11 Apr 2011

Orang kita ni memang tak prihatin

selfish
Orang malaysia ni kesedaran sivik tu masih rendah. That’s why kita ada facility kelas pertama, tapi minda kelas ketiga. Apa korang buat jika dalam bas yang penuh, ada seorang perempuan mengandung yang tengah berdiri?

Jika kita ni seorang yang prihatin, kita mesti akan offer orang yang mengandung ni duduk di tempat kita. Itu common sense. Sebab kita tahu bahaya bagi dia. Mana lah tahu, tiba-tiba bas brek, boleh terjatuh dan ada effect pada kandungan.

Pengalaman kak sumijelly ni, aku rasa ramai lagi yang pernah kena. Orang ramai buat tak nampak saja. Masing-masing pentingkan diri sendiri.

Satu lagi perkara tentang orang kita ni, takut nak buat baik. Takut bila tolong orang, nanti orang kata kita perasan baik. Ah, pedulikan pandangan orang lain. Biar apa yang orang nak kata. Janji kita buat perkara yang betul. Bukan buat jahat pun.

17 comments:

ParkAir said...

ha`a kalo bangun bagi seat kat orang tua mesti lepas tu rasa macam jadi alien dah. suma mata tengok..

Hasrol Nizam said...

@parkair, orang malaysia ni memang macam tu. Benda yang baik jadi pelik.

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

Susah nak ubah mentaliti orang kita yang telah sebati dalam diri. Kita jugaklah yang kena ubah dahulu.

Bro Fit said...

that's so malaysian..no wonder.. ermm...

Sumijelly said...

erk..erk....tetiba macma malu la pulak nama ku dlm ini entry...hahaha

yer.. puas la usap2 perut tu konon nak bg thau kita ngandung..leh jer derang pandang kiri kanan atas bawah tnpa lihat kita...

offer pun jadi la..kit abukan nak sgt duduk, tp nak tahu hati budi kan..

sedih la bila tingat balik..huhuhu

Sumijelly.com

Hasrol Nizam said...

@hami asraff, thats rite bro.. kena mula dengan diri sendiri. Baru orang lain tengok dan ikut

Hasrol Nizam said...

@fit, yup, bila nak berubah pun tak tahulah.

Hasrol Nizam said...

@sumijelly, nak malu kenapa, betul kan.hehe.. ramai yang buat2 tak nampak. takkan nak tunggu jadi apa2 baru nak offer kan.

munirAh jOhAri said...

..memang betOi...ramai yang malu nk buat baek...ssh nk ubah pemikiran yang dh bersawang tu...

tengkorakemas said...

kesemuanya takut dianggap hipokrit..sedangkan semuanya sedang hipokrit,

kalau terlintas nak buat baik buat sahaja, kalau tak, mesti jadi berbelah bahagi..

O'gosh said...

saya pregnant...penah saya dok pitam dalam lrt sampaikan dah terduduk..sapa pun x tolong saya...dah lumrah orang zaman sekarang ni mmg takut nak buat baik...

Hasrol Nizam said...

@munirah, harap2 nanti akan berubah. sampai bila nak macam ni kan

Hasrol Nizam said...

@tengkorak emas, aku suka komen ko..biar nampak macam terpaksa, tapi kalau dah biasa, kita dah tak kisah.

Hasrol Nizam said...

@o'gosh, sampai pitam pun orang tak ambil tahu? tak tahu lah nak kata apa macam tu. worst than i thought

samanosuke_04 said...

hehe, takot buat baik nie, ade satu benda yang best ustaz aku ajar. Kalo kita takut buat baik sebab takut riak (takut orang lain kata baiknye dia tueee), maknanya kita dah riak. Walopon kita tak buat lagi benda tue..

Hasrol Nizam said...

sebab benda ni dah jadi mind set dalam orang kita.. jadi kita pun akan terfikir macam tu.. mmg susah, tapi once kita buat 2 3 kali, tak rasa apa2 dah.heh. lama tak mai komen bro.

aimannajmy said...

penah nampak live kat LRT.. ada kapel baguih punya dok begurau manja padahal ada orang tua yang agak berumur pegang je tiang.. sian pulak tengok.. nk sound kapel tu satgi bergaduh pulak aku.. selamat la orang tua tu sekejap je dah turun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...