20 May 2011

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

harimau belang
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Sejak sekolah rendah lagi aku dengar peribahasa di atas. Masa tu tak fikir sangat tentang maksud peribahasa ni. Budak-budak biasalah, mana reti nak fikir semua itu. Tahu nak seronok saja.

Tapi bila umur dah hampir suku abad ni, peribahasa ni selalu buat aku terfikir. Apa sebenarnya yang telah aku lakukan sepanjang 24 tahun atas muka bumi ciptaan Tuhan ni. Hidup yang sentiasa menyusahkan orang atau yang banyak tolong orang lain?

Something that all of us need to reflect back. Kita tak tahu bila, dimana, bagaimana kita akan menghadapi kematian. Mungkin ini post terakhir yang kita baca, mungkin jam ini jam terakhir kita, mungkin nafas ini hembusan terakhir buat kita, kita tak tahu.

Tapi apa yang kita tahu adalah berusaha sebaik mungkin untuk meninggalkan satu legacy yang memberi manfaat buat orang lain. :) Salah satu legacy yang takkan hilang dan luput dan sentiasa di gunakan adalah ilmu yang di ajarkan kepada orang lain. Sama seperti dalam tulisan ini.

Daripada DIA kita datang dan kepada Nya kita kembali


Al-fatihah untuk kenalan, ahli keluarga, dan seluruh umat islam yang telah pergi ke rahmatullah. Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat Allah s.w.t. 

7 comments:

4umyfans said...

kata-kata yang buatkan teman semangat untuk terus menulis.

Legasi Piston Pecah said...

betul tu..kadang-kadang terlupa jugak kan...

tehr said...

begitulah yang dituntut kita melakukannya
tinggalkan budi baik dan amal jariah
yang berguna

Hami Asraff said...

Sentiasalah melakukakan kebaikan. Cubalah perbaiki diri hari demi hari. InsyaAllah moga-moga amalan kita diterima Allah.

De Mois said...

Manusia mati meninggalkan dunia..salam perkenalan dari SS. Jumpa blog ni dari twitter


Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

Imran@Copenhagen said...

Manusia mudah lupa..orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa mengingati mati

Hans said...

yups
sentiasalah berbuat baik sebab tak rugi pun kan
:-)

Meatball IKEA Halal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...