Al-kisahnya semalam blackout pukul 12 tengah malam. Aku pun tak boleh buat apa, dengan lilin pun tak ada, terpaksa lah bergelap. Sambil baring atas katil, aku pasang lah radio nak bagi hilang bosan. Entah macam mana sambil dengar hot FM, aku tertukar siaran lain. Siaran RIA 89.7FM dari singapore. Then waktu tu ada satu rancangan “Misteri Jam 12”.
Dalam Misteri Jam 12 ni,seorang penyampai radio bernama KC akan bacakan kiriman email cerita-cerita seram daripada pendengar. Semalam, KC tu tak berada di konti. Tapi dia drive ke tempat yang orang ramai cakap angker(ataupun ‘kawasan keras’) dan baca email tu dekat sana. Tengah-tengah malam jumaat, berseorangan, baca cerita hantu di tempat yang ‘keras’ dan gelap. Boleh bayangkan tak? fuh.
Mula-mula aku ingatkan tipu je, tapi bila siap dengar bunyi dia berjalan, bunyi cegkerik, bunyi dia bukak pintu kereta,bunyi dia berlari sebab takut,so memang betul.
Ada satu part semalam, sedang KC tu baca email cerita seram atas kerusi kat tempat yang ‘angker’ tu, tiba-tiba dia terus berlari ke kereta. sebab dia rasa tak sedap hati. Suara pun dah tersekat-sekat.
Aku yang dengar kisah misteri jam 12 semalam pun sampai naik meremang bulu roma satu badan. Dah la malam jumaat. Korang faham-faham je la kan.haha.
Dengan suara DJ yang boleh buat seram, Sound effect sewaktu rancangan tu pun memang menyeramkan. Waktu iklan pun ada suara orang mengilai lah, dan macam-macam lagi. tambahan pula aku bergelap dan panas sebab tak ada elektrik, memang pakej.FUh…
Kalau sesiapa sekitar Johor bahru dapat la dengar radio dari singapore ni, setiap 12 malam dari isnin sampai jumaat. Kalau korang betul-betul berani, dengar lah. Tak nak terbayang-bayang sampai tidur, jangan dengar. Tapi memang aku akui, boleh naik bulu roma dengar semua cerita tu.
Nak baca blog rasmi kisah misteri Jam 12. Boleh ke sini. Amaran, anggaplah ia sebagai satu hiburan. Tidak ada sebarang bukti yang boleh mengesahkan kebenarannya.
17 comments:
berani gila DJ tu buat cmtu. huhu
hehe dia lari tu pun taktik tuuu
perghh seramnye. yeke dia gtmpt tu ntah2 berlari setempat dlm konti.hahaha
@dawa, entah la..hari2 dia baca cerita hantu ni dekat konti..mmg berani kot
@arc, haha..mungkin
@sweetans, sound effect mmg dia kat sana.ada angin2 semua. tapi tak tahu la kan kalau dia tipu. berdosa oo tipu orang.haha
kc? KakiCandid? aku ke?hahahaha...
pergh!ta sanggup nak dgr! +_+
kalau tak silap aku, cite singapura memang seram gak..ada tengok video kisah hantu singapura dulu
cite hantu ni..tamai tak nak dengar, tapi kalau dah dengar, obses beb..haha
macam menarik je tapi leh caya ke?
salam kenal...
eee seramnya...seramnya...hee
berani betul...kalo org, sorg2 camtu.bek tido jer..hehehe
@along, haha..bukan la
@ecar, try lah. serammmm
@tengkorak emas, memang seram juga. banyak juga cerita dekat sana ni
@nur, dari segi cerita dari pembaca tu kita tak boleh percaya sangat.
@sham, haha..seramm
@nur hidayah, entah macam mana..terdengar.layankan aje. hehe
woah! memang tak dapek la aku dengar, johor pun tak penah jejak lagi, ahaks~
sah2 aku tak akan ke siaran tu hehehe
penakot rupanya dak serol ni..pasni leh la gua nk ngurat budak windmill tu haha...
budak windmill..i tak penakot hahha
seramm seyh.
Kalau memandu dan duduk seorang dirumah mahu tegak bulu roma :-)
Aku rasa dia duk dalam konti je kot sebab ada sebuah radio ni, dia buat lakonan seperti berada di kawasan jalan raya, siap hon bagai padahal dlm konti je... huhuhu
Post a Comment