19 Aug 2011

Puasa yang diharamkan


Selamat berpuasa diucapkan kepada semua muslim yang sedang menjalani ibadah puasa. Lebih kurang 10 hari lagi ramadhan bakal sampai ke penghujungnya. Untuk pengetahuan kalian, selain dari puasa wajib di bulan ramadhan dan puasa sunat yang seringkali kita lakukan, terdapat juga beberapa jenis puasa yang diharamkan kepada orang islam. 

Antara puasa yang diharamkan ialah: 

  • Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
  • Puasa pada Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal
  • Puasa pada Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah
  • Puasa pada Hari Tasyrik pada 11,12,13 Zulhijjah
  • Puasa perempuan haid dan nifas
  • Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijjah, larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah, tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang mengikut Mazhab Ahli Sunah Wa al-Jamaah, namun menurut pandangan Ahli Sunah wa al-jamaah juga, haram berpuasa pada hari tersebut bagi orang yang menunaikan Haji di Arafah
  • Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
  • Puasa bagi orang yang bimbang berlaku mudarat ke atas dirinya kerana berpuasa
  • Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah S.w.t.

Terdapat juga Puasa Makhruh, iaitu: 

  • Puasa pada hari jumaat secara berasingan. Contohnya; Tidak didahului oleh puasa hari Khamis sebelumnya atau Sabtu sesudahnya
  • Puasa 15 sehingga 30 Syaaban bagi bukan qada atau puasa sunat yang tidak pernah dilakukan sebelum 15 Syaaban ti-tiba sampai 15, 16, 17 dan seterusnya dia ingin berpuasa sunat
  • Puasa terus menerus sepanjang tahun

Sumber: majalah SOLUSI isu 34, isu khas sempena ramadhan dan syawal


3 comments:

.sweet-ants. said...

nak puasa terus menerus..jd amalan siang puasa malam mkn.camne ek..hehhee

puteri ain said...

good info . thanks for sharing .

zulkbo said...

salam..
ermm..nak ngabis Ramadan pun
ramai yang mengeluh..apa lagi nak
berpuasa di hari yang lain..


pada yang menjaga solat dan amal ibadat..persoalan ini sudah tentu mereka ambil peduli..terima kasih war-war kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...