23 Aug 2011

Header edisi raya 1432H blog serol-nizam


Selamat hari raya 1432H

Tu dia. jangan main-main. Puasa pun tak habis lagi header raya dah keluar. Punya lah semangat tuan punya blog serol-nizam ni nak beraya.hehe.

Tukar awal ni bersebab juga, rabu ni insyaallah balik kampung dekat taiping, perak. jadi masa untuk update blog dah terbatas. Sebab tu dah muat naik header edisi raya awal-awal.

Andai ada aku pernah terkasar bahasa tersilap bicara dengan korang, aku hulur sepuluh jari tanda mohon kemaafan dari semua pembaca blog serol-nizam ni. Mungkin awal sangat kot, tapi tak apa lah. Mana lah tahu tak sempat ke apa.

Semoga ramadhan kali ni mendapat berkat dan rahmat dari Allah s.w.t. dan syawal yang bakal menjelang ni dapat kita sambut dengan sempurna. Em, maknanya jangan main mercun or meriam buluh ok. Takut nanti hilang pulak jari. kan dah tak sempurna tu.


3 comments:

Pocket said...

pergh!! lawa lawa lawa..
edisi merdeka ni tak der ker bro!! :D

tehr said...

suka pulak aku nengok
rasa macam dah nak raya sangat dah ni
hehe

maaf zahir batin

zulkbo said...

salam..
cantik tu..suka saya tengok..
ada mana2 link yang bagi percuma
header raya..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...