23 Jun 2011

Roti kosong ka telur?

Satu malam aku keluar makan di kedai mamak. Bila aku dah order apa yang nak di makan, aku terlihat satu drama yang amat menarik perhatian aku. Aku waktu itu sedang layan match bola sepak malaysia VS myanmar, dan di depan aku nampak ada 2 customer lelaki yang berumur dalam lingkungan 30-an sedang order makanan.

FYI- ini roti nan dari entri ni

*********************************

Mamak datang untuk ambil order,

Mamak: apa mau makan?

Brader: Teh ais satu, makan bagi roti satu

Mamak: Roti kosong ka telur?

Tiba-tiba telefon brader tu berbunyi dan dia pun jawab sambil tidak menghiraukan pertanyaan pelayan tadi.

Mamak: Roti kosong ka telur?(dua tiga kali di ulang pertanyaan yang sama)

Brader: Dia sibuk berbual seolah-olah tak ambil peduli pertanyaan pelayan tersebut.

Jadi mamak tu pun pergi sebab banyak lagi kerja nak buat. Tak lama lepas tu makanan yang brader tadi tu order pun sampai. Roti kosong + teh ais.

Brader: Roti telur laa.. bukan ni. Ni roti kosong. (dengan nada kasar)

Mamak: tadi u order roti, saya tanya kosong ka telur u tarak jawab. (lepas tu pergi siapkan order baru)

********************************

Aku tahu, mamak yang jadi waiter ni biasa-biasa je orang nya. Kadang-kadang cakap melayu pun tak fasih. Tapi kita tak perlu sampai nak tunjuk lagak macam brader kisah atas ni. Cakap kasar, buat tak nak layan, last-last menyusahkan orang lain.

Aku dengan mamak tu tak ada masalah pun, aku tanya dia boleh je jawab. Aku tanya ”abang, nasi lemak sini harga berapa?”

Dia jawab, “nasi lemak telur, rm2.50, nasi lemak ayam rm4.50, nasi lemak ayam kalau tak mau telur kalu, rm4.00” Punyalah detail dan panjang dia jawab. Padahal aku tanya sikit je.

Respect2
give respect, get respect

Even pelayan ke, orang kutip sampah ke, makcik cleaner ke, kuli ke, mereka tu semua orang. Ada hati, ada perasaan. Cubalah cakap baik-baik. Tak perlu nak berlagak tak tentu pasal kan.

Kita kena ada respect pada orang lain. Tapi kalau orang tu tak reti nak hormat kita, they don’t deserve it.

16 comments:

Cik Norfa said...

sengal giler brader tu...
aku stuju ckp ko, takyah la nak lagak sgt mentang2 org tu waiter jer. bkn ssh nk respect org lain pun. tak suka org mcm ni.

tengkorakemas said...

aduh..kita ni sebagai muslim lagilah perlu bawak contoh terbaik,

tak salah jawab order dulu, sebelum teruskan perbualan telefon tu

Hans said...

yups...aku suka sangat entry nih
betul weih
kadang2 aku penah sound member2 aku
diorang suka sangat kenakan pekerja mamak2 nih
bila orang kenakan mereka...mereka marah
nice entry

Cara - Cara Untuk Ingat Nama Kawan Jika Terlupa Part 1

Black Winter said...

alahai, mcm2 jenis manusia. kalau jwb soalan tu dulu pe salahnya. bkn lama pon. sepatah dua je. pastu jawab la call tu.

Still alive said...

roti telur manyakk sedap=p

Latifah said...

tanpa kita sedari, budaya hormat-menghormati dikalangan kita semakin terhakis...

jackieKOH said...


sangat2 setuju...

Wordless Wednesday #WW : Hanya [1] gambar - xkan tengok je, komen tak?

Lizz said...

tapi inilah realitinya. kita suka amik remeh hal respect2 ni. mamak tu tak salah. yang sengal tu brader hampagas.ekekekeke

Hans said...

kawan aku tadi baca
dia ketawa dan insaf sedikit
hehehehe

Review Filem Rasuk

puteri ain said...

what u give , u get back . hehe

nev said...

setuju ngan ko bro. amat kasihan melihati mamak2 diluar sana diperlakuan sebegitu rupa

iKhRam said...

setuju..
kalau mahu diri kita dihormati.. hormati la orang lain dahulu..

bgus la entry ni.. credit to blogger!!

Hasrol.Nizam said...

@ciknorfa, jgn sampai mamak tu naik angin sudah. kang tak jado roti telur, jadi roti lain. errkkk

@tengkrak emas, attitude macam ni aku pun tak gemar. perbualan telefon tu pun bukannya penting sangat,kawan2 ajak minum je pun

@black winter, sepatah je pun. jawab je "telur". huh

@still alive, sedap2, btw, baca entri tak ni?hrp2 baca la ye.heh

@latifah, kalau org berumur pun rangai nya macam tu, yg muda2 ni macam mana lah

@jackieKOH, :D

Hasrol.Nizam said...

@lizz, kesian pulak aku tengok mamak tu diperlakukan macam tu. ish

@hans, jadi la tu insaf sikit. harap2 lepas ni dah tak buat mcam tu dah.hehe

@puteri ain, thats rite

@nev, bukan fokus untuk mamak2 je, golongan lain pun kena juga

@ikhram, credit untuk abg tu sebab buat perangai macam tu.heh

tehr said...

apo nak dikato
tin kosong selalunya berbunyi lebih kuat
lalang juga lebih tinggi berbanding padi
hehe

Nur said...

biasalah tuh, manusia zaman sekarang. Semua dia je yang betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...