Macam biasa la tiap-tiap tahun. Bulan 12 ni la yang paling dinantikan masa aku time sekolah dulu. Sebab cutinya panjang. Maknanya sebulan tanpa buku dan perlu bangun awal untuk ke sekolah setiap hari.
Ah, dulu mana ada budaya kelas tambahan waktu cuti sekolah. Memang waktu cuti sekolah, cikgu pun cuti mengajar, kitorang pun cuti. Tak macam budak sekolah zaman sekarang ni. Waktu cuti pun ada kelas tuisyen dekat sekolah. Tapi bagus jugak. Tak macam aku dulu-dulu..
| rumahku syurgaku, dikelilingi kehijauan daun. |
Aku ni berasal dari kampung. Time cuti sekolah ni memang banyak benda kitorang boleh buat. Pagi-pagi lagi dah duduk mengadap tv dengan rancangan kartun setiap hari. Orang bangun pagi sebab nak tengok malaysia hari ini, tapi aku bangun pagi sebab tak nak miss kartun lepas MHI.
Bila dah bosan tengok tv, petang tu mesti keluar jalan-jalan pusing kampung naik basikal. Dulu time budak-budak mana reti naik motor sendiri. Tak macam budak sekarang. Kaki tak cecah tanah pun dah pandai bawak motor.ish..
Dah namanya kawasan kampung. Memang semua tempat boleh jadi tempat permainan aku and the geng. Parit? ladang kelapa sawit? semak? sungai? semua tempat-tempat tu aku dah penah main.
Budak-budak sekarang ni nampak parit pun mesti geli-geleman. Tapi aku dengan anak jiran aku dulu selamba je mandi dalam parit. Even ayah aku larang, aku buat tak tahu je. Tapi dulu memang air dekat situ bersih. Tak macam sekarang ni. Air dah kotor.
| Pokok rambutan, nampak tak buah tu? |
Benda favorite aku suka buat dulu adalah panjat pokok rambutan jiran aku. Sebab tak tinggal dekat situ, jadi jiran sebelah aku ni memang bagi green light untuk kitorang panjat dan petik buah dia.
So kitorang selalu panjat, sambil makan rambutan atas pokok. Lepas tu main kejar-kejar atas pokok. haa..dapat bayangkan tak betapa ekstrem nya game aku main. Tak ekstrem la kalau setakat main need for speed dekat PS3 tu. Game ni kalau jatuh memang sakit la korang. Kalau tak calar badan-badan tu, tak kena gigit semut, memang tak sah.
Kalau nak cerita lagi, memang takkan habis megnimbau kenagan dulu-dulu ni. Nanti bila ingat, aku sambung cerita lagi. =)
p/s: Sebab tu waktu cuti budak-budak suka balik kampung. Lagi seronok dari duduk dekat bandar.!
35 comments:
Aku dulu pun sampai kene ikat ngn atok aku sebab maen panjat pokok blakang umah.. hik3!! try la lawat n follow blogger kecik utm cam aku ni... www.utmklunderground.blogspot.com
ni pure punya budak kampung ni.orang nak mengaku duduk kampung pun malu sebab tak main panjat pokok ni semua.tak sempat ah.tv dah mempengaruhi waktu tu.tak best tak best!
aku tak merasa semua tu sbb dok bandar.
kalau balek kampung pun, parit dah kotor T_______________T
tangan aku sampai sekarang ada kesan jatuh pokok jambu masa kecik2 hahaha
semua tu memang kenangan terindah waktu zaman kanak2. alangkah indahnya hidup ini, andai dpt ku ulang masa.. lala. sila smbng. haha.
hehehehehe... miss that old days... panjat pokok rambutan, manggis... rounders... baling selipar @ tin... kelapa sawit??? amik upah kutip buah gugur... hik3... mandi sungai pastu blk kena tibai dgn tali pinggang... x penah serik... ahaks...
memang seronok dapat balik kampung terutama time cuti.. boleh buat macam2 dekat kampung.. tapi aku ni.. tak kira cuti atau time kerja.. tetap juga duduk di kampung, hehehe
hohohoho
nasib pokok rambutan tak ada kerengga
P/S : Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 39
seronok2!! dok kat kampung sangat best.... boleh kubang2 kat parit ke sngai ke.. main panjat pkok, main pondok2.. main pungkang tin, main pukang selipar...hohoo..
@kaminakueh, errr..aku kena rotan dengan arwah tokwan sebab main2..sakit woo..haha.nnt aku visit.tenet slow lak tiba2
@anys amyra, tak malu la mengaku.bangga lagi ada..hehe. aku tgk gak tv. tp ptg2 mesti keluar punya
@ery, owh..tapi sekali sekala time cuti mesti balik kan..
@etomyam, wah..nakal gak kecik2 ni dulu ye..hehe
@redboys, mmg seronok pun..dah besar2 ni banyak benda kena fikir. dulu masa kecil2 carefree je :D
@zackque, aisey, kena rotan tu selalu la kalau kantoi dengan ayah..tapi setakat ni, aku tak pernah kantoi mandi sungai dgn ayah aku.hehe
@kulanz, yeke..bagus jugak kan kalau duduk kampung je..orang duduk bandar asyik tension je selalu.. :D
Tak merasa sebab dok bandar. tp bila cuti sekolah kitorang ramai2 dok umah nenek!
meriah sbb dpt jumpa kazen2
fuh, kejar2 atas pokok, yamakasi versi kampung :D
dok kampung memang best, suasana semestinya tenang je
asal tak cite kena marah ngn abah sebab jatuh dalam perigi tu? hehhehe...
best kan bila ingat masa zaman kanak2...mmg besttt sangat...
sy juga panjat pokk rumah atok sy. :D
pokok jambu :D
rindu zaman kecik2...
setuju dengan ko serol..
lebih syok dok kampung dari dok bandar melepak..
yehaaa..masa cuti skolah la best dok mengail belut tepi bendang..haha :D
seyes..en3..mengingatkan aku tgg diri aku dulu2..syiook...
best kan jadi kanak2
aku pon teringin nak buat mcm yg kau buat.
aku punye kampung pon tak kampung. nama pon bandar. haih.
tapi aku ade experience panjat pokok rambutan. then bintik2 satu badan. allergic.
hailaahh!
ok itu saja.
zaman kanak2 zaman yg paling bebas n takde pikir masalah...
hehe..
@dyla, kat rumah takde pokok jambu. so takleh nk pnjt.hehe
@ciki, mee too
@syahril, duk kampung ni tenang je. tak mcm bandar, jerbu la, bising la..mcm2..
@fiq, tempat aku takde bendang. aku pun tak penah main kat bendag :D
@immukmin, yeke..zaman kanak2 la plg best
@anon, mmg best. kenangan yang takkan dapat dilupakan :)
@naj hebat, haha..allergic ke, kena tahi ulat? aku dulu penah kena gak. yela, budak nakal.
@hanz, dulu tak ada. tp sekarang dah ada kot..
@yg tersebut, kubang? dah lama tak dengaq ayat tu.haha
@sayang, my cousins pun bila cuti mesti balik kg.. :D
@tengkorak emas, tu la game aku selalu main dgn jiran aku..sampai patah dahan pokok tu.haha
@nurhidayah, lupa la nak cerita..sebab tu bukan dekat perak, tu dekat melaka. so tak terlintas lak. lain kali la.hehe
@hysman, that rite..mmg riang ria sentiada.hehe
kampung memg best... seadap segar...
Suai kenal dgn Fasha Sandha
wuuuu...rindu zaman kanak-kanak~~cuti sekolah memang super seronok wlaupun hanya di rumah dan bukannya tour ke mana-mana:)
teringat lps upsr tu mmg heaven..haha..tiap hri keje asyik duk main je..
cerita ni buat sy rindu pd zaman kanak2 hurrmmm...rindu rinduuuu
same la bro.. klau ade cuti mesti otak terus ligat pk nk balik kg.hehee
salam..
memang menarik suasana
rumah tu..kehijauan tanaman
menghilangkan stress..
Saya kalau cuti sekolah suka tidur rumah arawah nenek dikampung Baru. Hari-hari nenek belanja roti canai. Dapat duit dan beli komik 70sen. Petang mamak jual roti sampai nenek kata,"Ambiljer apa yang ko nak". Hui bestnya dan yang tak best bapa datang ambik balik kerana adik-adik asyik tanya jer. Tak bagi chance langsung :-)
kampung dia punya feel sgt deep...ye dak? nak2 kalau tempat tu tampat kita membesar jadik orang...
best kan ingat zaman kanak-kanak dulu.. kalo lah kehidupan ade UNDO button
damainya tgk kampung ko...ermmm... hijau2... relax je mata kalau tgk...
aman dan tenteram..hehe
woowooooooo!! nak rambutan sket! :P
Post a Comment