29 Nov 2010

Isu logo halal JAKIM-tak habis-habis

Bila sebut isu halal JAKIM ni mesti teringat kes-kes yang ada sebelum ni. Bukan satu, bukan dua, tapi banyak. Antaranya yang hot baru-baru ni kes kopitiam yang tak ada logo halal, dan yang terbaru kes letak logo halal yang bukan milik restoran tu. Bila ditanya, logo tu adalah untuk logo produk dalam iklan, bukan logo halal untuk restoran.
kosmo

Dulu-dulu aku ni jenis yang tak kisah. Dah namanya dekat malaysia. Kalau kedai-kedai yang nampak cantik, elok, ada dekat shopping mall ke, nampak elok la di mata, ada terpampang status halal kat depan kedai, aku tak was-was sangat status halal dia. Tapi sekarang, kedai yang dah ada logo halal pun rasa macam dah tak boleh nak percaya. Apatah lagi kedai yang tak ada logo halal. 

patuhilah logo halal (500x188) Sensitiviti kita sebagai umat islam di malaysia

Majoriti dekat malaysia ni orang islam. Memang sebenarnya tak ada masalah nak dapatkan makanan halal dekat mana-mana. Tapi bila ada sikap segelintir peniaga yang tak ambil peduli tentang isu halal-haram ni, membuatkan aku kena extra berhati-hati even nak mencari sesuap nasi sewaktu makan tengahari.

p/s: kalau makan masak sendiri pun kena fikirkan halal-haram bahan-bahan memasak tu.

p/p/s: tq to afizz for becoming my 400th follower.. =)

25 Nov 2010

SPM-aku dulu pun pernah lalui juga

Sekarang bagi student form 5 diorang sedang bertarung salah satu ujian terbesar dalam alam persekolahan iaitu SPM. Dah hari ketiga kalau tak silap aku. Korang yang dah besar panjang ni dulu pun pernah ambil SPM kan? Bagi aku, macam-macam ada kenangan time nak ambil exam SPM ni.

jawab exam

Bulan puasa

Kebetulan tarikh SPM tahun tu jatuh dalam bulan puasa. Jadi dapat la kita semua ambil berkat bulan ramadhan tu semasa menjawab exam. Tapi ada seorang kawan aku ni, sanggup dia tak berpuasa semasa exam. Alasan yang dia cakap kat aku, dia tak boleh  jawab kertas peperiksaan dalam keaadaan perut kosong. Sebab takut tak dapat nak berfikir. Nasib baik iman aku kuat masa tu. Telan air liur sambil tengok dia makan roti gardenia depan kitorang. Kus semangat.

Lewat masuk dewan exam

Biasanya dalam musim exam ni, mesti ada kes pelajar datang lewat ke dewan peperiksaan. Masa aku ambil SPM dulu, benda ni pernah terjadi dekat aku. Kalau tak silap, kertas matematik kertas dua. Waktu tu petang, dan hujan lebat. Aku dengan kawan-kawan aku selalu berehat dekat surau sekolah. Entah macam mana hari tu, kitorang tersilap baca waktu exam start.

Bila orang lain dah sibuk nak masuk dewan. Kitorang tengah lepak-lepak lagi bersembang. Nasib baik ada sorang kawan aku ni perasan yang kitorang dah lewat. Itu pun perasan sebab keadaan dah jadi sunyi. Tak nampak kelibat student2 lain(yela, semua dah masuk dewan). Kelam kabut kitorang berlari-lari anak pergi dewan. Bila masuk je, semua orang dah start. Gelabah dia tuhan saja yang tahu. Nasib baik subjek matematik, kacang je tu. Alhamdulillah aku dapat jawab macam biasa.

Itu je la yang aku ingat masa nak exam, kalau sebelum dan selepas pun ada. Pasal sambut raya la, pasal eksiden la, semua ada.. Nanti lain hari aku cerita.

Kalau cerita tentang result pulak, result aku lepas SPM tak ada la dapat sampai 10A1. Bukan terrer macam orang lain pun. Dapat result cukup-cukup makan untuk layak ke matrikulasi. perak Memang tak merasa nak further study ke oversea kalau dengan result aku time tu. Tapi aku dapat jugak belajar jurusan Chemical Engineering di UTM. Apapun, dekat mana kita belajar, itu bukan la kayu pengukur. Tapi apa yang kita belajar dari sekeliling, dari pengalaman, itu yang penting. 

Fuh, dah lama tak update blog, ni pun baru lepas final exam. Busy sikit..

Nota kaki serol : The future is not certain, but yet we must do our best in what we are doing right now. 

14 Nov 2010

Ini tidak adil! Edisi sukan asia di Guangzhou

Selamat pagi semua. Hujung-hujung minggu macam ni memang seronok kalau dapat pergi jalan-jalan. Cuaca di Jb ni pun baik je harini.

ini tidak adil

Pagi tadi aku baca berita tentang team bola sepak malaysia yang kalah 3-0 sebab salah pengadil. Pemain malaysia ni main ganas sangat ke sampai boleh kena 3 red card dalam satu-satu perlawanan.? Antara sebab yang paling obvius adalah referee berat sebelah.

Tapi aku rasa tu bukan sebab utama malaysia kalah. Aku rasa kita kalah sebab diorang terkejut bila badminton berpasukan lelaki kalah di peringkat suku akhir dengan Thailand.

Aisey, dengan Thailand pun boleh kalah? Belum lagi lawan China. Alasan yang diberi, sebab Lee Chong Wei kalah dulu dengan boonsak punsana kerana baru baik demam. Jadi moral pemain lain dah down bila dia kalah first point. Beregu pun kalah.

Dah nama berpasukan, takkan sampai bila-bila pemain lain nak harapkan kepada Lee Chong Wei. Satu hari nanti dia akan bersara jugak. Nasib baik Hafiz hashim menang. Tak ada la asyik kena kritik je.

Yang pasti, ramai mesti tak puas hati di atas dua kekalahan ni sebab kita memang menaruh harapan dengan dua sukan ni. Tapi nak buat macam mana. Kalah is kalah. Menang is menang. 

13 Nov 2010

YES(EPP)-internet percuma untuk pelajar universiti

Baru beberapa hari lepas, aku dapat flyers yang promosikan YES, Education Partner Program(EPP). Aku mula-mula tak tahu pun pasal YES ni. Tapi lepas aku pergi website YES, baca sana, baca sini, baru la tahu serba sedikit.

YES ni adalah 4G mobile internet with voice. Berdasarkan apa yang aku baca dekat website www.yes.my, YES ni bakal lebih laju sehingga 5X dari kelajuan internet 3G yang ada sekarang. Cuba korang bayangkan boleh download file 20MB dalam tak sampai seminit. Laju kan? Broadband yang ada sekarang ni pun tak laju macam tu.


Bagi Education Partner Program(EPP) Setakat ini, YES sudah adakan kerjasama dengan 6 buah universiti terpilih, iaitu UTM, UTAR, UPM, UM, KTAR & USM. Bagi pelajar di semua 6 universiti ni, korang bakal dapat bandwidth 300MB percuma setiap bulan selama 3 tahun!

Dapatkan YES ID anda sekarang

Jadi semalam aku login ke email universiti pelajar. Bagi student UTM korang kena login meggunakan ACID di http://mail.live.utm.my/. Dalam inbox, dah ada YES ID, password, dan nombor 018 yang bakal digunakan nanti. Lepas tu, activate kan YES ID yang dapat tadi di website YES dekat link ni.

Kalau korang tanya mahal ke kalau guna YES ni nanti? Sama macam yang lain-lain tak? Itu, aku pun tak tahu lagi. Kena tunggu pelancaran pada 19hb november ni baru la diorang reveal. Harap-harap tak mahal sangat. Biar affordable dan berbaloi. kan?

Untuk lebih maklumat, korang boleh pergi ke blog Amanz yang ada ceritakan banyak tentang YES ni.

P/S: Dah muak dengan broadband yang laju macam siput tu, tapi tiap-tiap bulan mahal jugak kena bayar. Tapi itu korang la, aku tak pakai. Aku sekarang pakai wifi free je. =D

12 Nov 2010

GiveAway Domain From MelRomeo.Com

Pagi tadi blogwalking dekat blog Melz. Melromeo.com. Lepas tu aku nampak satu entri tentang giveaway. Alang-alang nak try jugak. Mana la tahu bertuah sampai boleh dapat domain free. Setahun tak payah keluar duit beli domain.
banner melromeo

Nama url blog aku ni adalah serol-nizam.blogspot.com, kalau dapat domain free ni boleh la aku tukar ke hasrolnizam.com. Baru la style kan. =D

Salah satu syarat nya adalah kena tag 5 orang kawan. So aku tag la mereka ber5 kat bawah ni. Kalau ada orang lain tak di tag, tapi nak join jugak, silakan join sekaki. Meriahkan sama-sama giveaway ni..

GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM

Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS
 

2. DylaQistina
 
4. Hans
 
5. Ayue


MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG
 
GIVEAWAY DARI MELROMEO.COM
 
Kalau ada yang tak kenal siapa Melz ni, rajin-rajin la pergi singgah blog dia. Banyak input korang boleh dapat dari blogger otai macam melz ni.

p/s: Wish me luck.. =)

Filehippo.com-syurga untuk muatturun software free

Aku ni jenis suka download dan simpan installer sofware dalam laptop. Mana la tahu in case laptop kena format, semua installer dah ada. Tak payah nak buang-buang masa download lagi semua installer tu. Dulu aku ada simpan semua installer dan burn dalam CD. Tapi entah mana pergi CD tu pun aku tak tahu. Yang aku ingat last sekali kawan aku pinjam, tapi sebab aku dah lupa bagi pinjam kat siapa. Bila aku tanya semua cakap tak tahu pasal CD tu.

Jadi nak share dengan korang semua satu website filehippo.com ni. Dekat website ni kita boleh download segala macam jenis installer. Nak download installer untuk browser dan plugin macam firefox, google chrome, opera. Ataupun bagi yang kaki chatting, nak download yahoo messenger(installer-bukan shorcut macam dekat website yahoo tu), skype punya installer pun boleh. Selain tu installer audio dan video player macam realplayer, VLC, k-lite codec dll. pun ada. Kalau nak installer dalam website ni listkan memang banyak. Apa kata korang explore sendiri.

Berbeza dengan website-website lain, Yang aku suka kat sini sebab website filehippo.com ni memang up-to-date. Lagipun senang sangat nak download. Search apa yang korang nak, pilih dari version lama ke, sampai la latest version. Lepas tu tekan butang download. Tunggu sekejap, terus korang boleh download. Tak leceh macam website lain.

Aku tahu pun sebab dulu cik eda yang bagitahu. Aku rasa ramai yang dah tahu kot. Tapi saja nak share pada yang belum tahu. Sharing is caring kan? =)

8 Nov 2010

Tersilap-aku ingatkan hang brader jual ayaq

Lepas makan malam semalam dengan eda, aku singgah sekejap kedai air kat cafe dekat UTM ni.  Biasanya  owner kedai-kedai jual air kat cafe ni ada jual buah-buah depan kedai diorang. Aku plan nak beli la buah potong yang ada jual depan kedai tu. Tengah aku usha-usha buah betik, buah tembikai, tiba-tiba ada seorang brader datang dekat aku. Dengan confident nya aku pun tanya brader tu...

gambar sekadar hiasan. Takde nya dia jual strawberi kat situ.hehe

Aku: Abang, buah-buah kat sini berapa harga dia?(dengan confident aku tanya)

Brader: Kalau nak tau harga, ko pergi tanya owner kat dalam. Aku kat sini pun datang nak minum je.
(lepas tu terus blah)

Aku: errr...(terpinga-pinga sambil kontrol macho)

Aku mati-mati ingatkan brader tu orang yang kerja dekat kedai air tu.  Confident je  aku tanya dia. Rupanya bukan. Student UTM juga rupanya. Sori la brader. Sapa suruh hang datang dekat aku time aku nak pi beli buah. Kan aku dah tersilap. Haha..

Aku tahu korang mesti tension sebab hari ni dah kena start kerja lepas cuti hujung minggu haritu. Sebab tu aku buat entri lepak-lepak je. :D

p/s: Korang pernah tak tersilap macam aku?

7 Nov 2010

Nota di facebook-kita boleh percaya ke?

Sekarang di facebook ni aku tengok ada semacam satu trend. Aku ingat lagi trend orang share video-video di dekat wall dan antara video yang paling famous video tentang malaikat turun di kaabah tu. Aku tak sempat nak buat entri pasal tu sebab masa tu mood blogging tak berapa nak ada. Sampaikan dalam bulan september, aku just dapat update dua kali je.

kalau ada add la aku. :D
Tapi sejak kebelakangan ni apa yang aku nampak, dah jadi trend share note-note di facebook pula. Macam-macam jenis cerita yang ada. Dan yang paling latest tentang upin ipin yahudi ni. Selain tu ada dua tiga note yang menarik perhatian aku.

Tapi, hampir semua note aku tengok memang tak ada rujukan mana-mana. Yela, kadang-kadang note tu pun orang copypaste je. So kita tak boleh nak detect source tulisan tu. Cuma bagi pendapat korang la kan, boleh percaya ke kesahihan dalam note-note yang orang share tu? Sebab bila kita tekan button share tu, maksudnya kita anggap segala apa isi dalam tu betul la kan. 

Kalau aku nak tanya mark zuckerberg kofirm la dia tak jawab. Tu yang tanya korang tu.hehe. So apa pendapat korang?

5 Nov 2010

Bila banjir melanda

Sekarang ni bencana banjir teruk sedang melanda dekat kedah dengan perlis. Ramai yang jadi mangsa banjir kali ni. Dah lebih 40,000 orang yang terpaksa dipindahkan akibat rumah masing-masing yang naik air. Aku tumpang simpati dekat mereka yang tak bernasib baik tu.

banjir-ambil dari kosmo online
Tapi ada sorang kawan aku ni yang rumah dia kat jitra, kedah. Abang dia dah la hari ni nak akad nikah. Even rumah dia tak tenggelam sebab dekat kawasan tinggi, tapi dah jadi macam pulau. Keliling dengan air. Aku pun tak tahu la macam mana. Jadi ke tak hari ni majlis akad nikah tu.

Bagi aku setakat ni, memang tak pernah ada pengalaman tempat tinggal aku dilanda banjir. Biarpun aku tinggal di taiping, bandar hujan la orang katakan. Tapi Alhamdulillah. Tak pernah lagi kawasan rumah aku yang sekarang ni naik air bila hujan lebat.

Apapun, aku harap mereka yang dilanda musibah ni bersabar la. Setiap yang berlaku tu mesti ada hikmah kan. =)
 

4 Nov 2010

Upin dan ipin pun agenda yahudi ke?

Baru tadi aku ternampak satu note yang kawan aku share dekat facebook tentang satu isu yang kononya adalah agenda yahudi. Agenda yahudi yang kita tahu sentiasa merancang nak menjatuhkan, dan melemahkan umat islam dari dulu, sekarang, sampai la ke akhir zaman..


korang boleh baca dekat note ni.

by Asan Ramli on Wednesday, 03 November 2010 at 02:12

**SEBELUM TU SAYA MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH..ISU INI BELUM LAGI DIKETENGAHKAN LAGI  TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DANBUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN...***

***AKU DAPAT PON SECARA TAK SENGAJA DARI WEB KONSPIRASI YAHUDI***

Sebutlah Uffin bukan Upin, Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul."


Sebutlah Ariffin bukan Ipin, Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel ."

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin."U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,Digimon dan Mamula Moon.

LAGI SATU :

Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah danakhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalahagenda yahudi. ' i ' pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ' Israel ' .4g pula bermaksud "god, gold, glory and girl". kalu kamu benar2 cintakanAllah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solatkamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.

ANDA MENILAIKAN ADAKAH BETUL ATAU TIDAK..

***JADI KEPADA SESIAPA YANG BOLEH BONGKAR LAGI SILAKAN,KITA KONGSI KAN BERSAMA***


Dalam cerita upin ipin ni banyak nilai-nilai baik yang selalu di ceritakan. Contohnya diajar macam mana puasa, baca doa, buat baik dengan kawan-kawan, tak baik berbohong, dan macam-macam lagi. Semua tu agenda yahudi yang nak mempengaruhi budak-budak zaman sekarang? 

Pesan aku, jangan mudah percaya dengan benda-benda yang orang share dekat media ni. Tak kira la note ke, video ke. Tengok dulu betul-betul, fikir dengan logik akal,jangan terima bulat-bulat dan cepat melatah..

p/s: suka tengok gelagat adik-adik sedara aku bila depan tv tengok cerita upin dan ipin. Kalau tengah main, mesti semua terus senyap khusyuk tengok kartun upin ipin. Kalau ada yang buat bising jugak, mula la ada yang kena marah. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...