Macam biasa la tiap-tiap tahun. Bulan 12 ni la yang paling dinantikan masa aku time sekolah dulu. Sebab cutinya panjang. Maknanya sebulan tanpa buku dan perlu bangun awal untuk ke sekolah setiap hari.
Ah, dulu mana ada budaya kelas tambahan waktu cuti sekolah. Memang waktu cuti sekolah, cikgu pun cuti mengajar, kitorang pun cuti. Tak macam budak sekolah zaman sekarang ni. Waktu cuti pun ada kelas tuisyen dekat sekolah. Tapi bagus jugak. Tak macam aku dulu-dulu..
 |
| rumahku syurgaku, dikelilingi kehijauan daun. |
Aku ni berasal dari kampung. Time cuti sekolah ni memang banyak benda kitorang boleh buat. Pagi-pagi lagi dah duduk mengadap tv dengan rancangan kartun setiap hari. Orang bangun pagi sebab nak tengok malaysia hari ini, tapi aku bangun pagi sebab tak nak miss kartun lepas MHI.
Bila dah bosan tengok tv, petang tu mesti keluar jalan-jalan pusing kampung naik basikal. Dulu time budak-budak mana reti naik motor sendiri. Tak macam budak sekarang. Kaki tak cecah tanah pun dah pandai bawak motor.ish..
Dah namanya kawasan kampung. Memang semua tempat boleh jadi tempat permainan aku and the geng. Parit? ladang kelapa sawit? semak? sungai? semua tempat-tempat tu aku dah penah main.
Budak-budak sekarang ni nampak parit pun mesti geli-geleman. Tapi aku dengan anak jiran aku dulu selamba je mandi dalam parit. Even ayah aku larang, aku buat tak tahu je. Tapi dulu memang air dekat situ bersih. Tak macam sekarang ni. Air dah kotor.
 |
| Pokok rambutan, nampak tak buah tu? |
Benda favorite aku suka buat dulu adalah panjat pokok rambutan jiran aku. Sebab tak tinggal dekat situ, jadi jiran sebelah aku ni memang bagi green light untuk kitorang panjat dan petik buah dia.
So kitorang selalu panjat, sambil makan rambutan atas pokok. Lepas tu main kejar-kejar atas pokok. haa..dapat bayangkan tak betapa ekstrem nya game aku main. Tak ekstrem la kalau setakat main need for speed dekat PS3 tu. Game ni kalau jatuh memang sakit la korang. Kalau tak calar badan-badan tu, tak kena gigit semut, memang tak sah.
Kalau nak cerita lagi, memang takkan habis megnimbau kenagan dulu-dulu ni. Nanti bila ingat, aku sambung cerita lagi. =)
p/s: Sebab tu waktu cuti budak-budak suka balik kampung. Lagi seronok dari duduk dekat bandar.!