3 Jul 2011

Rahsia Penjual Air Jambu tepi jalan

Waktu Tengahari panas terik, sedap sungguh sambil hirup air jambu yang di beli dari gerai brader tepi jalan dekat dengan tempat aku tinggal. Serupa ada satu tonik dalam air jambu tu yang buat aku rasa tak sempurna tengahari kalau tak menghirupnya. Selepas dapat sebungkus, ahh..lega perit di tekak.

Biarpun aku lihat trend gerai air jambu banyak dijual di tepi jalan, tapi kadang-kadang bukan semua akan laris. Hanya kedai tertentu sahaja. Based on gerai brader yang aku selalu pergi tu, aku dapat rumuskan 2 point kenapa gerai dia laris.

jambu batu
jambu batu atau nama saintifik Psidium guajava 

Rahsia Penjual Air Jambu tepi jalan

  • Customer service
Sampai je depan kedai brader tu, dia dah tersengih-sengih sambil tanya pelanggan nak beli air apa. Lepas dapat duit, dia cakap terima kasih sambil tersenyum.  Dapat layanan mesra pelanggan macam tu, aku yang datang pun rasa selesa. Bukan macam sesetengah gerai yang lain. Bila pelanggan datang, umpama nak tak nak melayan. Itu bukan contoh yang baik.

  • Kualiti
Air ni nampak senang nak buat. Tapi susah. Berapa ramai antara kita yang merungut air tak sedap bila minum di kedai? air tawar lah, kurang ais lah, air teh ceroi(baca: cair) lah, jus buah tak cukup buah lah. Macam-macam lagi. Sebab tu aku suka makan Tauhu bakar ni, sebab setiap kali aku pergi rasa dia sedap yang sama.

Kalau hari ni minum rasa lain, esok rasa lain, lusa rasa lain, memang failed. Air jambu brader tepi jalan tu, aku minum hari ni rasa macam tu, esok pun rasa macam tu, masa 1st aku minum pun rasa sedap macam tu. Nampak tak, kualiti memang dia maintain.

**************************

2 point ni memang dah cukup sebenarnya untuk brader yang jual air jambu tepi jalan ni untuk sukses dalam bisnes dia. Bayangkan kalau sebungkus air dijual RM1 dan dia dapat jual 50 bungkus dalam sehari, pendapatan sehari adalah RM50. katakanlah sebulan dia buka gerai selama 26 hari jadi total pendapatan sebulan adalah RM1300! Just dengan menjual air jambu tepi jalan saja tu.

Bulan ramadhan pun dah dekat. Ramai yang akan ambil peluang untuk berniaga di bazar ramadhan nanti untuk cari duit lebih. Yang penting meniaga kena ikhlas, jujur. Jangan sebab nak untung lebih, makanan sikit, kurang sedap tapi dijual mahal-mahal. Kalau peniaga tak pandai masamacam ni, aku pergi sekali je gerai dia. Lepas tu memang dah tak pergi dah.


13 comments:

Sky0ne said...

aku suka makan jambu ada asam tu..kalau jumpa, gerenti beli punya

Hasrol Nizam said...

ko dah try air jambu letak asam? lagi sedap bro.

Hami Asraff said...

Kalau kat Shah Alam aku suka air jambu 88 :)

puteri ain said...

air jmbu sedap :) ske :)

nur hidayah isa said...

kalo kat area2 bangi, jambu pakcu 916 glemer...dia nye asam tu mmg sedap giler...

abugitt said...

Air jambu batu ade serbuk asam..popular kat bangi..

z said...

lagi syok depan rumah ade pokok jambu tiap hari ngadap.haha

Lily said...

air jambu lerak asanm memang terbaikk. dah lama tak pekena.

Fitrihadi said...

sekarang macam dah jarang ar nak jumpa air jambu.. rasa teringin lak nak minum yang fresh punya..

mawar puteh said...

sedappp!
memang terbaekk air jambu + asam.
perghhhh!

tengkorakemas said...

aku kalau dah jumpa kedai yg bagus, memang sebulan bazar ramadan tu kedai dia jela..

tak ke untung macam tu bila berniaga dengan jujur dan layanan yg baik

sebulan confirm dah ada pelanggan setia!

sayacomel said...

saya suka asam putih tu. macam dadah aje tengok. tu yang ketagih tu. haha..

mohd iskandar said...

Aku suka air jambu...boleh sejukkan badan...yg penting hati kita sejuk dan iklas bila membeli...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...