29 Apr 2011

Misbun dan BAM-pandangan aku

 misbun chong wei

Aku sebenarnya adalah baca2 juga tentang misbun sidek dengan BAM ni. Sejak hari tu lagi bila dia kata dah tak nak, they should have respect his decisions.

Orang tu tak nak, tapi BAM still suruh dan pujuk dia untuk masuk balik. Sampaikan yang baru ni, ditawarkan untuk jadi jurulatih pelapis pun dia tolak sekali lagi.

Tak ada alasan yang misbun bagi kenapa sebenarnya dia tolak tawaran tu. Mungkin dia ada masalah dalaman persatuan, sebab tu dia dah tak nak sambung. Boleh jadi juga masalah kesihatan dan dia tak nak hebohkan pada semua. Kita tak kan tahu selagi dia tak cakap.

Tapi aku lega episod tarik tali ni dah tamat. Lepas ni bolehlah BAM terus fokus cari jurulatih berkaliber lain untuk ganti tempat misbun.

……………………………………….

Kadang-kadang bila dah tawar hati ni, susah nak cakap. kita memang akan terfikir untuk ambil keputusan undur diri. Buat lah macam mana pun takkan makan saman juga.

kalau kopi tawar, boleh tambah gula. Tapi kalau hati dah tawar, manisnya madu pun tak terasa.hehe

8 comments:

IMANSHAH said...

nampak macam Bun merajuk

aLya maNip said...

alya tak taw pun sal nie..hihi

tehr said...

dulu2
kecoh satu malaysia
datuk misbun jogging tengah hari dalam panas terik

tapi
beliau tahu apa yang beliau lakukan
dan aku memang hormatinya

hans said...

betul2
sokong sangat
hati kalau merajuk susah nak pujuk

ParkAir said...

Bior le dia nak pegi, jangan lupa jasa dia sudah...

Amir Izzat said...

setuju! parut di badan boleh hilang tapi parut di hati bawa sampai mati...betul...hehehe..

hoyahadis said...

sayangnya hilang seorang jurulatih berkalibar..

esempoi said...

biarlah dia pergi membawa diri ek.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...