronok je bila guna perkataan kami ni.haha

Ok, Lihat saja hasil tulisan ini, dan juga ini. Bukan niat nak membebel. Bukan niat nak kata kamu semua buat salah. Bukan, bukan. 

sayang bebeno kucing dua ekor ni
Sebenarnya sebab kami sayangkan kalian, sebab kami tak nak ramai yang terlepas pandang. Sebab kami mahu kalian ambil berat tentang perkara ni. Dah tahu? Dah endah? bagus lah. Teruskan niat untuk jadi lebih baik. Bukan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
 
Kata nak suruh kami jadi imam. jadi pemimpin keluarga yang boleh tegur andai nampak benda yang tak elok di mata. Tapi bila di tegur, ramai yang keras hati. Ada juga yang sambil-sambil tu kata kami ni double standard.

…………………………………………….

“Siapa suruh perempuan tak jaga aurat betul2, tayang sana, tayang sini, camwhore sana, camwhore sini, tempek dekat FB, blog, bagi show free” kata si adam.

“Siapa suruh lelaki tak jaga pandangan,dah ternampak tu tunduk2 lah, pandanglah tepi ke, atas ke, bawah ke, mana-mana lah” kata si hawa pula membantah.

dua-dua nak menang. Siapa pun tak nak mengalah. Maka nanti ada pula yang berkata-kata;

“Aii tak kisah mak, Aii ni mana-mana pun boleh. Lelaki tayang pun aii tengok, perempuan tayang pun aii tengok juga.. Aii ada nafsu jugak tau”-kata si tengah-tengah


*aku pun dah mula geleng kepala

…………………………………………….

aku ni jenis yang tak suka cakap direct. Suka main sipi-sipi. kalau jenis yang tak baca sangat, baca betul-betul dulu sampai faham.heh

13 Apr 2011

Blackout-apa nak buat?


Blackout-apa nak buat?, originally uploaded by Hasrol Nizam.

Jangan pelik pula dengan gambar hitam legam ni. Tengah buat kerja tadi, tiba2 blackout. Aku kalau boleh memang nak siapkan seberapa banyak yang boleh malam ni. Tapi kalau dah macam ni gayanya, terpaksa sambung esok.

Macam mana nak tengok champions league man u lawan chelsea pagi ni? Rugi tak tengok, manalah tau chelsea buat comeback dekat old trafford. Heh. (Kena optimis beb)

Apapun, tak sempat nak layan misteri jam 12 yang aku mention dalam entri yang lepas. Blackout macam n, sejuk, macam ni baru thrill kan layan.

Blackout, apa pun tak jadi.

11 Apr 2011

Orang kita ni memang tak prihatin

selfish
Orang malaysia ni kesedaran sivik tu masih rendah. That’s why kita ada facility kelas pertama, tapi minda kelas ketiga. Apa korang buat jika dalam bas yang penuh, ada seorang perempuan mengandung yang tengah berdiri?

Jika kita ni seorang yang prihatin, kita mesti akan offer orang yang mengandung ni duduk di tempat kita. Itu common sense. Sebab kita tahu bahaya bagi dia. Mana lah tahu, tiba-tiba bas brek, boleh terjatuh dan ada effect pada kandungan.

Pengalaman kak sumijelly ni, aku rasa ramai lagi yang pernah kena. Orang ramai buat tak nampak saja. Masing-masing pentingkan diri sendiri.

Satu lagi perkara tentang orang kita ni, takut nak buat baik. Takut bila tolong orang, nanti orang kata kita perasan baik. Ah, pedulikan pandangan orang lain. Biar apa yang orang nak kata. Janji kita buat perkara yang betul. Bukan buat jahat pun.

8 Apr 2011

Misteri Jam 12-rancangan radio yang seram

Blog-misteri-jam-12

Al-kisahnya semalam blackout pukul 12 tengah malam. Aku pun tak boleh buat apa, dengan lilin pun tak ada, terpaksa lah bergelap. Sambil baring atas katil, aku pasang lah radio nak bagi hilang bosan. Entah macam mana sambil dengar hot FM, aku tertukar siaran lain. Siaran RIA 89.7FM dari singapore. Then waktu tu ada satu rancangan “Misteri Jam 12”.

Dalam Misteri Jam 12 ni,seorang penyampai radio bernama KC akan bacakan kiriman email cerita-cerita seram daripada pendengar. Semalam, KC tu tak berada di konti. Tapi dia drive ke tempat yang orang ramai cakap angker(ataupun ‘kawasan keras’) dan baca email tu dekat sana. Tengah-tengah malam jumaat, berseorangan, baca cerita hantu di tempat yang ‘keras’ dan gelap. Boleh bayangkan tak? fuh.

Mula-mula aku ingatkan tipu je, tapi bila siap dengar bunyi dia berjalan, bunyi cegkerik, bunyi dia bukak pintu kereta,bunyi dia berlari sebab takut,so memang betul.

Ada satu part semalam, sedang KC tu baca email cerita seram atas kerusi kat tempat yang ‘angker’ tu, tiba-tiba dia terus berlari ke kereta. sebab dia rasa tak sedap hati. Suara pun dah tersekat-sekat.

Aku yang dengar kisah misteri jam 12 semalam pun sampai naik meremang bulu roma satu badan. Dah la malam jumaat. Korang faham-faham je la kan.haha.

Dengan suara DJ yang boleh buat seram, Sound effect sewaktu rancangan tu pun memang menyeramkan. Waktu iklan pun ada suara orang mengilai lah, dan macam-macam lagi. tambahan pula aku bergelap dan panas sebab tak ada elektrik, memang pakej.FUh…

Kalau sesiapa sekitar Johor bahru dapat la dengar radio dari singapore ni, setiap 12 malam dari isnin sampai jumaat. Kalau korang betul-betul berani, dengar lah. Tak nak terbayang-bayang sampai tidur, jangan dengar. Tapi memang aku akui, boleh naik bulu roma dengar semua cerita tu.

Nak baca blog rasmi kisah misteri Jam 12. Boleh ke sini. Amaran, anggaplah ia sebagai satu hiburan. Tidak ada sebarang bukti yang boleh mengesahkan kebenarannya.

7 Apr 2011

UTM Chemical Engineering ranked top 20 in asia&top 200 in the World

First of all, tahniah buat Fakulti kejuruteraan kimia UTM. Among of the top 20 in asia, and top 200 in the world for chemical engineering school. Bangga la juga sebab aku belajar chemical engineering kat sini.

UTM Chemical Engineering
Sumber: http://www.utm.my/news/news/390-utm-chemical-engineering-ranked-among-the-top-200-in-qs-world-ranking.html

 
Dekat UTM ni di cover dari segi teori dan pratikal. Maknanya belajar teori dalam kelas, then praktik kan dalam lab.  Setiap subjek teras chemical eng ada lab kalau tak silap. Aku pun tak ingat berapa banyak lab yang aku dah masuk, tapi dah lebih dari 5 kot.Hampir setiap sem akan masuk lab. Kadang-kadang dalam satu sem sampai dua tiga lab pun ada.
 
Even dalam lab scale, ada juga equipment yang tingginya 10 kaki. Tak macam U lain yang banyak belajar teori dalam chemical engineering ni, tapi kurang praktikal sebab tak ada lab.
 
oh ya, atas ini bukan ranking universiti. Tapi ranking subject/programme. Ranking unversiti belum keluar lagi. Tapi lepas ni ranking untuk subject/program yang lain pun akan keluar. So bagi yang nak sambung belajar nanti, Lagi senang nak buat pilihan yang tepat. Sebab kita tahu course dan fakulti mana yang bagus dekat satu-satu universiti tu kan.
 
p/s: Ada orang kata ada perempuan yang tak pandai memasak. Apa pendapat anda di sini.?

5 Apr 2011

Perempuan tak pandai memasak?

sinonim sejak azali lagi perempuan memang lebih terrer dalam bab memasak dari lelaki. Jarang zaman mak kita dulu-dulu dengar orang perempuan tak pandai memasak. Mungkin sebab perempuan lebih rajin dan naluri keibuan tu membuatkan orang perempuan ni memang rajin ke dapur.

Tapi zaman sekarang ni perempuan ramai yang habiskan masa belajar. Dan ada yang tak sempat nak belajar memasak. Mana tak nya, masa sekolah rendah tak suka lagi bab ni. Lepas tu kena masuk sekolah asrama penuh sampai SPM. Then masuk matrikulasi, masuk universiti. 

Tak ada peluang pun nak belajar sebab banyak habiskan masa di hostel. Makan semua orang dah sediakan. Beli je dekat cafe, makan je dekat kantin, senang. Korang jangan buat terkejut, alasan ni memang aku pernah jumpa. 

ayam-barbeque(bbq)
aku reti bbq je.
Readers blog aku ni mesti semuanya pandai memasak kan. Jadi kali ni aku nak cakap persepsi dari seorang lelaki, kalau dia tahu seorang perempuan tu tak reti bab masak-memasak ni.

Aku sendiri kalau dapat tahu seorang perempuan tu tak reti memasak, memang saham dia dah jatuh banyak point. Kalau tak reti LANGSUNG, sampai tak pernah pegang pisau, saham boleh jadi negative. Sebabnya aku ni tak pandai. 

Jadi kenalah cari calon yang boleh memasak la kan macam si dia. Nanti boleh lah ajar aku sikit-sikit bila dah berumah tangga.”ehem2” Nak suruh mak yang ajar? Sekarang dah jauh dengan mak. Dah tak ada orang nak ajar dah.

But, same goes to the other way around lah kan. Kalau orang lelaki demand nak perempuan yang ada kebolehan memasak, orang perempuan pun nak lelaki yang ada kebolehan menjadi imam, membimbing mereka dalam bab agama dsbg. Agreed?

Macam mana nak jadi blogger lain dari yang lain? refer sini

4 Apr 2011

Blogger lain dari yang lain

Setiap blogger mesti cuba menampilkan kelainan dalam blog mereka. tak kira la kan, dari segi penulisan ke, layout blog ke, mesti ada yang lain yang buat kita lebih special. Blogger di malaysia ni ramai. Statistic blogger berdaftar dekat gengblogger saja dah mencecah 19000++. Hampir 20 ribu tu. Bukan sikit!

ini pun lain dari yang lain :D
Akibat dari banyaknya blog di malaysia ni, dan ramai blogger yang mencari trafik. So bila ada berita atau peristiwa hot/terkini mesti akan ada lambakan blog post yang sama. 

Contoh paling senang tentang ABP2010 semalam. Bayangkan dekat bloglist aku ada 10 blog. Dan 9 blog update topik yang sama iaitu pasal ABP. Aku sebagai reader takkan lawat semua. Mungkin satu blog, mungkin 2. Sebab aku dah boleh agak isi yang ada pada 9 blog tu. Sama saja.

Jadi kalau antara 10 blog tu, blog yang ke-10 tulis tentang mengidam makan durian, aku akan terus baca. Kenapa? Sebab blogger tu tulis satu benda lain dari blogger lain. 

Readers always want to read some fresh idea from your perspective and experience. Jadi ability untuk cari idea yang baru adalah penting supaya blog anda lebih menyerlah dari orang lain.

P/s: bosan sikit baca entri yang berkisar benda yang sama saja hari ni.heh

2 Apr 2011

Sucker Punch movie-live blogging

Sekejap lagi nak tengok cerita sucker punch. Dengaq2 macam best je cerita ni.

Tengok wayang ni pun member yang belanja. Sebab tolong dia kemas rumah baru dia pindah pagi tadi.

Penat2 mengemas tadi, malam ni kita enjoy ye dak.hehe. Siapa yang dah tengok cerita sucker punch ni? Nak tanya, best ke tak?

Musim durian dah tiba!

Kalau duduk dekat kampung ni, satu saja benda yang paling best yang orang dekat bandar tak rasa. Musim buah! Sekarang dekat taiping sedang musim durian. Dulu masa ada dusun dekat kampung, memang tak luak buah durian tu kitorang makan. Senantiasa ada buah. kadang-kadang makan sampai dah tak lalu.

durian
buah durian isi nya kuning. terliur tak? fuh

Ada sekali tu dekat rumah masa tak ada orang , aku nampak ada durian 5,6 biji dekat dapur. Last-last 3 biji aku seorang yang belah dan makan. 3 biji tu bukan buah yang kecil, tapi besar lah juga. Malam tu panas badan jangan cakap lah.hehe.

Time aku dekat rumah, jarang nak ada musim buah. Time aku tak boleh balik macam ni lah baru dia nak musim. Ini yang tiba-tiba rasa nak balik ni. demn.

Bayar RM9.90 makan durian puas di Hentian Bukit Gantang

Kawasan Bukit Gantang ni dekat je dengan rumah aku. Memang banyak dusun durian. Dah banyak tahun diorang buat pesta makan durian macam ni. Pesta kali ni dekat hentian plus bukit gantang, korang bayar RM9.90, makan lah seberapa banyak yang mampu. Fuh, best gila. sumber utusan

p/s: Petua orang dulu-dulu, sejukkan badan lepas makan durian dengan minum air dalam kulit durian tu. Aku pun tak sure la petua ni betul ke tak. Korang yang pernah try rasa macam mana? berkesan ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...