28 May 2010

Pelakon IP MAN tu kawan aku.

Hujung bulan lepas, aku pasti ramai yang dah tengok cerita IP MAN 2 yang super duper best, sampai cerita IRON MAN 2 yang tengah tayang pada waktu yang sama tu, ramai yang cakap kurang best.

Siapa yang belum tengok lagi cerita IP MAN 2, memang tersangat rugi. Baik korang pergi download cepat-cepat, lepas tu tengok. Aksi memang tip top.
 
 Prince of Persia

Aku bukan nak buat review tentang dua cerita ni, cerita dah basi pun. Sekarang ni pun orang tengah layan Prince of Persia kan. Aku dengar macam best. So next weekend maybe akan pergi tengok, nak nilai sendiri best ke tak.

Pelakon IP MAN tu kawan aku.

Back to the topic, kenapa aku tulis pelakon IP MAN Donnie Yen tu kawan aku. Haaa, cuba tengok gambar kawan aku, Apez, kat bawah ni. 


Sama kan.Serupa woo..hehe..

27 May 2010

Mereka Adalah Followers yang 200 itu

Salam hari khamis semua. Apa khabar? Sihat? Harap-harap takda la yang kena sakit sekarang ni. Sebab wabak H1N1 pun masih ada lagi, Jadi sentiasa lah jaga kesihatan ye. 

 200 blogger itu

Opps, sedar tak sedar follower blog ni sudah 200. Baru je bulan lepas cukup 100 kan. Terima kasih kepada 200 blogger yang jadi follower tu. Biarpun ada orang kata jumlah follower tak penting, tapi yang penting adalah readers. Tapi bagi aku ini turut memainkan peranan dalam bentuk moral, supaya blogger macam aku ni rasa motivate untuk terus berkongsi idea.

Dulu masa follower cukup 100 aku ada buat countdown kan, so kali ni pun buat lagi. Jom tengok siapa yang kena.

196-Blog Ery Farieha

197-Aiye
198-Telur Di Basuh

199-Zaid

200-Marsha - no bertuah ni..hehe
 

Takda pun hadiah special untuk follower ke 200 ni iaitu Marsha. Aku cuma boleh bagi backlink je. Lepas tu promote2 sikit kat sini.Biasa la, orang tak kerja lagi, mana ada duit..hehe..

Kenapa ada yang takda blog link?

Ok, kenapa Aiye, dan Zaid aku tak letak link ke blog masing-masing. Sebab aku tak jumpa link blog diorang. Bila aku bukak profile diorang, aku tak nampak link ke blog. Jadi tak dapat aku nak follow balik, or even nak usha blog aiye dengan Zaid ni.
update (link blog zaid dah jumpa. itupun dia drop kat shoutbox, tak perasan masa taip entri ni tadi,sorry)
Bukan sorang dua, tapi dah banyak kali aku jumpa macam ni. So kalau terbaca entri ni, drop your blog link di komen ye. Boleh aku dapat promote kat entri ni..

p/s: Apapun, kepada yang followers, yang silent readers, yang stalker(ada ke), hatta yang sekadar drop kat shoutbox, yang main klik-klik nuffnang, dan yang pengomen tegar(ada ni), trimas semua sebab support blog ni. =)

26 May 2010

Penyakit Lupa Itu

Pernah dengar kalau kita makan semut, kita akan cepat lupa?

Dah sinonim dengan orang kita, bila ada yang cakap "aku ni pelupa la, kenapa ek?" So akan ada yang automatik jawab "ko ni banyak makan semut ni"

Aku pun tak tau ada bukti kaitan saintifik ke tentang semut dan penyakit lupa tu, tapi bukan itu yang aku nak bincang kan kat sini. Korang boleh tanya pakcik google la ada ke tak. 

Macam ni la gaya aku bila nak ingat benda aku lupa..

Aku sendiri alami penyakit mudah lupa ni. Benda yang aku selalu tak ingat adalah, tarikh-tarikh, barang letak kat mana, dan paling susah sekali nak ingat nama orang yang aku baru kenal. 

No offense ye, aku akan mudah untuk ingat muka orang tu, tapi nama nya mungkin tak ingat. Jadi kalau aku tak mention nama korang tu time bersembang, faham-faham je la..hehe

Lesen Pun Boleh Mati

Minggu lepas, lesen aku dah mati. Boleh pulak lupa, nasib baik semalam time nak keluar aku teringat. Sempat la aku renew kat pejabat pos. Kalau aku menonong je keluar, kena tahan, kang naya je kalau kena saman dengan tok misai. 

Ada tips tak yang korang amal macam mana nak bagi mudah ingat ni? Atau pun cara nak mengatasi penyakit lupa ni..

25 May 2010

Hidup Umpama F1...

Hidup ini boleh diibaratkan perlumbaan F1,


Ada garisan permulaan,


Ada garisan penamat,



Kita tak boleh duduk sorang-sorang,


Kena ada semangat berpasukan,


baru hidup tak bosan.

Kadang-kadang bila kita selesa berada didepan,


Sampai dah tak nak toleh belakang,


Bila nasib tidak menyebelahi kita,


Adakah kita nak putus asa?




Sehingga dapat merasa erti sebuah kejayaan..


p/s: Pening tengok butang-butang atas stering kereta F1 ni?

Ini baru butang kereta F1, belum lagi butang kehidupan


p/s: aku post semula entri ni, sebab minggu lepas ter'save as draft', padahal nak edit sikit. Kan aku update blog ni macam biasa nanti, dh 3 hari sepi tanpa berita.

21 May 2010

Formspring, Ask Hasrol lah...

Aku pun baru terjebak dalam kancah formspring.me ni. Baru beberapa hari lepas aku buat akaun formspring ni. Masih baru, fresh, dan suam-suam kuku lagi. Jadi tanya je lah apa yang korang nak tanya.



Karut marut sikit takpe, jangan sampai melampaui batas dan di luar norma kehidupan manusia. Ha, ada yang tak faham apa aku tulis ni, tanyalah..hehe

P/s:  Siapa yang belum lagi tengok gambar bulan mengambang aku snap, klik sini
       Siapa nak tau tentang buffered earnings pun boleh cari kerja, klik sini.

20 May 2010

Jakun dapat buffered earnings


Dah dua hari tak update blog ni. Bila tak update ni, baru la rajin sikit nak blogwalking. Melawat blog-blog yang aku follow, yang dah lama tak jengah pun ada. Ni la jadinya bila follow banyak blog. Tak terkejar nak blogwalking. Cuma mana yang baru update, dan tersenarai di atas bloglist aku je yang berkemungkinan nak di lawat. Yang lain tu, lambat sikit la ye..hehe

Nak di pendekkan cerita, sebelum ni aku asyik baca kat blog sana sini tentang diorang dapat buffered earnings. Masa baru-baru dulu, aku pun pelik apa benda kah buffered earnings tu.Sejenis makanan kah?haha.

Tapi semalam bila aku tengok dekat akaun nuffnang aku, ada satu yang menarik perhatian. Yang aku tak pernah nampak sebelum ni. Haa, apa lagi kalau bukan aku pun dah dapat merasa buffered earnings. Punya la aku jakun tak pernah tengok. Nasib baik tak ternganga sampai lalat boleh masuk dalam mulut. 

Ini la dia iklan untuk buffered earnings tu.(kalau tak silap aku la). Macam-macam ada dalam iklan ni. Aku pun selalu klik untuk usha apa yang ada.(bukan fraud klik ye). Yang paling penting, buat penanam anggur kat luar sana, ada jugak iklan untuk jawatan-jawantan kosong yang boleh korang apply. Pergi dekat tab career, lepas tu klik job vacancies.

Haa, lain kali, kalau jumpa iklan ni, jangan klik sekali je, lepas tu tekan x kat sudut kanan tu. Baca la dulu sikit-sikit. Kalau tak, kan dah terlepas peluang nak dapat kerja kat dutch lady..hehe

p/s: Tak suka orang yang datang kat chatbox, lepas tu tulis,
"klik nuff kamu, klik nuff kat blog saya blik ye.."
Aku bukan geng fraud klik-klik ye..sekian =)

17 May 2010

Kala Malam Bulan Mengambang (Gambar)

Pasti semua ingat kan hujung bulan lepas, bulan mengambang penuh dan memang terang. Dalam beautifulnara dan dauspozi pun ada letak gambar bulan penuh tu. Aku sempat snap beberapa gambar bulan pada malam tu guna kamera sendiri. Tapi lupa pulak nak upload awal-awal haritu. 

Tadi tengah godek-godek folder dalam laptop, terjumpa folder gambar ni. Aku tangkap bukan guna DSLR. Tapi boleh la nampak bentuk bulan tu.. Sebenarnya banyak gambar bulan yang aku snap, tapi ini yang ok untuk tunjuk dekat korang. So, aku upload untuk tatapan serigala-serigala jadian korang semua..

 

Yang ini guna night mode kalau tak silap



 29 April 2010.


Ha, hari tu, ada orang pernah tanya aku, kenapa serigala atau anjing menyalak bila nampak bulan?hmmm.. korang tau tak kenapa?


P/s: Gambar-gambar ni aku tujukan khas untuk tatapan orang yang memang suka tengok bulan tu~

16 May 2010

Guru O Guru - Sajak Usman Awang

Sajak Guru O Guru hasil tulisan Usman Awang. Bagi aku adalah paling sesuai untuk menggambarkan bagaimana tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh seorang guru. Aku tujukan khas video dan sajak ni buat semua insan bergelar cikgu sempena Sambutan Hari Guru hari ni.

Cuba baca sambil lihat video ni.

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

GURU O GURU-USMAN AWANG
1979

Cikgu, terima kasih kerana telah mendidik ku menjadi seorang yang tahu menulis, tahu membaca, tahu mengira dan yang paling penting, tahu bagaimana menjadi seorang insan yang berguna. Selamat Hari Guru buat semua yang pernah mengajarku. Jasa cikgu semua tetap akan dikenang sehingga akhir hayat. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa dan pengorbanan mu wahai guru. 

Terima Kasih cikgu.

F1 GP Monaco. Bila Alonso eksiden...

Wah, tadi baru baca dekat blog segalanya F1, baru aku dapat tahu yang Fernando Alonso eksiden. Dia eksiden masa sesi latihan bebas. Kereta F1 rosak teruk, dan malam ni krew-krew Ferarri terpaksa berhempas pulas nak baiki kereta dia supaya dapat berlumba esok.

Sebenarnya Alonso memang terpantas dalam sesi latihan bebas, dan berpeluang cerah untuk dapat pole position. Tapi oleh sebab dia eksiden. So, akan start dari belakang grid. Tak pun dari pit lane. So, peluang untuk dia dapat point dalam race esok amat tipis. Tapi dengan strategi yang betul dari team Ferarri tak tau la kan. Sebab Schumacher 4 tahun lepas pun boleh dapat no 5, biarpun start dari pit lane.

Starting Grid esok

Haa, kenapa tiba-tiba aku cerita pasal F1 ni? Sebab Litar Monaco kali ni antara litar yang paling aku minat dalam perlumbaan F1. Sebabnya litar jalan raya dan antara yang paling mencabar. Tak sabar nak tengok esok. Pukul 8 malam waktu malaysia yek kawan-kawan..

Eh, aku sebenarnya sokong vettel dengan Schumacher ok. Bukan Alonso..Sebab tu aku suka dia eksiden..hehehe

15 May 2010

Award Beautiful Blogger ada,Tapi Hensem Blogger takda ke?

Trimas buat Nurnazlina, Nurhidayah, sebab bagi award ni. Dah lama dah diorang ni bagi. Aku je yang terlewat nak kutip.Aku pun sekarang ni dalam misi nak mengutip award dan tag2 yang terhutang tu..
 
Tapi, aku ni nak marah ni, dah dapat 3 award beautiful blogger. Bila la orang yang nak bagi award hensem blogger pulak ni kan..perasan sikit kat situ.

Syarat nak terima award yang ni aku kena cerita 7 perkara tentang diri aku.

1) Aku orang perak tapi tak tau cakap loghat Perak. Ha, sebab aku berasal dan tinggal dekat bahagian utara negeri Perak. Kawasan2 yang atas dari Kuala Kangsar. So aku memang cakap loghat kedah. Tergeliat lak aku nak cakap ploghat Perak tu. Maaf ye blogger2 Perak sekalian..

2) Aku ada blog..
start blogging dah dekat enam bulan. Dah buat akaun blogger since julai, tapi mula buat entri di blog serol-nizam ni sejak disember taun lepas. Mula-mula buat sekadar cuba-cuba sebab jeles tengok kawan yang ada blog. Tapi sekarang dah nampak luas nya dunia blog. Thanks to Gengblogger sebab bukak minda aku ni.

2) Kadang-kadang sangat serius
Hmm. kalau yang pernah tengok aku. Dia tau la. Sampai ada yang takut nak tegur sampai sekarang sebab aku ni suka buat muka serius.

3) Tidak serius pun sebenarnya
ha, yang ini bila aku dengan kawan-kawan. Tak percaya? Tanya kawan-kawan aku. Takde la serius sgt pun. Korang tegur aku balas. Korang tak tegur aku tak balas.

4) Biasanya orang susah nak baca apa dalam fikiran aku. Sebab aku ni suka berahsia. Kiranya misteri la sikit aku ni.

6) Aku tak suka orang tanya aku soalan yang aku memang tak nak jawab..Nanti akan aku tukar topik lain..Atau aku tak jawab langsung..Sebab tu tak ada lagi akaun formspring kot?LOL

7) Aku adalah aku. Terima lah aku se adamaya. eh, terima lah aku seadanya...

Aku ni tak pandai nak cerita tentang diri aku. Sebab tu ringkas je. Nak tau lebih personal jom follow aku di twitter dan Fb..tapi mention la dulu yek. Nanti tak pasal2 aku reject..haha

Nak pass award ni kat siapa pulak? So, aku nak bagi kepada 3 orang ni,

Oko
Wanie
Hana

Ni kawan2 aku yang baru buat blog n follow aku. Fresh dari ladang lagi ni. Ada yg baru minggu ni, ada yang dah sebulan. Sila la usha2 blog diorang tu. Award ni kira ni moral support dari aku k. Peace my friends and hepi blogging..

14 May 2010

Bila Kalah Dikeji, Menang Dipuji..!

Bila kita sembang bab-bab menang-kalah ni sekarang, pasti tak lekang dalam akal fikiran aku ni duk fikir tentang Piala Thomas yang sedang berlangsung. Waktu siaran lagsung match pasukan Malaysia yang lawan, memang aku akan cuba elakkan dari menonton secara live.

Sebab dalam banyak-banyak sukan, badminton lah yang paling buat aku rasa berdebar-debar dan boleh buat tekanan darah aku naik. Mana tak nya, kita sorak2, kita marah2 bila kalah, kita hepi2 bila menang. Fuh, nasib baik takda darah tinggi, kalau tak boleh pengsan time tengok pemain badminton Malaysia main di atas court.

Pasti semua ingat kan, masa pasukan Malaysia kalah dengan Jepun hari tu. Dan rata-rata memang marah betul dengan Hafiz Hashim. Sebab permainan yang tak beberapa semangat. Yela, Ranking 22 dunia, boleh kalah dengan ranking 200++ dunia. Mau tak hangin satu Malaysia. Jadi ni salah seorang peminat badminton yang meluahkan rasa marahnya..


tapi situasi berbeza bila Hafiz Hashim menang bila menentang Denmark. Tiada lagi hamburan kutukan-kutukan pedas, tapi puji-pujian terhadap Hafiz.

Yang komen tu semua puji-puji. Malas nak tunjuk..hehe

Aku tunjuk contoh status aku yng tulis, itu belum lagi orang lain. Ramai lagi yang cakap macam-macam bila dia menang, or kalah. Yang manis, yang pedas, yang pahit, yang kurang garam.Semua ada... Cuma malas aku nak tunjuk yang orang punya. Nanti ada yang kata, eleh. Hasrol tu sama je. Nak cakap pasal orang pulak. Haa,Sebab tu aku ambil contoh terdekat. Aku sendiri.! Senang.

Agaknya sampai bila kita nak macam ni kan. Bila Kalah Dikeji, Menang Dipuji!

13 May 2010

Kisah Hari Khamis, Piala Thomas, Dan Trafik


Salam hari Khamis buat semua. 

Semalam, memang sangat hangat. Dari pada hangatnya cuaca satu hari, hangatnya juga sampai ke malam dek penangan pertandingan Piala Thomas.

Tentang Thomas Cup, tak banyak nak diulas. Cukuplah sekadar kita tahu yang Malaysia berjaya menewaskan Denmark dalam saingan suku akhir. Kekalkan prestasi permainan macam tu, dan tak mustahil Piala Thomas yang sudah 18 tahun tudak di kecapi tu berada dalam genggaman. Malaysia Boleh!

Majulah sukan untuk negara dan Majulah Blog untuk Belia!

Hari ni nak buat review sikit tentang trafik yang datang ke blog ni. Sebenarnya ini nak menggantikan review bulan April yang tak sempat aku buat awal bulan haritu. Bila di renung-renung balik entri review bulan Mac tu, Rupanya banyak lagi azam-azam tak terlunas ni..hehe

Trafik
yang tak seberapa Sepanjang Seminggu  ni..

 Ops, ada jatuh sket di situ..

Total unique visitors.

Owh ya, aku tak pun cuba nak mengamalkan teknik RDS dari En. Remedy yang boleh menarik ribuan pengunjung setiap hari. Mungkin lain kali kot. So, cuma sekadar update post-post terbaru, dan sedikit blogwalking ke blog kawan-kawan.

Terima kasih la kepada yang sudi mengunjungi blog yang serba kekurangan ni. Apa yang menarik di mata mereka, aku pun tak pasti. Kena tanya sendiri kot ni. Cuma sekadar ada tulisan-tulisan yang terlintas di benak akal ni yang dapat aku kongsi. Itu je untuk hari ni. Nanti ada apa-apa akan aku update. wassalam. 



Update: tadi boleh pulak taip malaysia kalahkan jepun, nasib baik ada org tegur...hehe

12 May 2010

Saya ' H ' , Anda ??


Tag oooo tag. Ini la first time rasanya aku buat post pasal tag ni.Sebelum ni aku memang dah pernah kena tag, cuma biasa la. Tak reti lagi + tak biasa nak jawab-jawab tag ni. Yang jadi kan aku ni tiba-tiba terdetik hati nak jawab ni sebab 2,3 hari lepas tiba2 kena tag sampai 3 orang blogger. Itu yang rasa rugi la pulak kalau tak jawab. 

Jadi, post kali ni aku nak jawab tag dari Ana or Farhana dulu. Kenapa dia dulu? Sebab tag ni yang dah siap dulu dan ada orang tolong jawabkan.hehe. Yang tag kawan-kawan lain tu sabar la yek. Akan menyusul..

rules :

it's harder than it looks
copy to your own notes
erase my answer
enter yours and tag twenty (20) people
use the first letter of your name to answer each of the following questions..
they have to be real
nothing made up
if the person before you had the same first initial, you must use different answer
you cannot use any words twice
and
you can't use ur name for the boy / girl name question.


What is your name : Hasrol Nizam
A four letter word : Hype
A boy's name : Hafiz Hashim *Semalam kalah lawan sato.*
A girl's name : Hidayah :))
An occupation : Handsome engineer.. Hahaa
A colour : Hazel *tak tahu sila google*
Something ur wear : Hitam Shirt *patutnya black shirt*
A food : Honey star
Something found in the bathroom : Habuk..err
A place : HAWAII
A reason to being late : Hadoi,lptop rosak
Something u shout : Hai awak
A movie title : Harry potter
Something u drink : Herba cincau
A musical group : Hujan
An animal : Hippopotamus
A street name : Hang tuah road. haha
A type of car : Honda civic type r
Ha, lepas ni kena tag 20 orang? Mak aii. ramainya.

1.Nurhidayah
2.Abcmilo(ryna & kay-jawab asing-asing ok)
3.Ayue
4.Cik Kotak
5.Nadia
6.Nadey
7.Syamimi
8.Kimi
9.Min
10. Faizal Skyone
11.Kaizen Shinobi
12.Kyuubi
13.iyllienaz
14.shannice
15. mrchaon
16. nauratul nadiah
17. zac zirwan
18. cik bayan
19. Frodo Baggins
20. miya_hana
21. Kak Ina (Sebab akak tanya apa kes saya tak update blog rini..hehe)

opss, siap terlebih pulak.. Yang di tag ni sila lah jawab. Senang je ni. Budak sekolah rendah pun boleh buat.. (kasi bakar semangat sket). Tapi kalau ada yang dah buat, tak payah la nak ulang..hehe..

11 May 2010

Twitter Followers jadi angka kosong. Apa kes ni?

Bagi pengguna tegar twitter, pasti perasan yang followers korang tiba-tiba hilang awal pagi tadi. Bukan setakat followers, tapi jugak profile yang kita follow. Dah mula dah bising dalam tweet masing-masing. wondering kenapa pengikut jadi kosong nih? Ada orang ramai-ramai boikot tak nak follow aku dah ke? 
 
Mula trace balik apa yang kita tweet kot2 ada yang terasa. Sebab tu org unfollow semua..Ha, cuak sekejap.

Profile twitter aku pun sama jugak. Biarpun tak follow ramai orang, tapi terkejut bila tengok semua jadi kosong.
Aku ingatkan mana lah tau kot-kot twitter ni kena hack ke, apa ke. Tapi takkan lah kan. Users seluruh dunia macam ni, takkan senang-senang kena hack. Jadi aku pun dah gatal tangan cuba nak follow profile orang lain. Yela, kot2 boleh naikkan 0 tu jadi 1..tapi...
 
tak boleh la pulak..haha..ok, eksperimen failed di situ ye kawan-kawan..

Jadi apa lagi, en google lah jadi penyelamat kepada soalan di fikiran aku pagi tadi. Dan dari situ baru aku tau yang sebenarnya twitter sedang nak solved satu bug yang melanda twitter ni.
 
Bug ni akan tambah bilangan followers, dan juga paksa kita follow profile yang kita pun tak kenal. Aku tak pasti sama ada problem bug ni dah ok ke tak. Tak jumpa lagi info tentang tu.

Ha, itu la. Nak follow memfollow ni, kena ikhlas. Jangan main follow je sebab dia tu lawa or hensem or niat nak jadi stalker(owh, ini bahaya). Kira macam Follow blog juga la ni. Ikhlas ye follow tu.

Nak lagi info, sila baca sini dan sinun.

p/s 1: siapa yang nak follow twitter aku, ini link dia. http://twitter.com/hasrolnizam

p/s 2: Owh ya, Gengblogger pun tak boleh login jugak tengah malam tadi. Ini jawapan dari admin dari twitter.

 
 "Problem sikit dengan server", Admin

p/s 3: byk benor p/s dlm entri kali ni.hehe

10 May 2010

Keyword Terpanjang Dari Trafik ke Blog Serol-Nizam


Dalam dunia blog ni aku pernah jumpa bermacam-macam jenis keyword yang digunakan dalam search engine, yahoo atau en.google. Antara banyak-banyak yang blogger lain kongsi, ada yang bagus, tapi ada jugak yang berunsurkan lucah. 

Sampai tuan punya blog siap warning lagi jangan label blog dia sebagai blog lucah!. Ada jugal tuan punya blog yang kena sexual harassment dengan keyword yang digoogle oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab tu.

Tadi aku pun macam biasa login nuffnang untuk usha-usha trafik yang masuk hari ni dan hari-hari sebelumnya. Ok la, not bad bagi blog aku yang biasa-biasa saja ni. Dan sempat jugak aku usha bahagian keyword dan aku jumpa satu yang menarik hari ni. 


Selalu kita jumpa keyword yang pendek, sepatah, dua patah, tiga patah perkataan. Tapi kali ni aku jumpa satu ayat punya keyword! Tak percaya?Tengok gambar kat atas ni.

kenapa selepas pertemuan ada perpisahan,apa hikmah perpisahan persahabatan (panjang tu)

owh, mungkin sedih sangat ni nak berpisah dengan sahabat. Jom baca entri khas yang aku buat ni. Pertemuan itu pilihan, tapi perpisahan itu mutlak.
 
Fuh, berpeluh en.google nak mencari keyword tu dan tapis sampai ke blog aku.. Korang macam mana? pernah dapat keyword panjang macam ni tak?hehe

8 May 2010

Surat Seorang Ibu

Tajuk hari ini sebenarnya berkaitan dengan video yang aku jumpa di youtube. Berkisahkan tentang surat seorang ibu yang ditujukan khas buat anak-anaknya. 
 
Dalam surat tersebut, diberitahu betapa sayangnya seorang ibu kepada anak-anaknya. Bila kecil anaknya ditatang bagai minyak yang penuh. Tapi bila besar, bagaikan kacang lupakan kulit. 
 
Kalau boleh janganlah kita jadi macam dalam filem pendek ni. Tak guna kalau kita menyesal di kemudian hari.



P/s: Selamat Hari Ibu buat ibu tersayang. Asmah binti mohd arsad. Juga buat abah, Abdul Hamid Bin Haroon. Selamat Hari Bapa. Terima kasih atas kasih sayang yang tak berbelah bagi buat kami tiga beradik.  Biarpun esok hari ibu, tapi apa salahnya kan ucap selamat untuk kedua ibu bapa aku sekali.
 
Family Potrait
 

7 May 2010

Aku kata Jangan Tidur Apabila Tension atau Stress

Malam semalam, aku tak dapat nak menjengah ke dunia internet sebab laptop yang baru di format minggu lepas buat hal. Aku cuma boleh login selama beberapa minit sebelum keluar script error berlatar belakangkan biru yang terpaksa buat laptop aku ni shutdown.

Padahal minggu lepas dah format dekat kedai komputer tu. Boleh rosak lagi. Memang kalau diikutkan hati, boleh bertukar jadi hulk aku sekejap. (tiru ayat eda yang selalu sangat nak jadi hulk dek laptop dia yang selalu hang tu.haha.)


Kadang-kadang bila jadi perkara macam ni, contohnya kepada pengguna komputer tegar(termasuk lah blogger tegar yang nak update blog 24 jam), mesti akan stress ataupun tension sekejap.

Dan ramai yang akan cakap bahawa tidur lah dulu, nanti hilang la tension atau stress tu. Tak percaya? Cuba tengok komen-komen di entri yang aku post semalam. Ada ramai jugak yang suggest supaya tidur dulu. (Trimas kepada semua yang komen entri terpendek aku tu)

Bagi aku, kadang-kadang tidur ni memang boleh buat hilang stress. Tapi kebanyakannya, stress ni akan datang balik lepas kita bangun.

Kenapa?

Ok, katakan kita ada fikirkan satu masalah dan kita stress. Lepas tu kita tidur untuk hilangkan stress tu. Bila kita bangun, kita akan ingat semula masalah tadi tu, dan stress tu akan datang balik. Jadi, apa guna kita tidur tadi tu kan? Dari tidur baik buat benda lain yang lebih berfaedah.

So, selain tidur, korang agak-agak apa aku buat semalam supaya aku tak meroyan akibat laptop ni buat hal?haa,jawab jangan tak jawab~

6 May 2010

Fuh..

keyboard yang menanti untuk di tekan-tekan dengan ganasnya


Fuh, macam mana nak buat bila Idea untuk blog banyak tapi tak tertulis-tulis. Dah sejam depan laptop ni. Ini saja ayat yang tertaip..


kepada sesiapa yang baca ni, apa yang korang akan buat?
tidur? makan? tengok tv? atau perah otak sampai pecah kepala?haha

4 May 2010

Rubik 100,000 kali 100,000?

Hari ni blog www.pisyek.com ada keluarkan entri tentang cara terpantas selesaikan rubik. Yang mana turut disertakan dengan link-link untuk begineer belajar selesaikan rubik ni. Diantara link-link yang diberi tu aku suggest link Michiel van der Blonk

Selain dari link yang pisyek cadangkan tu, aku nak kongsi kan link video ni dari youtube. Aku pun belajar dari video ni. Kalau tak ingat tu, aku memang akan rujuk balik kat sini. 


Sebab bahasa yang digunakan mudah, lengkap dengan video, dan bagi aku senang nak faham bagi begineer yang baru pertama kali pegang rubik. Yang dah beribu-ribu kali pegang pun boleh, takde hal punya.

Keyword Hari ni.



Rubik 100,000 kali 100,000? Ha, itulah keyword dari statistik nuffnang hari ni. Rubik yang biasa adalah 3 kali 3 (3x3x3), 4x4x4, 5x5x5, 6x6x6, 7x7x7, dan lain-lain. Tapi 100,000 kali 100,000? Tak tercapai imaginasi aku nak membayangkan apa cara nak digunakan untuk selesaikan rubik tu.




Kalau tengok kepada header blog ni, tak lain tak bukan gambar rubik. Rubik ni aku punya. Aku scramble, lepas tu aku selesaikan sendiri. Susah nak selesaikan? Yes. Tapi kena belajar la, belajar dari kosong sampai dapat solve. Aku pun dulu terkontang kanting nak selesaikan. Tapi sekarang pejam mata pun dah boleh buat..err..

Lepas dah berjaya solve rubik ni, boleh la berlagak dengan orang yang tak reti tu.. Atau pun kongsikan ilmu yang ada. Sebab lagi banyak kita kongsi, lagi kuat ingatan kita. Tak gitu?


3 May 2010

Chelsea Menang dan Kisah Mamat Indon


Semalam kita dah tahu, Chelsea menghampiri gelaran juara Liga Perdana England setelah berjaya menewaskan Liverpool 2-0 di Anfield malam tadi.

Sudah tentu match semalam aku tak lepaskan untuk tonton biarpun terpaksa berseorangan kerana tidak mempunyai teman. Tapi aku tak risau, sebab kat kedai mamak tu mesti ada punya kipas susah mati liverpool dan chelsea yang boleh bersorak sama-sama.

Biarpun aku ni salah seorang kipas susah mati Liverpool, tapi aku jugak minat Chelsea!.Tamak kan aku ni. Jadi semalam dah berbelah bahagi, Chelsea ke Liverpool nak sorak? Tapi yang pasti aku memang tak minat Man U..erk..

Mamat Indon dan Rokoknya.

Oh ya, semalam dekat meja aku ada mamat indon 2 orang. Mamat indon ni tumpang duduk meja aku sebab banyak meja lain yang penuh dan kebetulan meja aku tu ada kosong.

Memang semangat aku tengok mamat indon ni tengok bola, sorak bukan main, sorang minat liverpool, sorang minat Chelsea. Ha, amek ko, bila dah habis match, sorang balik muka senyum, sorang lagi monyok lepas dah bolos kena 2 gol..haha

Tengah-tengah match, mamat indon ni hulur aku kotak rokok, "Rokok bang?" kata mamat indon tu. Fuh, confirm aku tolak, sebab aku tak merokok. Tapi kalau aku merokok pun aku takkan ambil dari dia.

Kenapa tak ambil? Rokok free tu. Rugi lah ko, kan mahal rokok ni sekarang..

Gila kome, tak pernah dengar ke orang kena pukau dan kena 'pow' dengan mamat indon. Banyak kes macam ni berlaku. Bab-bab makanan la paling senang nak kena pukau. Dia jampi2 sikit, lepas tu Sekali kome makan, terus kena pukau dan akan turut saja apa yang orang tu suruh. 

Bak sini duit, kita kasi, bak sini handfon, kita kasi. Biarpun mamat2 indon tu memang nampak baik, tapi susah aku nak percaya.

Jadi aku ambil jalan selamat dengan tolak pelawaan dia. Lagipun aku memang tak merokok kan, so takda hal la..Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Ingat tu..

2 May 2010

IRON MAN 2, Ada yang buat aku kecewa.


Filem Iron Man 2, sudah tengokkah kome-kome semua ni? Sebagai salah seorang peminat karakter dalam marvel komik. Aku memang takkan melepaskan peluang untuk menonton Iron Man 2 ni.

Dulu masa aku masih budak lagi, aku pasti takkan miss tengok cerita kartun iron man dekat tv petang-petang. Balik sekolah, memang dah terpacak depan TV. Fuh, biarpun kartun, tapi cerita dia memang best..

Rumah aku pulak petang-petang memang takda orang. Sebab mak aku  berniaga di gerai dan akan balik bila dekat-dekat nak maghrib. Jadi sebelum keluar bermain waktu petang, tv menjadi teman aku melepaskan tension bersekolah. 

Untuk filem Iron Man 2 yang sedang tayang di pawagam sekarang, aku bagi rating 4/5. Aku akui, cerita ni memang best. Dengan grafik suit Iron Man yang memang nampak macam real. Membuatkan aku teruja setiap kali Lelaki Besi tu beraksi. 

Tapi, bagi seorang peminat filem aksi, aku sedikit kecewa dengan filem ni. Kecewa kenapa? Aksi-aksi IRon Man sangatlah tak banyak dalam filem ni. 

Sampaikan ada yang label filem ni banyak cakap dari aksi. Memang betul la tu, sebab ada sesetengah scene yang buat aku terasa sangat bosan akibat bebelan si pelakon.

Dan aksi pertarungan Iron Man dengan musuh-musuh kali ni sekejap. Baru nak rasa cemas + teruja tengok Iron Man berlawan, tiba-tiba dah abis. 

Potong Stim betul kan. Sampai aku dengar ada orang kat belakang aku cakap, "eh, dah habis dah lawan. Sekejapnya".

Bagi orang lain aku tak tahu la pendapat korang, ada yang cakap cerita ni memang best. Aku pulak rasa filem ni kurang 'kick'. Sebab aku ada high expectations untuk filem ni. 

Tapi, apakan daya. Kesimpulan aku, cerita ni sama saja level dengan filem yang pertama. Tak lebih , tak kurang. 


Oh ya, antara scene yang aku paling suka dalam filem Iron Man ni. Adalah scene masa dia pakai suit. SEMART! Kalu boleh aku nak satu..hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...