Segala kisah nya adalah pada hari sabtu lepas. Pagi-pagi lagi kawan aku mintak tolong hantar ke tempat tunggu bas, sebab dia nak naik bas ke KL pagi tu. Awal jugak, bas pukul 8, tapi dia nak sampai kat tempat tunggu bas before jam 8 pagi. Aku pun fikir sekejap then terus setuju nak hantar dia.
Aku setuju sebab dalam on da way balik, aku boleh singgah di bank untuk bank in kan duit baju gengblogger kat joegrimjow sekali. Yela, takut kalau bank-in duit lambat-lambat nanti habis pulak baju tu. Ada seratus helai je kat malaysia ni, limited edition baju tu.. Biarpun aku tak pergi, tapi aku mintak tolong cik eda ambilkan. Sebab dia pergi gathering GB tu.
ini la dia baju gathering gengblogger tu.
Peristiwa 1
Dah hantar kawan aku, waktu aku atas motor, aku baru perasan, air dia tertinggal kat dalam raga aku. Adui. Nak patah balik aku kena amek u-turn. Jauh pulak tu. Lepas tu tengok pulak meter minyak dah E, ish, nanti habis tengah jalan mampus aku. Tak ke naya kena tolak. Aku pun decide tak jadi nak patah balik.sori la der..harap ko tak kehausan kat atas bas tu.. (-_-")
Peristiwa 2
Sampai je kat stesen minyak shell, aku jadi pelik sikit. Sebab nampak diorang letak tong fire extinguisher dekat kawasan pam minyak tu. Aku pun jalan kedepan sikit, pastu nampak sign dia tampal kat cermin, Minyak Habis. Ceh. Time aku nak isi la minyak habis. Sabar jela..
aku ingat sebab takut jadi macam kes orang mati sebab staff stesen minyak tak bagi pinjam fire extinguisher, sampai korang letak semua tong-tong kat luar. Aku tertipu sekejap kat situ.
Peristiwa 3
Lepas isi minyak kat stesen Sebelah shell tadi, aku decide nak isi angin tayar. Tadi bawak kawan aku, rasa macam tak best. Angin kurang la tu. Tapi yang peliknya, lagi aku pam angin, pressure kat pam tu tak naik-naik. Ah sudah. Aku tekan-tekan tayar, makin angin kurang ada la. Dah maki-maki aku kat situ. Pam yang kat tangan aku dah aku hempas kuat-kuat. (konon2 nak tunjuk aku protes pam diorang tak bagus)
Peristiwa 4
Aku pergi stesen minyak satu lagi. Kali ni petronas pulak. Ok cantik, ada 2 pam. Kebetulan ada kereta sebelah aku. Baik punya dia cilok potong masuk line tempat aku nak park moto. Hampeh betul, Pergi la pam sebelah tu. Tempat aku nak pergi ni la dia nak masuk. Takpe-takpe. Aku beralah. Bila dah kat pam satu lagi. Tak pasal-pasal darah aku menyirap. Boleh pulak paip pam tu kena tindih dek tayar kereta yang park kat situ. Kompem la tak leh guna. Dah tayar kereta tu aku maki-maki sebab apa dia ada kat situ.
Peristiwa 5
Jadi nak tak nak, aku kena pergi balik kat kereta yang potong line aku tadi. Aku pun parking sebelah dia tengok dia tengah pam tayar tu. Konon-konon nak suruh dia buat cepat sikit. Yela, cuba time korang tengah buat satu benda kat public, orang duk usha-usha. Mesti rasa nak buat bagi cepat habis kan. Itu la tips yang aku pakai pagi tu.hehe..
Tapi, tunggu punya tunggu, awat lambat pulak mamat ni isi angin. Aku syak jadi kes macam aku nak pam first2 tadi, angin tak masuk. Sebab aku tengok presurre tak naik-naik. Aku yang tadi darah dah menyirap terus panas mendidih. Jadi apa lagi, aku tekan butang starter, terus blah. Tak kuasa lagi aku nak menunggu. Mana tak nya, campur dari aku nak pam yang 1st tadi, dah dekat 20 min. lama gila aku buang masa sebab nak isi angin tayar moto yang satu ni..haish..
Peristiwa 6
Pagi tu hati aku memang panas. Mood jangan cakap. Lari habis. Tapi waktu atas motor tu, dek kerana aku tringat kan satu entri selamat pagi malaysia yang pernah aku taip dulu dalam blog ni, hati aku terus cool down seperti header baru cool blog dari fitrihadi.
Bila aku aku dah cool, aku pergi stesen pam lain, eh, senang pulak nak pam angin nya. Tak banyak kerenah. Berbekalkan satu bungkus roti canai di dalam raga motor yang aku tapau dari kedai mamak untuk buat breakfast, aku pun balik dengan senyuman.. =)
p/s: panjang kan?first time kot..hehe
p/s2: selalu tak korang pagi-pagi lagi dah tension or panas hati? kenapa?
.
.













