24 Jun 2011

Hukum Makan Isi dan Telur Belangkas

Pagi tadi di facebook aku ternampak ada orang bertanya kepada seorang ustazah tentang hukum makan isi dan telur belangkas. Tahu apa itu belangkas? Belangkas ni salah satu sejenis hidupan air. Tetapi disebabkan ada yang mengatakan belangkas ni hidupan 2 alam dan tidak boleh dimakan, jadi isu hukum bagi yang makan haiwan ni menjadi persoalan.

Rupa bentuk belangkas ni pelik, ada yang takut bila tengok belangkas, Rupa yang pelik tu tidak menghalang orang menjadikan belangkas ni sebagai juadah. Terutamanya telur belangkas. Sedap katanya. Aku pernah tengok lah apa belangkas tu. Tapi belum pernah lagi makan isi/telur dia.

belangkas
Ini gambaq belangkas kawan-kawan Source
Pada 21 feb 2011 yang lalu majlis fatwa kebangsaan telah mengeluarkan fatwa tentang hukum memakan isi/daging belangkas dan telur. Berdasarkan apa yang aku baca di website e-fatwa ini , hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.

Sambil itu di sini ada sedikit info tentang E-fatwa. Manalah tahu jika ada yang ragu-ragu tentang fatwa yang diambil dari situ kan.


S: Apakah e-Fatwa?

J: e-Fatwa ialah satu laman web yang memuatkan keputusan/ pandangan hukum Jawatankuasa Fatwa MKI dan Fatwa Negeri-Negeri sama ada yang diwartakan atau tidak diwartakan serta maklumat berkaitan dengan program/ aktiviti Institusi Fatwa di negara ini. e-Fatwa boleh diakses melalui alamat URL http://www.e-fatwa.gov.my ATAU melalui Laman Web JAKIM ATAU laman-laman web Jabatan-Jabatan Mufti di seluruh Malaysia.

Jadi, sekarang dah tak ragu-ragu lagi kan nak makan belangkas tu. berani ke korang makan? Ada yang pernah makan tak? Aku dengar buat gulai telur belangkas pun sodap. heh. Tapi kalau orang tu jenis  tak pandai sangat masak macam dalam entri ni, masak apa pun tak sodap ye dak. 

11 comments:

Dawa said...

err tak pernah lg mkn belangkas. tak berapa berminat walaupon mmg byk area perlis ni. huhu. tp fakta hukum tu 1 perkara yg berguna la. thanks bro :)

Farhana Jafri said...

xprnah lg mkan belangkas.. tgk dorang mkan mcm sedap je... pape pun hukum dy harus.. so, haruslah jgak kite serbu kedai yg jual blangkas.. hik3!!

Fiffy said...

mak aku suka makan tu. tp aku benda pelik2 ni memang x makan. haha

ParkAir said...

Apesal aku terbayang kat Predator bila tengok menatang ni.

iKhRam said...

Macam mana la rupa belangkas ni ek?/ tak pernah terfikir pulak nak makan belangkas.. walalupun kat area pantai di penang pun ada jual.. hahaha

tehr said...

setakat yang aku tahu
boleh makan telur belangkas ni
rupanya daging juga dibolehkan
thanks

Hans said...

aku rasa telur dia aku penah makan
isi aku belum makan
kawan aku kata sedap
aku selalu je nampak belangkas ni
comel je bila ekor dia terangkat2 atas penimbang
hehehehe

Lirik Lagu Dimana Dimana (OST Annisa) - Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Hamzah

Ali ridha said...

Buat gulai memang sedap.terfikir juga adakah boleh makan belangkas.nama dia pun dah lain macam.

tengkorakemas said...

tak pernah makan..takut aku tengok haha

titan said...

ingatkan dulu belangkas ni macam lipas..sekali ambil..macam gaban pun ada. haha..

Abang Kacak said...

Dulu masa sekolah selalu makan. bakar ramai2. mcm campfire. Tapi lepak belakang rumah jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...