25 Feb 2011

Jangan cepat #melatah

Korang pernah tengok tak orang yang cepat melatah? Biasanya orang cepat melatah ni adalah golongan orang tua-tua. Yang rambutnya dah beruban menutup kepala. 

Pantang dicuit pinggang sikit, mulalah dia melatah. Macam-macam gaya pun ada. Ada yang cakap merepek-repek, ada juga yang boleh sampai menari. Dan yang paling seronok melihatnya, adalah orang sekeliling. Gelak melihat gaya dan telatah orang yang melatah tu. 

  Tapi kita tak tahu, sebenarnya orang yang melatah tu pun penat. Kesian.

Tak di sangkal lagi, facebook menjadi medium yang semakin hari semakin ramai pengguna. Tak kira dari golongan muda, sehingga golongan tua. Semua ada facebook. Sampaikan orang yang dah almarhum pun ada facebook. tak percaya? Aku pernah jumpa..tapi tak tahu la betul ke tak.

Kawan mencelah: Serol,jap-jap..Apa kaitan facebook dengan melatah ni?
Aku: sat la, aku nak sambung cerita lagi ni…

Pernah tak korang terbaca tentang satu note di facebook. Tentang penggunaan perkataan SALAM itu sebenarnya salah! Maka ramai lah orang yang melatah, terus share note tersebut di facebook, mahupun di blog. Sedangkan tak tahu, tepat atau tak isi kandungan note tersebut. Dan baru-baru ni, ada pula note yang mengatakan penggunaan SALAM tu sebenarnya tak salah. rujuk sini
 

Bagi aku, bukanlah betul atau tidak isi kandungan note berhubung perkataan SALAM tu yang nak aku tekankan kat sini..

Tapi sebenarnya, kita tak perlu jadi seperti makcik yang senang melatah. Pantang dicuit dengan isu-isu tertentu, kita dah terjerit-terlolong. Berjoget-menari. Kalau terbaca sesuatu, baca dua tiga kali. Kalau nak share, fikir lima-enam kali!

Jika perkara itu berkaitan dengan agama, rujuk orang yang ilmunya lebih dari kita. Jangan kita bergantung pada logik akal. Jangan kita asyik terima semua benda secara buta tuli. Jangan kita cepat melatah.

Lastly, kita yang melatah pun penat, orang lain pula gelak tengok gelagat kita.

Got my point? 

18 Feb 2011

Nombor telefon di facebook-sila jaga privasi anda

Benda ni ada yang cakap dah lama, tapi baru-baru ni saja orang mula perasan. Al-kisahnya sebelum ni aku memang tak pernah letak nombor telefon dalam facebook. Tak ada faedah pun kan letak kat situ. Lagipun kena jaga privasi lebih di social network ni.

Tapi baru-baru ni bila aku nak buat satu application di facebook, tak perlulah nak aku cerita application apa, tak ada kaitan dengan korang pun kot. Aku kena verify dulu akaun facebook dengan isi code yang di hantar ke telefon. Aku isi nombor telefon untuk verify je lah.

Tak pernah pun sebelum ni aku isi maklumat telefon di bahagian info di profile. Tapi bila aku check balik semalam, nombor telefon aku ada terpampang di info. Pelik, pelik.. 

Kalau aku tak silap, ini bermakna, kalau korang tak isi nombor di bahagian info. Tak ada nombor korang dekat situ. Sebelum ni jika pernah verify account pun nombor akan automatik ada di info.

Nak remove senang. Pergi ke profile > info > edit(contact information) > phones(delete no fon korang kat sini) >save changes

Nak tengok nombor orang lain, pergi ke account>edit friends>phonebook

 Kalau orang lelaki, diorang memang tak kisah kalau kena kacau. lagi suka kot kalau yang kacau tu perempuan..haha. Tapi yang bahaya kalau perempuan kena kacau. Macam-macam boleh jadi. ish.

Nak facebook aku. boleh klik sini. Tapi tak ada nombor telefon lah.hehe

17 Feb 2011

Segmen: SAYA PUNYAI 500 - 1000 FOLLOWERS

Sekali-sekala nak juga mengjoin segmen dari brader ben ashaari ni. Kali ni punya segmen untuk blogger yang ada followers dari 500-1000. So blog hasrolnizam.com ni memang boleh sangat lah untuk join kan. 

headersantai5
Kepada yang nak join, boleh klik gambar dekat atas. 

Nak tahu kenapa aku malu pada hari maulidur rasul, klik link ni untuk renungan bersama Salam maulidur rasul 1432H-tapi hari ini aku malu

Perut masih lapar lagi pagi-pagi ni, dapat makan Masakan mak mesti sedap kan. =)

15 Feb 2011

Salam maulidur rasul 1432H-tapi hari ini aku malu

Mula-mula sekali marilah kita menyampaikan selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W sempena 12 rabiulawal tahun ini. 

credit pict to luthtextile.com
Alhamdulillah, budaya di malaysia memang akan menyambut tarikh lahir baginda setiap tahun. Biarpun setahun sekali, tapi sekurang-kurangnya tak terus dilupakan. Setahun sekali kita akan di refresh kembali akan sirah perjalanan, dan perjuangan yang di hadapi sepanjang hidup Nabi Muhammad SAW. 

Tapi tahun ini aku malu bila baca surat khabar hari ini. Ramai anak muda, masih belum berkahwin, dan yang pasti adalah beragama islam, kena tangkap khalwat dengan jabatan agama islam sempena ops valentine malam semalam. Bahan berita hari ini yang sepatutnya penuh dengan kisah-kisah sempena maulidur rasul, dicemari dengan kes-kes sedemikian. 

Di akhir hayat Baginda, Nabi Muhammad S.A.W masih lagi ingatkan umatnya, tapi kita? selalu buat-buat lupa akan insan yang teristimewa ini. Lupa akan ajaran, lupa akan sunnah, lupa akan larangan, lupa akan segala yang pernah diajarnya.
HN: ada juga kes tak tahu yang hari ni maulidur rasul, ingatkan hari ni maal hijrah.ish3.
baca sini-maulidur rasul dan tahun baru?

5 Feb 2011

Makan nasi minyak


Makan nasi minyak, originally uploaded by Hasrol Nizam.
Hari ni ada banyak jemputan kenduri. Tapi dapat pergi satu je la. Tak sempat nak pergi yang lain sebab ada hal.

Makan nasi minyak orang je la. Nak merasa nasi minyak sendiri lambat lagi..uhuk2..

4 Feb 2011

Masakan mak memang sedap.!


Masakan mak memang sedap.!, originally uploaded by Hasrol Nizam.

Gulai(kari) daging, kobis goreng, ikan perkasam, ulam jantung pisang, ulam kangkung, ayaq asam.. Kenyang aku dengan menu tengahari hari ni..hehe.

Dah lama tak makan masakan mak.. Biarpun jauh merantau, balik kampung mesti cari lauk mak masak.

Nak buat macam mana, lidah ni dah terlatih dah dengan makanan yang duk rasa bertahun2..

Memang terbaik lah masakan mak.. =)

HN: kalau kat utara ni, gulai tu sebenarnya kari.. Jangan pelik pulak.

1 Feb 2011

Krisis di mesir-apa tindakan malaysia?


Negara lain sudah mula membawa keluar rakyat mereka dari mesir. Malaysia? Baru tengah malam semalam timb. menteri luar baru berlepas ke sana untuk meninjau keadaan.

Dah seminggu krisis kat sana. Kenapa baru nak 'tinjau'? Harap mereka yang berada di mesir semuanya selamat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...