9 Jan 2011

Borang aduan terhadap pemandu bas ekspress-berkesan ke?

Aku ni selalu juga menggunakan perkhidmatan bas ekspress sebelum ni. Memang itu lah  pilihan utama kalau nak balik dari utm skudai(johor bahru) ke taiping perak(rumah aku). Pernah juga naik keretapi sekali. Tapi sumpah dah tak nak naik keretapi dah sampai bila-bila kalau perjalanan jauh.

Tadi aku baca berita, borang aduan bas ni telah dikuatkuasakan semalam. Maknanya, bila naik bas, penumpang akan dapat satu borang aduan, jadi kalau ada apa-apa kesalahan pemandu, aku boleh isikan dalam bas tu. Borang aduan tu pula akan di kumpul oleh penguatkuasa JPJ bila sampai di destinasi/terminal. sumber (Beritaharian)

Cuma tadi aku terbaca di orang tweet di twitter, sempat ke pegawai jpj ni nak semak beribu-ribu surat tu nanti setiap hari. Setiap hari kan ramai orang yang akan guna perkhidmatan bas ekspress ni. Mesti ada yang akan terlepas pandang.

kalau bas pun dah bawak macam F1, aku pun takut nak naik
Aku pula jenis yang suka travel malam. Nak suruh tulis borang dalam gelap, memang tak boleh la kan. Kalau waktu bas berhenti, biasanya tak lama. 10-15minit. Masa tu la nak pergi toilet, nak makan, memang dah tak pandang surat aduan tu nanti. Bila dah sampai ke destinasi, orang dah sibuk nak balik.  Dalam fikiran mesti fikir mana nak cari teksi, nak ambil beg(takut tertinggal), nak telefon orang suruh datang ambil. Seriously aku cakap, tak sempat nak isi borang dah.

Bagi aku, bila buat macam ni pemandu akan memandu bas perlahan sebab ‘takut’ dengan aduan penumpang. Tapi betul ke takut? Sebelum ni tak ‘takut’ pula bawak bas laju-laju dan bahayakan nyawa penumpang?

33 comments:

nur hidayah isa said...

tak suka drebar bas yg bwk laju2...kecut perut..mmg takot nk tido mata asik pandang depan aje...

yup2 btol..kalo dah beribu tu takdenye diorang baca 1 1....tapi if kalo 1 bas 1 surat, ok la kot..

NuR 'aQiLaH said...

kalo wat aduan tipu boleh? HAHA

taufiq helios said...

persoalannyer,berkesan ke? hmmm.....

luthfi said...

nak fill up form? erkk.. boleh tak guna cara senang? mana nak cari pen gelap2 wehhhh

cara kuno

.sweet-ants. said...

ha'a tu lah, berkesan ke? sy selalu je follow bus yg laju2 amik no tepon bebas tol kat belakang bus tu SMS buat aduan. tp x pernah ada balasan. propa je ah!

Eizil said...

Kalau stakat borang aduan begini memang susah nak berkesan, sebab bebenda begini mungkin akan dibuat masa dilancarkan jer, lepas tuh mula aa semua orang buat lupa etc.

Sir Marcello said...

hal ini perlu dipertimbangkan semula bukan dimansuhkan..tapi diperbaiki semula...

macam hang cakap..malam2 takkan nak isi borang tue...lagi satu..celah mana kalo aku nie yg jenis tak bawa pen najk mengisinya?

ChuyRy™ said...

mungkin berkesan mungkin x..tp mesti ramai pengguna yg ambil ringan tentang benda ni

Hasrol Nizam said...

@nur hidayah, sama la. risau je tengok driver tu bawak. kalau 1 bas 1 surat, siapa pula nak buatkan? mesti semua tak nak. :D


@nur aqilah, lor. buat aduan tipu wat pe. buat la betul2..hehe

@fiq, i doubt it.sebb org kita ni mmg malas bab2 macam ni

@luthfi, haha..betul jugak..

@sweetants, kalau sms tu mmg dah lama dah tak berkesan. tak pernah ada balasan even bertahun2 dilaksanakan

Hasrol Nizam said...

@eizil, mungkin sempat dua tiga minggu. lama2? trend malaysia ni, tak ada penguatkuasaan betul2..just lancar, lepas tu lupa.

@sir marcello, mmg meraba la cari pen.. pihak bas kena seidkan kot

@chuyry, orang biasanya tak suka susah2, tak suka leceh2.. tak tau la dapat bertahan ke tak

zool said...

aku rasa ada kaedah SMS ni.. cuba cari kat LPKP http://www.lpkp.gov.my/saluran_aduan
tentang aduan ni. kena sama2 sebagai pengguna salurkan. kadang2 kita sendiri tak buat aduan kalau nampak bas bawa laju kat depan. sekadar mengomel je..
apapun gunakanlah kemudahan aduan yang disediakan dengan baik dan betul.

mizz greenApple said...

ok gak borang 2 skurang2 nyer driver nie takut la jugak dr skrg nie xde pape kan..
pape pn yg penting pelaksaan la.. stakat ckp tp x btindak nothing jugak kan.. :)

Fitrihadi.com said...

tak guna kalau pemandu tu memang degil dan keras kepala.. patutnya kena letak kamera dalam bus tu rakam pemandu dan laju bus tu...

amry said...

Hm...nak kata berkesan boleh juga....kalau dibuat macam ni, berkurang juga la masalah kemalangan ni rasanya. kalau pemandu bawa ok, tak perlulah isi form, so dari beribu, dapat dikurangkan ke ratus form jer kan. kalau pemandu memandu laju, penumpang tak puas hati tapi takut nak sound pemandu, tak ada pen bukan masalah kot,tak lama nak cek form..kalau ada 10 form, cuma ada 2 aduan, 2 orang tu memang tak pernah naik bas laju, tapi kalau 8 form mempunyai aduan, sah2 kena panggil pemandu tu. 5 minit jer kot nak cek form.tak perlu baca 1 1 form.
pendapat aku jerk...hehe

ko orang taiping? dekat sangat dengan tempat aku..hehe

iyllienaz said...

hmm..aku dah serik naik bas jauh-jauh..tapi terpaksa juga..aku baru lepas tulis entri pasal sistem bas hari tu..

ARC™ said...

xsyok ke naik ketapi....bukan lg selamat dan cepat ke?

mie said...

gue lebih suka naik keretapi..
xkisah walaupun lambat...
dah fobia dgn bas..
ehehee

fiq said...

haha..setuju wit ARC..nek ketapi lagi best and selamt :)

gadisBunga said...

diorg kene amik approach lain. kaedah ni mmg mengarut.

aleen aiden said...

macam xbrape nak efisien je rasenye.1 hari berpuluh bas kat 1 terminal.blom kira berape trip lagi 2.hu3

aleen aiden said...

tapi okla,ade effort kat ctu kan..heh~

Hasrol Nizam said...

@zool, sistem sms tu mmg dah ada. tapi mcm ada yg komen kat atas ni, dia kata dah berkali2 komen, tapi tak tau la ada result ke tak dari sms tu

@mizz green aple, that is a prob with malaysian gov. the rules are there, tapi pemantauan tak ada.

@fitrihadi, haha..letak kamera tu dekat meter speed, kompem tak berani dah dia nak bawak lebih 100km/j.

Hasrol Nizam said...

@amry, maksud ko, penumpang diberi pilhan la ye nak isi ke tak borang tu? haah. taiping. ko kat mana?

@iyllienaz, yup2. ada baca haritu. but tak drop komen pun..tp klu itu je perkhidmatan yang ada, mmg kena naik jugalah nmpaknya

@fiq, arc, mie, tak best la naik kTM.. sakit belakang aku. kerusi dah la keras. lagi satu mana ada cepat. lagi lambat dari bas. haha

@gadisbunga, biar kita tengok dulu, macam mana mengarut dia

@aleen aiden, yup. kdg2 lebih baik ada dari tak ada. tapi kalau ada pun tak berjalan dengan baik, susah la

amry said...

den orang bagan serai..jalan kaki pon sampai kat taiping..huhuhu

Pemerhati Dunia said...

tapi yang bagusnya, kalau pemandu buat salah, senang hendak mengadu.

paling tidak pun, mesti ada seorang dua yang akan isi borang walau dalam gelap.

hans said...

hahahaha
belum cuba belum tahu

P/S : Antara Pukul, Jam, Minit Dan Waktu

Kujie said...

dulu ada sistem sms aduan
macam mana ye projek tu?

ezany said...

ade org suka jer driver bas bwk laju2 sbb nak cpt sampai.. rasanya lg bgs kalo laksanakan limit had laju pada bas.. lbh berkesan kot..

tengkorakemas said...

pastikan sediakan pen lepas ni, mana tau ada mood nak isi borg tu..he..aku selalu rider je hu2

akubiomed said...

Kalau buat aduan pun bukan boleh sabit kesalahan kerana ia memerlukan bukti. Habis-habis pemantauan sahaja

Kamal Mustafa said...

Salam Perkenalan.Boleh jadi berkesan,kalau 50 surat orang isu mau tak kena tindakan.kena cuba gak dulu.

Anonymous said...

ni aku bkn nk komen psal driver bas tp pasal org yg kuarkan tiket..yang duk kt kaunter.ni kaunter bas kuala terengganu sani ekspres.mmg aku skit hati..buat krja lbih kurang n myusahkan org.dah la xmesra planggan,smbong,xsyum lgsung...ingat dri gaya buat kerja tu cm best la tp hampeh.lain kte ckap lain dia buat.aku ckap nk naik kt tmpat skian2 tpi dia tlis kt tmpt skian2, smpai driver xbhanti kt tmpat aku nk naik.mujur mmber aku yg tnggu kt tmpat stu lg tnyer driver bleh tnggu x..driver plak kna yg baik hati snggup tnggu.1 jam aku mnggu bas 1 jam aku kejar bas..xke krja gile nmannye tu..mnyusahkan org...dh la mse ambik tket tu siap sound aku..aku nmpak ke ko bt kerja..lain la klau screen komp tu mngadap aku....mmg bnggang gle....biar aku ckap nme bdk kaunter tu..(SHALWANI KAUNTER KUALA TERENGGANU)...mmg aku xnaik dh bas ni..servis kauter myakitkan hati......ape2 pn aku nk ucapkn tq byk2 kt driver yg baik hati sb snggup tnggu aku 1 jam.nsib baik xde ape2 mse dlm pjalan kjar bas..ni org kte buat kerja mnyusahkan hdup org...dh la xde budi bhasa....

Anonymous said...

untuk hari ini, bas yg bernombor JJS 6599 mmg membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yg lain. 7/8/2011 pukul 3.30pm di PLUS highway dari KL ke Johor after exit bangi. org tua dlm 50 an - 60 an memakai cermin mata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...