12 Aug 2011

Persoalan: Kenapa kulit buku mesti tebal?

Perasan atau tidak, kulit buku mesti lebih tebal dari helaian kertas didalamnya kan? Tak kira lah buku sekolah, buku ledger, buku teks, hatta buku 555 sekalipun kulit dia lebih tebal dari kertas di dalamnya.

Pelik? Kenapa tak buat sama macam surat khabar. Sebab suratkhabar muka depan dan belakangnya sama saja dengan mukasurat yang lain. Sama besar, sama nipis. Tapi suratkhabar ni nanti orang cuma guna untuk bungkus belacan.

Kenapa kulit buku mesti tebal? 

Mesti ada yang jawab untuk melindungi kertas-kertas di dalamnya lah bukan. Supaya tak rosak. Bila ditindih, kena air, atau jatuh, yang calar kulit saja. Kertas di dalam akan selamat

tebal-tebal semua buku aku baca dulu, kulit tebal, isi pun tebal

Tapi, kenapa nak kena lindungi helaian yang dekat dalam tu? 

Kerana tak lain tak bukan adalah kerana isi di dalam tu adalah tersangat penting. Cuba bayangkan jika anda baca novel, Ada 5 bab semunya. Tapi bab 1 habis semua kertas rosak sebab kena air dan tak boleh baca. Mesti tak feel nak baca bab ke 2 dan seterusnya. Kalau bab 5 yang rosak, tak feel la nak baca sebab tak tahu ending macam mana.

Jadi kenalah nak jaga isi dalam buku tu kan. Lagi berkualiti kulit buku, lagi tahan lama dan lagi bagus!

Same goes tu aurat. Kita analogi kan aurat itu umpama isi kandungan dalam buku. Dan sudah tentu pakaian yang menutup aurat itu adalah kulit buku. 

Nak jaga isi kandungan buku, kena ada kulit yang berkualiti, nak menjaga aurat, kena lah menutupnya dengan berkualiti juga. Dengan cara yang betul, dengan kaedah yang betul. Nak berpurdah? Apa salahnya kan.

Jadi, kenapa kulit buku mesti tebal? Sebab kita sayangkan isi kandungan bukunya.

Jadi, kenapa mesti pakaian menutup aurat itu penting? eh. itu pun perlu  ditanya lagi kah..

p/s: Lelaki perempuan sama saja, yang lelaki aurat dari atas pusat ke bawah lutut tu pun ramai yang susah nak tutup.

8 comments:

myravea said...

nice entry :)

Kalau nak jaga kertas2 dalam buku tu, kulitnya kenalah tebal :)

Pocket said...

so basically sila lah prefer buku buku yang berkulit tebal. mcm yg dlam iklan kekadang tu..
'heri poter.. now available in hard cover...' gitu gitu..

pasal kalau setakat buku yg kulit nyer pun mcm nak sama tebal jer ngan kulit dalam...
Majalah GIla gila,
Ujang,
atau banyak lagi majalah majalah ringan diluar sana.

pasti harganya murah:D

.sweet-ants. said...

betul2...definisi kulit bukan dan aurat mmg ada persamaan & releven jgk

ARC™ said...

betoi2.

btw camne buat kotak2 like, google+ ngan tweet kt bawah entry tu?

(reply kt fb)

Nur Syazana Mohammed Sani said...

agreee :D

betol 2 ,.

wink wink ^^

Nas Azhari Hamzah said...

dari kulit buku ke aurat.ok... serius x aspect. ha3

syafiq_lomotech said...

huik gambar tu gambar buku paperback. bukan hardcover tu :p

tak pe yang penting ada isi.

Muslimah Optimis said...

cantik susunan ayat dalam entry ni.. hurmmm... dikaitkan antara kulit buku yang tebal dan pakaian menutup aurat.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...