19 Jun 2011

Kenapa contest Like di facebook sudah tidak lagi relevan?

Apa yang bakal aku share dengan korang semua ni mungkin akan merubah persepsi kita tentang contest like di facebook yang ramai antara kita join/anjurkan. So teruskan membaca. Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang belum tahu.

Facebook-Like

Semalam ada kawan aku minta tolong untuk vote like gambar dia untuk contest. Macam biasalah, kena like page, then like gambar. Kita pun tolong.

But then aku selongkar lah gambar contestents lain. Ada yang dapat like sampai 3000++ dekat gambar mereka. Wah, biar betul. Ramai betul connections dia sampai boleh kumpul ramai macam tu.

Ok, based on experience aku pernah tolong eda dalam contest menang ipod ni, memang susah bhai nak dapat vote sebanyak tu. Even ada friend 2000++ dalam FB, nak dapat 1000 vote pun susah.

So aku ragu-ragu, aku search for info, dan terjumpa satu term ni yang membuat aku rasa kenapa contest like di facebook ini sebenarnya dah tak relevan.


“Exchange votes”
Contoh yang biasa kita buat. Exchange vote 1 to 1
Dafi: tolong like page ni, then like gambar tu ok.Tq
Mail lambung: Ok. Done. Nanti aku tolong like gambar ko balik.

Contoh yang kita tak biasa jumpa: “Exchange votes 100 to 100”
Dafi: tolong like page ni, then like gambar tu ok.
Nanti aku vote untuk ko pulak 100. Tq
Mail lambung: Ok. 100 votes done. (lebih kurang macam tu lah,
nak tahu detail baca sini)


Macam mana ini boleh terjadi? Seorang boleh like 100 kali. Mustahil bukan, sepatutnya seorang boleh like sekali saja. Senang. Dia ada 100 fake profile. So dia boleh like 100 kali.

Yes. Benda ni betul-betul ada guys. If korang search, korang akan jumpa banyak pages di fb yang mengumpulkan all these cheaters. Yang sudi bila-bila masa tolong korang, asalkan korang tolong dia balik.

Liar Liar pants on fire

How to catch a cheater

Memang pada mulanya kita tak perasan. Kita rasa dia mungkin ramai connections sebab dapat likes yang banyak. Tapi sebenarnya senang saja nak detect si penipu yang gunakan teknik ini.
  • Major upset. Jurang perbezaan votes antara pemenang dengan peserta lain jauh sangat. Kalau setakat 200-300 tu kita tak hairan lah. Tapi if jurang dah sampai 1000-2000, memang ada something fishy.  tak masuk akal.
  • Klik thumbs up yang ada dekat gambar tu, then cuba tengok siapa yang like. Kalau orang yang masuk contest tu melayu, tak ke korang pelik bila tiba-tiba ada orang putih yang like gambar tu? Sebab setakat ni aku tak jumpa lagi komuniti melayu yang buat macam ni.


Apa perlu kita lakukan
  • Bila kita rasa macam ada yang menipu, cuba contact sponsor untuk check balik valid or tak. Kalau betul dia menipu, ini memang tak boleh diterima. Kita susah payah usaha secara baik untuk menang, tiba-tiba ada orang yang guna jalan belakang untuk menang dengan cara yang tak elok. Senang je, check balik voters semua. Mesti ada yang meragukan, kalau betul ada yang guna cara ini.
  • Lagi satu, stop lah buat contest yang macam ni. Sebab keputusan kadang-kadang amat meragukan dan tak adil bagi sesetengah peserta.

Untuk lebih lanjut, korang boleh visit source ni.


p/s: aku share untuk kita semua buka mata. Jangan lepas ni ada yang apply pulak. Satu saja aku nak cakap pada sesiapa yang terlintas nak buat macam ni, kalau menang dengan cara yang tak elok, hadiah yang korang dapat tu rasanya berkat ke tidak? Hadiah di dunia memang dapat, tapi di akhirat nanti, fikir lah sendiri.

12 comments:

Hazwan Arif said...

atceli aku sgt menyampah dgn contest cmni..kadang2 gambar hodoh je tp tpksa like sbb kawan..yup, aku stuju sgt dgn pndapat diatas..contest mcm ni mmg tak relevan sbb bkn yg terbaik yg akan menang~

Untuk Bacaan Lelaki Yang Dah Bersunat Sahaja

Legasi Piston Pecah said...

macam-macam cara nak menipu

Fina Fento said...

Lainlah kalau yg masuk tu org femes kan. skejap je vote naik.
tak pernah berminat dengan contest vote2 di facebook ni. tak telus. yg like tu pn belum tentu ikhlas. takde nilai jadinya contest tu.

nur hidayah isa said...

thats so true....mmg susah gila nk dapat like tu..kadang2 rasa cam bersalah plak promote byk2 kali...takot org annoying. tapi rasanya mmg ada pon yang akan terasa annoy.

contest aritu contest first and the last masuk utk yg kena vote2 ni. mmg dah takkan masuk la...

tapi if ada org mintak tolong like kat chat fb, mmg akan tolong je..hee

AyuE SurihanyOt said...

aku akan rasa annoy klu org yg aku benci suruh like pic dia.. ada tu smpai ym,pm,fm bagai..

kalau member sendiri aku ok..siap aku tlg promote sekali...teheee=D vote for hanak..hoyeahhh *tetiba..haha

Azreen Zunairah said...

yup sangat2 lah betul apa yang awak ckp..reen pun pernah join contest mcm ni..bila minx org vote tuh..rasa mcm minx simpati je dekat org..huhuhu..serius x suka.. !!

akubiomed said...

Macamana hendak komen? akaun Facebook pun tidak ada. Jangan marah bro kerana inter frame :-)

Halusinasi said...

dengan cara "LIKE" ni hanya dapat promosikan sesuatu page dengan lebih baik, itu sahaja.

tapi memandangkan sekarang ini, memang tak releven dah. selepas LIKE page dan gambar, kita takkan singgah page itu lagi. seperti takkan berkunjung semula page itu. Tak berbaloi pula contest macam tu diadakan...

Bakal customer pun boleh hilang mcm tu je...

juz my opinion^^

kak ina kl (1) said...

ooo baru akak tau..camni caranya..tak perlah biarlah org lain buat , kita jangan buat sebab betul kata kamu tak berkat..pastu jadi umpatan orang ajer

yaya_flanella said...

mmg betul pun. sebab penganjur tak rugi pape. dia nak orang ramai like page dia supaya senang dia nak further info pasal jualan dia.

sepatutnya penganjur perlu lebih jujur dengan membahagikan peratus. tak semestinya paling banyak like menang.

*sebab i ade join photo contest jugak dapat like sikit je dari yg lain tapi i menang 1st prize. :)

ParkAir said...

Good info! Nak menang punya pasal macam2 cara digunakan..

DefarhanoVII a.k.a BoyPJ said...

sy setuju dengan semua yang di atas. ;-)
tak sangka lak orang tu sggup lakukan camtu, semata-mata nak menang...giler la kalau sorang buat 100 akaun semata2x...

* terjumpa link ni mase lepas buat entri Buat Account Sosial banyak-banyak semata nak menang LIKE contest Tertinggi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...