Masih ingat lagi kisah kunci motor aku yang hilang dulu? Aku ada cerita dekat sini. Nampaknya kisah cuai aku tak tamat dekat situ. Baru-baru ni, wallet aku pulak hilang. Entah mana tercicir pun aku tak sedar. Sedar-sedar je esoknya dah tak ada.
Apa nak buat?
Buat Repot polis-ini adalah paling penting. Setiap dokumen yang hilang tu korang kena mention dalam repot. Nanti masa korang nak buat MyKAD, lesen, Kad atm baru, biasanya diorang nak tengok repot polis tu dulu. Pergi je balai polis yang dekat dengan korang, buat repot dan kenalah bayar RM4 untuk dapat salinan repot yang disahkan.
Kalau hilang 1st time macam aku, sepatutnya kena kompaun RM100. Tapi kalau untuk student, korang boleh dapat harga diskaun 50% untuk kompaun. So daripada kena bayar RM110, just bayar RM60, 50(kompaun)+10(permohonan).
Yang penting kena sediakan salinan kad pelajar/slip pendaftaran/keputusan peperiksaan untuk pengesahan yang korang masih student.
| kalau dulu ye lah kena bayar RM10 je, tapi sekarang kompaun RM100 |
Dalam masa 10 hari bekerja biasanya dah siap MyKAD baru tu. Kalau tak sure dah siap ke belum, boleh check online dekat website JPN. http://www.jpn.gov.my/semakic/ Nanti akan keluar macam ni.
| STATUS: sedia diambil.! Macam aku haritu aku buat dekat pasir gudang sebab kebetulan ada dekat situ. |
Apapun aku rasa kompaun RM100 untuk MyKAD hilang adalah satu beban. Sebab biasanya kalau wallet hilang, habis semua dokumen penting dalam wallet tu hilang macam lesen, roadtax, kad ATM. Bila kad atm hilang, susah nak keluarkan duit dari bank.
Dan nak buat balik lesen, roadtax, kad atm semua tu pun dah dekat 100 jugak. Itu kalau 1st time, tapi kalau dah kali ke-2, 3 hilang, mana nak cekau duit semua tu weh dalam waktu yang singkat.
Next entri aku cerita pengalaman aku buat lesen, roadtax, kad atm baru pulak.
6 comments:
byk guna duit jugak kalau mykad hilang.
nsb baik student ade diskaun. huhu
aku tak pernah lagi hilang benda2 camni.. harap2 takkan berlaku la kat aku.. kalo tak, jenuh nak membayar.. aku bukan student mcm ko.. cedera parah aku nk bayar kompaun2 tu..
harituh kawan chemay hilang jugak mykad dia.
tapi tak mahal pon kena bayar.
kenapa eh?
wah
susah la bila hilang semua
adoiii
nak buat macam mana
takdir kan
kad aku pernah hilang.selepas tu jumpa balik.
Pernah kad pengenalan semasa bertugas di Sarawak sampai terpaksa pos surat beranak untuk membuat permohonan baru. Semasa kad pengenalan biru bukan yang Mykad
Sekarang dah mudah hendak buat pengantian kerana JPN sudah online
Post a Comment