19 Aug 2011

Kes Simbah asid


Bila baca berita sekarang ni dah boleh buat menggeletar satu badan. Simbah acid sana, simbah acid sini, mengerikan. Dan dibawah Ini ada contoh situasi sebenar yang mana mangsa sendiri pun tak sangka perkara buruk boleh berlaku kepada mangsa.

**********************************

situasi 1

Tayar kereta pancit, jadi semestinya mangsa akan berhenti di tepi jalan untuk buat pemeriksaan. Bila keluar dari kereta, tiba2 datang sebuah kereta dan penjenayah datang untuk menyamun. Tak cukup dengan samun, disimbahnya asid kepada badan mangsa. source



situasi 2

Balik ke rumah, dan tanpa diketahui ada orang jahat sudah pecah masuk dan bersembunyi dalam rumah, dan bersedia untuk menyerang mangsa. Dalam kes yang terjadi minggu lepas, penjenayah tunggu, merogol dan simbah mangsa dengan acid.!(tak jumpa pula source, tapi aku ada baca di kosmo)

**********************************

Dua contoh diatas ni memang berlaku, baru je dalam seminggu dua ni. Kejadian ke 2 tu berlaku pada waktu siang. Ya, siang. Sedangkan siang pun penjenayah berani melakukannya, inikan pula malam. lagi senang mereka buat kerja.

Dan bila kita bercakap soal ni, of course lah orang perempuan kena lebih berhati-hati. Sebab perempuan selalu menjadi sasaran. Kalau yang selalu suka keluar sampai lewat malam tu, beringat-ingat sama. Kalau sebab nak tengok wayang tayangan lewat malam, tak payah lah. Tangguh je esok. Wayang tu siang-siang pun ada waktu tayangan kan.

Tak pun sebab nak shopping baju raya, waktu siang pun boleh. Jangan sampai jadi macam ni. source

Oh, ada lelaki teman, tak apa. Em, berapa orang yang teman? Seorang? Dua orang? Sepuluh orang? Macam mana jika terjadi kejadian 1 kat atas tu. kalau penjahat datang sampai 4 orang, apa boleh lelaki yang sorang tu buat. Persoalannya dekat sini, boleh ke nak lawan? Even ada silat pun belum tentu boleh kalahkan 4 orang.

Tujuan entri ni nak kita supaya always beringat. Kadang-kadang situasi yang kita tak jangka boleh jadi perkara macam ni, boleh terjadi. So jika boleh elakkan kita berada pada situasi yang mendedahkan kepada bahaya, elakkan lah.

Jangan sudah terhantuk baru tengadah. 
pesanan khidmat masyarakat ini dibawah khas oleh Hasrolnizam.com

5 comments:

Hans said...

dunia sekarang penuh dengan manusia yang tak bertamadun dan berperangai keji
risau sangat2 weih
minta kita semua dilindungi

NadiRah said...

skang mmg kne berhati2..
lg2 bile g KL...

Pocket said...

sila jangan dekati zina,
kerana zina tu bukan membuat nyer jer dosa.. tp mendekatinya pun dah berdosa..
(Kesitu plak)

tapi utk post kamu ni,
sila jangan dekati zon kemalangan,
kerana kemalangan tu bukan dah ter'jadi' nyer jer buleh jadi trauma. (Kalau dah jadi tak leh nak wat apa dah)
hampir hampir kemalangan pun dah buleh jadi trauma.
uuu takut woo..

so betul cakap kamu,
wayang tu siang pun ada :D

tehr said...

tindakan yang kejam
memang tak boleh dimaafkan

kita hanya mampu minta pertolongan allah je
sebab bila2 masa je serangan boleh berlaku

kadang2 tanpa sebab

SweetyMui2 said...

macam takut nak keluar rumah.boleh tak kerajaan haramkan pnjuala acid?huu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...