31 Jul 2010

Tak mahu semua, jangan buang semua

Pertama kali aku dengar ayat ni dua tahun lepas. Sewaktu aku turut serta ke program kem jati diri di Kolej matrikulasi Johor di Tangkak. Sejak dari pertama kali dengar, sampai la sekarang, ayat ni telah membawa satu perspektif baru dalam pemikiran aku. (skema sket ayat).


Sejak 2 bulan lebih ni, macam-macam aku dengar, lihat, pandang, tentang dunia blogger yang macam-macam isu hangat lagi panas bak pisang goreng panas yang dijual di taman sri pulai yang selalu aku pergi beli waktu petang paling-paling kurang seminggu sekali tu.

Ada blogger yang jadi selebriti, ada blogger yang ramai-ramai masuk surat khabar kosmo(jeles aku), ada blogger yang bincang isu-isu 'panas' sampai orang lain terasa bahang nya, blogger baru yang copycat blogger popular dan macam-macam lagi. Itu belum masuk bab nuffnang dan racist yang disebut2 oleh ramai orang baru-baru ni. Haih, banyak nya... (-_-")

Ish, apa kaitan tajuk hari ni dengan kisah-kisah blogger? Sekejap la. Tadi tu mukadimah je. Nak bagi korang pandangan awal tentang apa yang aku hendak cakap lepas ni.

Kadang-kadang blogger ni main tulis je dalam blog tentang apa yang nak diorang cerita. Macam blog aku, dulu aku rasa nak buat satu niche, tapi akhirnya aku turut serta kisah-kisah personal jugak. Sampai tak nampak dah niche yang aku nak buat dulu. (Nak tau niche apa, selak la entri-entri lama aku kat tab blog archive..)

Jadi setiap apa yang kita tulis tu, tak semua orang boleh terima. Tak semua orang yang boleh nak baca blog kita sebab mungkin tak kena dengan jiwa dia. Bagi aku, bila aku jumpa satu-satu blog, dan entri yang aku first baca tu tak kena dengan minat pembacaan aku. Aku tak lah terus tekan butang X(baca: pangkah) kat sudut kanan browser firefox aku ni.

Aku kalau boleh tak nak cepat menghukum seseorang tu berdasarkan satu entri yang aku sempat baca. Aku akan cuba tengok entri yang lepas-lepas dalam blog tu. Mungkin ada cerita-cerita menarik yang aku suka baca. Kalau memang menarik minat aku untuk terus ikut blog tu, aku follow la sekali. :D

Dapat tangkap tak apa yang aku cuba nak sampai kan ni. Ke ada yang tak faham. Aku rasa mesti ada yang kurang faham lagi ni kan. Ntah2 faham yang pisang goreng yang aku beli kat tepi jalan kat taman sri pulai tu sedap je.hehe.

Ok2, i'll go straight tu the point.

Jika tak suka seseorang, jangan terus tak nak berkawan dengan dia, sebab mungkin dia ada apa yang kita takda. Mungkin satu hari nanti dia la yang duk tolong kita. Dari segi blog pulak, kalau aku tak suka baca blog tu sebab satu-satu benda/isu, jangan terus tak baca. Jangan terus menghukum! Mungkin ada entri lain yang si blogger tu tulis boleh bukak minda aku supaya menjadi lebih baik. =)

25 Jul 2010

Tarikh Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM 2010) ke-45

Tempat menimba ilmu.
Sejak dua menjak ni ada beberapa orang rakan-rakan aku dah sibuk tanya bila tarikh konvo UTM 2010 untuk semester ni. Masing-masing dah cemas dah sebab nanti nak kena tempah hotel la, nak kena datang ambil jubah la, nak kena isi borang itu ini la kan.


So pagi tadi aku pun cari punya cari akhirnya jumpa jugak tarikh untuk korang grad wahai sahabat-sahabat aku semua. Yang pastinya tarikh tu adalah lepas raya. Takdanya UTM nak buat konvokesyen time-time bulan puasa. Macam mana pesta konvo nak laku kalau time bulan puasa kan. Lagi satu takde la nanti korang bergambar sambil monyok je sebab lapar..hehe

 Ini aku ambil dari website convo UTM.




HARAP MAKLUM !
Surat jemputan kepada Para Graduan diposkan mulai 2 Ogos 2010

PERHATIAN :
Semua graduan dijemput menghadiri Raptai Majlis Konvokesyen ke-45.

Maklumat Raptai Majlis Konvokesyen ke-45 adalah seperti berikut:

Tarikh : 24 September 2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Sultan Iskandar UTM, Johor Bahru, Johor


Untuk Makluman:
Graduan boleh menyemak nama menggunakan sistem semakan nama graduan
pada laman web Majlis Konvokesyen bermula 2010



Ok, kalau korang ada lagi soalan nak ditanya, aku syorkan korang baca FAQ tentang majlis konvokesyen ni kat website konvo ni--> Soalan Lazim 

ataupun kat website pejabat pendaftar--> Soalan Lazim


Jika ada lagi yang musykil ataupun persoalan yang nak ditanya dan nak tau maklumat lanjut berhubung konvokesyen ni seperti tarikh dan lain-lain, korang dinasihatkan telefon terus ke Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar di talian 07-5531157 atau 07-5530363  untuk memperolah maklumat lebih lanjut.


Banyak lagi maklumat dekat website konvokesyen tu, so baca la sampai habis kalau nak lebih dapat gambaran apa yang korang patut buat. Jangan malas.hehe. Tapi banyak dalam website tu masih belum berupdate sejak konvo ke 44 yang lepas. Mungkin lepas 2 ogos baru di update.


So aku sekadar share apa yang aku jumpa untuk pengetahuan korang. Kalau ada salah ke apa, korang bagitau ye.


p/s: Selamat bergraduasi kawan-kawan..Aku punya lambat lagi, akan aku follow jejak korang nanti.. =)


23 Jul 2010

Oh, hampir terlanggar orang

Biasanya aku kalau sakit kepala, memang sangat sensitif dengan cahaya terang. Terutama kalau waktu malam ni, lampu kenderaan memang aku cuba elakkan dari aku pandang. Jadi apa aku buat bila aku tengah naik moto tu, aku akan kecikkan pandangan mata aku. Supaya cahaya yang masuk tu pada tahap minimum. Sebab kalau terpandang tepat kat cahaya kereta yang terang benderang tu, rasa amat-amat tak selesa.
 

Ceritanya macam ni,lepas maghrib semalam aku keluar sekejap nak pergi makan. Biarpun tengah sakit kepala, aku gagahkan jugak diri keluar sebab nak makan untuk berbuka. Masa nak pergi tu, rasa seksa yang amat la sebab terpaksa berhadapan dengan lampu-lampu kereta. Tapi aku buat rilek je. Ye la, perut orang tengah lapar..

Lagi satu aku ni kalau bawak moto memang suka ambil side tepi jalan raya. Tak suka bawak moto tengah2 jalan sebab takut halang kenderaan besar lain. Tambahan pulak jalan yang aku lalu semalam tu memang tak besar mana. Jadi aku wat rilek je jalan dekat dengan line sebelah tepi.

Time nak balik dari makan, takda la laju pun aku bawak. Dalam 40-50 km/j je. Bila ada kereta datang dari arah bertentangan, jadi macam biasa aku kecikkan la mata aku. Hampir-hampir nak pejam dah. Ok, kereta dah lepas.

Tiba-tiba masa aku tengah kecikkan mata tu, aku perasan ada satu kelibat lembaga hitam kat tepi jalan tu.  Ada orang lelaki rupanya tengah jalan kat situ. Dah dekat baru aku perasan. Aku pun terkejut, then sempat elak. Aku agak kalau aku tak elak, mesti aku terlanggar orang tu. Sebab dah dekat sangat. Haih. (dia berjalan diatas bahu jalan, bukan atas rumput tepi jalan).

Ini kali keberapa aku pun tak sure hampir-hampir nak terlanggar orang. Selalu jadi macam ni bila aku tak beberapa fokus kat jalan raya. Time fikiran tengah merewang duk fikir kan benda lain.

p:/s: Itu la, bahaya kalau bawak kenderaan time sakit kepala. Tapi degil, nak bawak jugak..


22 Jul 2010

Bas Tambahan Balik Raya

Masa aku lepak-lepak makan malam kat kedai makan, kebetulan kedai tu tengah pasang TV3. Ada lagi satu isu tentang bas awam, tapi bukan bas lompat. Kali ni tentang tiket bas balik raya.. Syarikat bas under Konsortium Transnasional Berhad (KTB), macam bas Plusliner dan Transnasional. takkan keluarkan bas tambahan untuk balik raya kali ni. 

Dari butir-butir yang aku dengar, sebab KTB dah mengalami kerugian. Salah satu faktor dia sebab harga minyak yang naik 5 sen sekarang ni. Jika tahun lepas dah rugi RM12 juta, kali ni dengan minyak naik, rugi mesti la lebih dari tu. Sebab tu diorang ambil jalan mudah. Tak sediakan bas tambahan untuk balik raya.


Bas UTM semasa di desaru

Jadi dengan jumlah yang ada tu, takut ada je yang tak balik kampung nanti naik bas. Terpaksa la balik naik kereta api ke, bas lompat-lompat ke, tumpang kawan naik kereta ke. banyak lagi alternatif lain sebenarnya nak balik ni. Jangan sampai tak balik dah la..

Untuk budak-budak UTM Skudai, korang boleh usha blog cikgu farha ni kalau nak tahu bila tarikh tiket bas  UTM untuk balik raya mula dijual.. Jom Beli Tiket Balik Raya!! 


p/s: dah 4 kali aku cerita pasal bas..kenapa la agaknya.. :D

21 Jul 2010

Aduan rakyat dengar keluhan aku

Kalau korang ingat, aku ada cerita pengalaman aku dengan bas lompat-lompat / bas awam yang uzur masa aku belajar dekat Matrikulasi perak dulu. 




Tadi(malam) dekat rancangan Aduan Rakyat di TV3, turut bincang masalah yang sama. Kalau siapa yang tengok tu, mesti korang nampak bas yang orang ramai naik tu memang uzur. Berkarat sana sini, kerusi pun bukan dalam keadaan elok. Kira serba serbi uzur la. Tapi pemandu takde la yang uzur pulak. Setakat yang aku tengok, semua sihat-sihat belaka.


Tu la, aku dah cerita, bas kat malaysia masih ada yang ada dalam kualiti memuaskan lagi. Terutama kat luar bandar. Kalau kat bandar tu, aku rasa dah ok sikit. Lagi selesa. Takde la macam aku cerita tu, bumbung bas bocor.


p/s: nak tengok tv3 secara online. Klik Nabil-potter.blogspot.com

17 Jul 2010

Dari Gopeng ke Taiping-Oh Kisah Bas lompat-Part 2

part 1 is here. (klik sini)
 
Bas yang aku naik kali ni agak daif. Agak daif or amat daif? mana-mana pun boleh. Bas lama mungkin. Masih lagi guna tingkap yang slide dari atas ke bawah tu. Bukan yang slide kiri ke kanan. Aku pun tak dapat agak berapa umur bas tu. Mungkin dari zaman mak ayah aku muda-muda remaja dulu.

ini bas kat Taiping.bas yang buruk tu takde gambar dia. 
http://www.flickr.com/photos/wansoo/3783855205/

Macam biasa, aku pun ambil port dekat belakang sekali. Biasa la kan, orang lelaki ni tak suka duduk depan-depan, suka lepak kat belakang, lagi satu kita boleh tengok orang lain yang kat dalam bas tu.

Penumpang dalam bas tu pun tak ramai, kalau campur driver bas dengan pembantu dia, lebih kurang 10 orang termasuk aku. Tengah sedap-sedap aku melayan pemandangan indah di luar tingkap bas melihat kehijauan alam flora dan fauna, tiba-tiba hujan turun.

Taiping bandar hujan? errr.. credit-http://www.persada.org.my/

Lebat bukan main. Aku tau la Taiping ni digelar sebagai bandar hujan. Setiap kali hujan, aku teringat kan taiping. Setiap kali balik Taiping, tak sah kalau tak hujan. Tapi kali ni hujan tu memang betul-betul lebat. Sampai tak nampak dah jalan bila aku jenguk ke luar tingkap.

Bumbung bas bocor!

Dan tengah-tengah hujan tu, satu benda yang aku tak pernah terfikir dalam hidup aku berlaku. Tiba-tiba, banyak air hujan masuk dalam bas. Air masuk ikut celah-celah rekahan yang ada kat bumbung bas tu.. Ah sudah. Air masuk dalam bas? Ape kes ni. Tak pernah-pernah.

Banyak jugak air yang masuk. Aku dah mula risau, buatnya banjir dalam bas ni mampus. Ada 2 ,3 orang yang kena ubah tempat duduk sebab air hujan yang masuk kena kat tempat duduk diorang. Tempat aku tak kena air tu, nasib baik tak basah.

Pembantu bas tu takde la pulak nak buat pengumuman macam stewards dalam kapal terbang. "Kepada penumpang2 sekalian, anda semua di harap bertenang. Air yang masuk ni bukan air apa pun, air hujan je." Kalau dia buat pengumuman macam tu, kompem aku maki dia sorang-sorang kat belakang..

Azab~

Fuh, azab.. Bayangkan, dengan sejuk nya dalam bas, hujan lebat gila kat luar, air yang mencurah-curah masuk dalam bas, dah buat aku cuak. Aku risau if something happen kat bas tu. Macam mana la nasib aku tu nanti. Aku pun hanya mampu berdoa moga-moga selamat sampai balik kat rumah.

Tak lama lepas tu, hujan pun makin beransur reda. Cuma tinggal renyai-renyai di hujung perjalanan. Akhirnya aku sampai jugak kat stesen bas taiping. Dah dari situ aku naik satu lagi bas untuk balik ke rumah. Alhamdulillah sempat. Setelah sejam lebih perjalanan dari Ipoh ke Taiping, dan setengah jam dari Taiping ke rumah aku di Trong, aku pun selamat sampai.

Turun-turun je bas depan pintu masuk kampung aku, aku cakap dalam hati aku, "sumpah, lepas ni aku dah tak nak naik bas lompat-lompat dari kuala kangsar ke taiping lagi".haih..

Inspired by this article from kosmo. Bas henti-henti daif, kotor - LPKP 


p/s: dah abes dah. takdenya nak sambung part 3.hehe..

16 Jul 2010

Dari Gopeng ke Taiping-Oh Kisah Bas lompat

Kisah nya 4 tahun dulu. Sewaktu aku masih lagi menuntut di Kolej Matrikulasi Perak, dalam aliran sains fizikal. Oleh sebab rumah aku ni di Taiping, dan KMPk ni di Pekan Gopeng, Ipoh jadi aku memang selalu balik ke rumah. Paling-paling kurang sebulan sekali. Tapi every two weeks aku mesti balik. Rindu mak ayah kat kampung kot masa tu, itu yang aku selalu balik. Anak emak ke aku ni? Aku anak mak dengan ayah aku la.hehe..

Pemandangan Masjid Kolej Matrikulasi Perak

KMPk ni ceruk, pedalaman, kata budak-budak yang duduk situ. Agaknya memang kolej2 matrikulasi ni diorang letak jauh2 ke ceruk. Sampai kan sekeliling KMPk tu penuh dengan hutan kelapa sawit. Jadi kalau nak keluar ke bandar, memang susah. Jauh gile. Aku pernah jugak pergi kolej matrikulasi pahang dekat Gambang, dekat ceruk-ceruk jugak. Memang tak jumpa tamadun manusia..hehe..

Ipoh dengan Taiping tak jauh. Cuma sejam suku je perjalanan. Ikut highway ke, ikut jalan lama, lebih kurang je. Itupun kalau naik bas yang speednya nak cecah 140km/l tu la. Yela, kalau bas 90km/j, lambat la sampai kan.Matematik simple je tu..

2 pilihan...

Kalau aku nak balik dari Ipoh nak ke Taiping ni ada 2 choice. Satu, aku naik bas ekspress Ipoh-Taiping Ekspress.(dia mmg tak pergi tempat lain selain ipoh n taiping, Jangan ngade2 nak suruh dia hantar pergi butterworth, mau kena flying kick,haha..)

Dan lagi satu choice kena naik bas henti-henti ataupun orang kampung aku panggil bas lompat-lompat. (kenapa bas lompat-lompat aku pun tak tau, jangan tanya.hehe) So aku mesti pilih naik bas ekspress, sebab ada aircond, sedap untuk tido, pejam je mata tup-tup dah sampai..hehe

Tiket Bas Ekspress habis...

Nak di jadikan cerita, minggu depannye KMPk cuti. Jadi ramai budak matrik ni balik. Sampai tiket bas ekspress Ipoh-Taiping tu habis. Dan kalau ada pun lambat sangat. Sebab kalau aku lambat sampai taiping, nanti bas dari taiping ke rumah aku takde after pukul 7 malam. So kalau aku sampai Taiping pukul 8 ke 9 ke, nak naik teksi dari taiping ke rumah aku mau kena puluh2 ringgit. Mana nak cekau duit banyak2 time matrik dulu. Duit pun mak ayah duk kasi lagi.

Jadi aku ambil keputusan naik bas lompat-lompat or bas henti-henti tu.. Aku pun dah lupa nama bas tu. Bas ni dari bandar ipoh dia hanya sampai ke Kuala Kangsar. Bas yang tak ber aircond, kena bukak tingkap kalau nak aircond sendiri. A typical public bus in rural area. Mula-mula perjalanan tak banyak ragam. Dan aku pun sampai la dengan selamat kat stesen bas kuala kangsar tu.

Dari Kuala kangsar nak ke Taiping, aku kena naik satu lagi bas awam. Red & Yellow Omnibus kot. Cuaca kat luar dah mendung, menandakan waktu pun hampir nak hujan..Cabaran dalam perjalanan balik aku haritu baru saja bermula... (Bersambung ke part two...)

Inspired by this article from kosmo. Bas henti-henti daif, kotor - LPKP

p/s: aku tertaip panjang, sebab tu buat 2 part.hehe..


14 Jul 2010

Nikmat dunia yang kita tak sedar di waktu terjaga

Selamat pagi semua. Apa khabar orang kampung? eh, apa khabar korang semua. Pagi-pagi macam ni ada ke yang dah tercangak depan laptop/pc masing-masing kat tempat kerja ataupun kat rumah sambil duk usha-usha blog kawan-kawan, bukak fb, baca surat khabar online, bukak email dan macam-macam lagi la.

Ada orang yang pagi-pagi ni dah muka masam mencuka, ada orang pagi-pagi ni angin ataupun mood dah tak ok, ada orang yang pagi-pagi ni yang perutnya lapar sebab belum sarapan(aku la tu).

Aku waktu pagi-pagi macam ni jarang masam mencuka, jarang mood tak ok, tapi selalu je perut lapar.


Kenapa perlu nak masam muka pagi-pagi, kenapa perlu nak mood tak ok, sedangkan Tuhan berikan manusia banyak nikmat hidup yang kita sendiri tak perasan akan wujudnya nikmat itu. Jika tujuh lautan di muka bumi ini dijadikan dakwat untuk tinta menulis, maka belum cukup untuk menampung menulis semua nikmat dunia yang Tuhan berikan kepada kita. Fuh, betapa besarnya nikmat tuhan ni kan. Adakah kita menghargainya?

Kepada orang yang berkerja, kenapa nak mengeluh korang terpaksa mengulang rutin harian yang sama, bangun pagi, pergi kerja 10 jam, lepas tu balik rumah, makan, rehat dan tido. Ada yang kata takda life kalau kerja ni. Tak enjoy macam waktu belajar dulu. Banyak masa free.

Tapi sedarkah korang, berapa ramai lagi siswazah yang menganggur yang nak sangat jawatan korang tu sebab terlalu banyak masa yang free di rumah.

Kepada student-student yang tengah belajar tu, kenapa nak mengeluh sebab cuti semester dah habis dan terpaksa balik semula ke universiti masing-masing untuk sambung belajar.

sedangkan ramai lagi yang nak sambung belajar tetapi tak mampu sebab keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan dan tak layak masuk ke menara gading.

Kepada orang-orang yang tak berkerja, kenapa mengeluh korang tak dapat-dapat kerja lagi, sedangkan masa lengang korang tu boleh diisi dengan perkara-perkara berfaedah dari sekadar duduk buang masa menghabiskan beras di rumah?

Jadi, kenapa perlu bermasam muka bila setiap kali bangun dari tidur akibat memikirkan benda-benda kat atas, sedangkan sepatutnya korang bangun dari tidur mengucapkan Alhamdulillah kerana masih bernafas dan mempunyai sehari lagi bagi beribadat kepada Yang Maha Esa.

Semua Senyum-before bertolak ke gunung pulai.. =)

Diilhamkan selepas mula-mula mengeluh melihat barang-barang kepunyaan aku yang banyak berkotak-kotak, tiba-tiba teringat akan si pengemis di jalanan yang hanya mempunyai pakaian sehelai sepinggang untuk hidup.


11 Jul 2010

What you give, you get back (edisi worldcup 2010)

Sedar tak sedar kan, musim bola dah sampai ke kemuncak, pagi tadi German lawan Uruguay dan pagi esok pulak, Spain lawan Belanda. Aku perasan satu benda menarik tentang pasukan Uruguay ni selepas aku tengok match yang German menang semalam lawan Uruguay.

Uruguay ada peluang untuk samakan jaringan pada saat terakhir permainan. Tapi malangnya tedangan percuma Diego Forlan terkena palang. 


Free kick Forlan yang kena palang

Dalam match yang Uruguay lawan Ghana, pasukan Ghana dapat penalti pada saat terkahir permainan sebab player Uruguay tampan
dengan tangan bola Ghana yang sepatutnya gol.(yang mana aku anggap sebagai taktik kotor). Tapi last-last penalti Gyan tu tak masuk sebab terkena palang. Dan akhirnya Uruguay yang menang.

Penalti Ghana yang kena palang jugak


Perasan tak persamaan dua situasi kat atas tu. "Palang"

Oleh kerana bola terkena palang pada saat akhir, Uruguay menang, dah oleh sebab bola terkena palang pada saat akhir juga, Uruguay kalah dan tiada peluang untuk lawan balik.

Korang agak-agak kenapa aku letak tajuk what you give you get back dalam entri kali ni?


gambar: fifa.com

p/s: My Friend who also talked about football, but from a different view. Not just ball and win match

9 Jul 2010

Jeritan Gooalll di pagi hari

Goooooooaalllllll....! Aku terjerit keseorangan waktu pagi tu saat carlos Puyol pemain Spain merangkap Barcelona menanduk kencang ke gawang German. "Weh, bangun-bangun. Spain gol..!" Aku kejut 2 orang kawan aku yang tengah sedap tidur. Sorang depan Tv, sorang lagi dalam bilik. "Ceh, apaaada diorang ni. Kata peminat sejati Spain, boleh pulak tidoq time-time camni" Cakap aku dalam hati.hehe.. 

Kredit: Kosmo online
Dengar-dengar je goal, laju je diorang bangun tercangak depan tv. Tapi dah tak feel macam aku, tengok yang live score sebab diorang tengok ulang tayang. Ala, takdenye pakai-pakai astro ke apa boleh rewind-rewind, tengok kat RTM je. Kata penyiar rasmi piala dunia tu kali ni..

Puas, lega, senyum. Akhirnya Spain masuk jugak ke final Piala Dunia. 2 tahun lepas Spain jadi juara Euro 2008, harap-harap dapat menang world cup pulak.

Biasanya hero dalam filem hindustan, hero mesti kalah dulu. Agaknya macam tu la kot Spain ni. first match dah kalah. Dah nampak gelap, tapi yang gelap kini sudah terang..haha.. Tinggal Isnin pagi ni(waktu malaysia) jadi penentu. Aku bajet Spain menang 2-1..hehe. 

p/s: dah lewat sehari aku update pasal spain menang ni. Selagi tak update, gelisah je memanjang. Dah update, ok, next entri bakal menyusul..  =)

p/s: Sebelum match Spain lawan German aku ada cakap kat kawan aku. "Andai kata Spain menang malam ni lawan German, aku yakin lawan belanda nanti pun boleh menang punya" korang agak-agak? Boleh ke?



6 Jul 2010

Cara pasang floating button Di sisi Blog

Beberapa hari lepas, aku tengok kat shoutbox aku, ada seorang blogger nama ana, (tapi url blog dia aku tak tahu sebab dia tak tinggalkan link) mintak suruh buat tutorial untuk letak floating button (fb, Gb, twitter, flickr) kat sebelah kiri blog aku ni.

Social network floating button

hmm..Sebenarnya tutorial ni aku ambil bulat-bulat kat link sini. Tutorial : Cara pasang floating button Di sisi Blog dari maribina blog.

Cuba ikut cara dalam blog tu, takde la susah. Tapi kalau ada apa-apa nak tanya. Boleh drop kat komen.

p/s: entri pendek je, sekadar nak menjawab pertanyaan orang..aku nak buat tutorial tak beberapa nak pandai..aku share link je la..hehe..

3 Jul 2010

Ada Kimia Antara Kita

Salam pagi hujung minggu buat semua.

Pagi ni macam biasa aku usha-usha beberapa surat khabar online. Dan salah satu yang aku baca tadi adalah kosmo online. Sebab berita di kosmo online ni lebih pendek dan general. Jadi jika aku berminat, akan aku cari di surat khabar yang lain detailnya.

Ada terbaca tentang kes orang nak curi duit dari mesin atm. Lepas tu ada terbaca satu nama bahan kimia dalam artikel tu. Pelik sedikit bunyi nya. Aku pun hairan. Tak pernah dengar. Nak sebut pun susah. Kalau ada pun, yang bunyinya ada iras-iras.

Aku pun google dan memang confirm ejaan tu salah. Sepatutnya Oxy Acetylene. Bukan Oxy Atcytelyne

Ha, ini dah beberapa kali aku jumpa salah ejaan kat surat khabar. Tapi kali ni pulak ejaan untuk salah satu nama bahan kimia. Nampaknya otak aku masih belum berkarat. Orang yang ambil subjek kimia memang peka sikit bab-bab nama bahan kimia ni..Tambahan pulak orang chemical engineering. hehe..

P/s: sekadar entri selingan di waktu pagi. Harap ada 'kimia'(chemistry) di antara kita.. :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...