27 Feb 2010

kejayaan itu satu perjalanan


waktu kita hendak ambil UPSR, 5A bukan kejayaan,

bila dapat 5A, kita dapat masuk sekolah berasrama penuh, SBPI, MRSM, itu bukan kejayaan,

dekat sekolah berasrama penuh tu pula, kita dapat no 1 bagi tiap-tiap penggal, itu bukan kejayaan,

dapat pula result PMR, kita dapat 8A, kejayaan ke tu?

bila masuk form 4, dapat masuk aliran sains, bukan senang sebab orang-orang pandai je boleh ambil aliran ni,

bila form 5 kita duduki SPM, akibat oleh kerana terlalu aktif dalam bersukan, kita dapat 6A1 saja dari 10 matapelajaran, nampak macam tak berjaya saja,

masuk pula kolej matrikulasi, score 4 flat dua-dua sem. berjaya ke?

Kisah Monyet dan Raja

pada suatu masa dahulu, ada seekor monyet yang menjadi haiwan peliharaan seorang raja. si monyet ni dibelai, diberi makan, disayang, ditatang bagai minyak yang penuh oleh raja. tapi raja ni ada satu tabiat buruk yang dia suka buat dekat monyet ni iaitu suka sekeh kepala sang monyet sekali. bila ada peluang je mesti si monyet ni kena sekeh sekali. (kepada yang tak tau, sekeh ni maksudnya ketuk kepala)

lama-kelamaan bila asyik selalu kena sekeh, monyet pun boring dengan si raja. monyet ni pun berazam dan pergi cari raja lain dan akhirnya jumpa seorang raja yang sangat sayang sang monyet ni macam raja dulu juga.

6 Feb 2010

bila satu hari pergi bengkel


setelah sekian lamanya aku tidak menghadiri ceramah2, forum2, program2 dan bengkel2, hari ini aku telah menghadiri satu bengkel/workshop. workshop yang aku pergi ni bukan workshop yang cikai2 atau workshop yang sekadar melepaskan batuk ditangga saja objektifnya.

workshop ni diberi nama, How To Get Yourself Employed. workshop ni bukannya datang lepas itu dapat kerja. workshop ini cuma nak dedahkan kita, terutamnya final year student yang dah nak GRAD tak lama lagi ni, tips, cara-cara, ciri-ciri, dan juga peluang-peluang untuk mendapatkan kerja setelah Graduate nanti. antara perkara-perkara yang dihighlight kan adalah, berkenaan carieer plan, apa yang perlua ada dan tidak dalam resume, kenalpoasti skils2 yang ada dalam diri, bagaimana nak mencari maklumat tentg kerja. also there are some slots on pre-interview preparation and tips2 when facing the interview. FYI, workshop ni dijalankan selama satu hari setengah iaitu hari ni(8-6ptg) dan esok(8-12tghri).

Yang Sedihnya

5 Feb 2010

angguk-angguk geleng-geleng semasa Khutbah Jumaat

pernah tak ada satu hari, kita tidur lewat kerana kerja-kerja(sebgai contoh: assignment) yang perlu siap pada malam itu juga kerana esok kena hantar? akibat tidur yang tak cukup itu, pernah tak kita rasa mengantuk masa kelas? pernah tak tertidur sampai kena baling kapur kat kepala dengan cikgu?(time sekolah dulu2 ni adegan biasa).

kalau pernah, ni nak tanya lagi..

pernah tak kita pergi dengar ceramah2 agama@terpaksa dengar ceramah2 agama, time dapat penceramah yang best macam dr fadzilah kamsah tak kisah la, tapi time dapat penceramah yang bosan, xbuat lawak pun, serius je memanjang dari mula sampai habis A sampai Z, kita rasa boring tak? bila rasa boring tu kita rasa mengantuk tak?

3 Feb 2010

Darrel Royal's Letter-kepada mereka yang tewas



all those who play on the field will have tasted defeat,

there's no player in this world who has not lost before,

however, loser will remain flat

ordinary player take a while to get back on their feet,

while, THE BEST player will give everything he's got to stand up again on the field.

| university of Texas, Longhorn Headcoach. Darrell Royal. |
The best will give everything he's got

updated:

hari ada test subjek Komposit, bila tengok kertas soalan, ada satu soalan yang memang tak boleh jawab langsung, tak tau pula topik tu masuk jadi memang tak pandang pun sebelum ni. baru nak buat yang terbaik last2 jadi kurang sikit baiknya. tapi, bak kata Darrel's Royal dalam quote di atas, anda nak jadi yang mana satu?

"The best will give everything he's got to stand up again" kan? so did you have the guts to stand up again after you fall? are you a Loser? standard? or The Best?

tepuk dada tanya selera...
(jgn tepuk dahi time test lak..sah2 tak study lar tu.. :D)

2 Feb 2010

yang sibuk? yang stress?

sibuk? busy? stress?


rasa macam tak pula sem ni, hairan betul, aku tengok kawan-kawan aku yang sama final sem ni semua sibuk-sibuk belaka, tapi bila tengok junior lagi diorang sibuk, yang senior(4th year) pening-pening lalat dengan subjek Plant Design(itu sudah tentu), yang 3rd year pening-pening gajah dengan process control, yang 2nd year pening-pening kambing dengan thermoKK, yang 1st year pulak camne? stakat mass balance tu xyah ar nak pening2..haha..


tapi aku rasa takde la sibuk sangat, sibuk sikit2 je, sibuk pun berkala, bila deadline dah dekat baru sibuk, kalau tak, alamatnya relax sakan~ ke sebab aku ni seorang yang sentiasa lepak je, takde nak tension-tension dengan kerja-kerja yang ada? sentiasa maintain cool biarpun esok ada test komposit? bukan ambil mudah, tapi memang taknak tension, kan tak best kalau tension ni, kita kena hepi+enjoy+selalu senyum biarpun kerja menimbun. baru orang sekeliling tak ikut tension sekali. kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...