Petang semalam entah kenapa, aku tersilap key-in no pin untuk kad atm aku. Aku dah yakin sampai 3 kali cuba dengan nombor yang sama, tapi tak boleh. Aku fikirkan tersalah tekan. Tapi kalau sampai 3 kali key-in nombor yang sama, maksudnya salah lah tu.
So bila dah 3 kali salah,kad kena block dan status jadi tak aktif. Tapi nasib baik tak kena telan dengan mesin ATM. Aku pun Call custormer service bank cimb. So the solution for my problem: I need to go to the nearest branch as soon as possible to activate my atm card back.
pagi tadi aku dah setelkan semua. Tapi aku terpaksa buat kad atm baru dan di cas RM12 untuk activate balik. Kalau tak silap, jika aku pergi ke branch di mana aku buat kad lama(iaitu di perak), tak akan kena pun cas dan tak perlu buat kad baru. Tapi sebab aku ke branch lain(johor), so kena buat kad baru.
| Tapi elok juga lah, kad yang lama tu pun dah uzur je aku tengok. kad baru ni cantik sikit. :D |
Kena sediakan 1 salinan mycard, isi borang, dan RM12. Tapi aku tadi tak ada duit langsung dalam wallet, so RM12 tu automatik ditolak dari dalam account.
……………………………
Aku rasa tadi adalah pengalaman pertama aku berurusan di bank CIMB cawangan UTM skudai yang mana tak sampai pun setengah jam. Aku rasa 10-15 minit saja dari ambil nombor sampai setel semua urusan.
Before this aku selalu ke BSN, Maybank di taiping dan memang sangat lambat. kadang-kadang sampai sejam dua, just untuk tunggu giliran.
Sebenarnya ramai juga orang tadi sebab aku datang dalam pukul 10.30pagi. Mungkin juga kerana ada 4 kaunter yang dibuka, sebab tu cepat. Macam ni lah bagus, tak lah kita banyak buang masa sebab nak berurusan dengan bank kalau semua tempat macam ni.
13 comments:
perghh bahaya gak kalau salah number pin...mau merana gak sekejap.. duit pun melayang.. adeh... sabau je la bro..
memang sabau je lah. nasib baik time tu ada 10 hengget dalam kocek, kalau tengah kering, tak makan la aku.
Bismillah. kalau ana mesti gelabah sbb tak biasa. sudah la kad BSN.. mesti lambat... tapi lain kali kena hati2 ye. hehehe...
BIMB lagi mahal T_T kena beli setem duti n tolak lagi dari akaun. Nasib baik masa tu duit pt ada lagi separuh T_T
sy ada 1 kad atm mmg dah lama x guna sbb key in pasword je msti slh. tp smpai skang x pegi settle ngan bank. dlm tu xde duit dah pon
lepas ni jangan lupa lagi hehe..ko sebelum ni dahla pernah lupa kunci kan?
aku kalau tersalah pin takat 2 kali je, aku pulang terus
minta duit [pinjam] dengan isteri kat rumah lagi senang
hehehe
cepat tu bro
kalau hanya 15 minit
tahniah kepada cimb utm skudai
Pernah juga terlupa, tetapi cuma dari segi susunan nombor pin tu je la. mmg CIMB agak ok dari segi servis, cuma caj yang dikenakan tu agak kurang memuaskan. mmg CIMB selalu ada keadaan buat-kat-bank-cawangan-lain, kena caj la...
nak buat baru gak ar..dah proses pengelupasan dah kad atm nad tu..
tp bayor tu cam x best jer..huhu
ayookk..cmne leh salah smp 3 kali nie? ni msti kes bnyak2 no pin nie..hehe
aku jadi mcam ni la jugak..
masa 1st gaji. hehehe
tapi alhamdulillah, cepat je..
cimb bukit mertajam :)
kalo tak ingat no pin maybank macam mana ea?.
lupa la plak..
Kalau tak ingat, ko kena call customer service bank kad atm tu. boleh cari di website bank..
Post a Comment