4 Nov 2010

Upin dan ipin pun agenda yahudi ke?

Baru tadi aku ternampak satu note yang kawan aku share dekat facebook tentang satu isu yang kononya adalah agenda yahudi. Agenda yahudi yang kita tahu sentiasa merancang nak menjatuhkan, dan melemahkan umat islam dari dulu, sekarang, sampai la ke akhir zaman..


korang boleh baca dekat note ni.

by Asan Ramli on Wednesday, 03 November 2010 at 02:12

**SEBELUM TU SAYA MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH..ISU INI BELUM LAGI DIKETENGAHKAN LAGI  TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DANBUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN...***

***AKU DAPAT PON SECARA TAK SENGAJA DARI WEB KONSPIRASI YAHUDI***

Sebutlah Uffin bukan Upin, Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul."


Sebutlah Ariffin bukan Ipin, Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel ."

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin."U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,Digimon dan Mamula Moon.

LAGI SATU :

Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah danakhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalahagenda yahudi. ' i ' pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ' Israel ' .4g pula bermaksud "god, gold, glory and girl". kalu kamu benar2 cintakanAllah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solatkamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.

ANDA MENILAIKAN ADAKAH BETUL ATAU TIDAK..

***JADI KEPADA SESIAPA YANG BOLEH BONGKAR LAGI SILAKAN,KITA KONGSI KAN BERSAMA***


Dalam cerita upin ipin ni banyak nilai-nilai baik yang selalu di ceritakan. Contohnya diajar macam mana puasa, baca doa, buat baik dengan kawan-kawan, tak baik berbohong, dan macam-macam lagi. Semua tu agenda yahudi yang nak mempengaruhi budak-budak zaman sekarang? 

Pesan aku, jangan mudah percaya dengan benda-benda yang orang share dekat media ni. Tak kira la note ke, video ke. Tengok dulu betul-betul, fikir dengan logik akal,jangan terima bulat-bulat dan cepat melatah..

p/s: suka tengok gelagat adik-adik sedara aku bila depan tv tengok cerita upin dan ipin. Kalau tengah main, mesti semua terus senyap khusyuk tengok kartun upin ipin. Kalau ada yang buat bising jugak, mula la ada yang kena marah. =)

63 comments:

Luth Textile said...

terlalu kreatif kot depa yang buat ni? rasanya pesaing upin ipin kot sampai sanggup buat cerita macam nih. alahai..

yang tak tahan orang yang percaya tu. haha macam2

Pocket said...

kalau nak nampak,
dalam kemelut mee goreng buleh nampak ayat suci alquran,
dalam bintang buleh nampak 'Scorpio'
dalam uratan daging buleh nampak huruf...

tapi kalau tak nak...
ko letak la apo pun dpan tu,
tak nampak nyer...
ada jer dalih nyer..

so pocket vote tidak untuk apa yang tersirat disebalik upin ipin ini...

mereka cuba untuk nak 'nampak'

Frodo Baggins said...

upin ipin x bersalah! hahahhaha
abeess anak sedara wa jadik agenda jugerk? keh3x


yg baik ambil yg buruk buang. simple. ahhh macam2

Kujie said...

baca banyak sgt teori - tapi selalunya sekadar baca

ada banyak kisah sam’iyat yang wajib kita percaya...bukan kerana teori tersebut tetapi ada dikisahkan dalam Al Quran.

Hasrol Nizam said...

@luth, bila ada yg percaya itu yg jadi makin susah..

@pocket, bak org kata, klu kita sendiri tak cari benda2 cam ni. mmmg tak kan jumpa punya..

@kak jie, betul tu kak jie. klu setakat baca teori ni tak apa. ni yg sampai percaya. adoi..setuju ckp kak jie. :D

@frodo, macam2 dah sekarang..kdg2 tak tau mana betul mana salah

IRAH HAJERAH AZMAN said...

aku kenal uncle owner les copaque. Even gmm,utm ada kerja sama dengan dorang since UTM d only campus yang ada PERISIAN Grafik which is dorang perlukan grafik programmer nak smoothkan movement upin ipin. Seriyes aku agak terasa hati. Ape ke jadah cerita melayu tapi nak samakan maksud dgn perkataan bukan melayu. Macam contoh, artis nama babi di italy, aku x rasa tuhan itu kejam nak jadikan babi tu babi sebab babi dalam bahasa melayu bermaksud pig, jadi sebab nama itu doa, artis nama babi tu di jadikan babi. Gila ape?

versi aku pkol 8.30 mlm :P

shila adnan said...

Fitnah semata-mata --' Well, ini kan akhir zaman, seperti Al-Quran kata, Fitnah akan tersebar merata.

So, jangan percaya sangat. Orang yang buat ni memang jeles dengan Upin Ipin and iPhone4. Perosak bangsa betul.

Uhm, kalau ada sesiapa rajin, google lah bahasa Aramaic&Syriac tu and translate. huhuhu

Hasrol Nizam said...

@shila, memang tak percaya pun. buka setakat kes upin ipin ni je.. byk lagi yg lain2..klu nk ckp mmg tak habis..tolong la translate kan..hehe

@irah, utm pun ada jugak kerjasama? wah.bangganya aku camni.. :D aku tgu versi ko punya nnti..

ceqJAY said...

kebetulan je ni..
jnji isi yg disampaikan upin ipin adlah yg baek2 sume..
cian mereka.lagipon pengasas ni org islam..xde lagi aku tgk cte karton ni smpaikan imej yg xbaek utk budak2..ish ish..
amik yg jernih,buang yg keruh..

Nadia H. said...

ntah pape la dorg ni..semua benda pun nak pertikaikan..

SD said...

macam-macam la sekarang nie....serol ko patutnya buat link ke blog kereta mayat yang buat post pasal percaya bulat2...baru tersentap sapa2 yg jenis percaya bulat2 nie.....

Ery Farieha said...

tak paham aku

=.=

||| PöJìé PööH ||| said...

Bila manusia terlalu obses dgn mende2 macam ni... Cuba nk mencari kesalahan dalan setiap kebaikan. Jgn mudah percaya, kne selidik sendiri kebnaran itu. Manusia akhir zaman tlalu suka mnyebarkan fitnah!

htp://pojiepooh.blogspot.om/

molmolla said...

kahkahkah!!! gelak guling2~
nt nk buat pendapat aku plak lah~

chacha said...

haihh~~ macam2 orang sekarang nih. benda yang disuruh baca, di suruh kaji tak mau buat, cubalah kaji hadis ke sirah nabi ke, ade jugak lah faedah nye. ini tidak, nak menjatuhkan saje kerjanya. =.=''
*sigh*

nur hidayah isa said...

uffin ariffin...cam tak bese je...nk upin ipin jugak...

betul..betul..betul...hehehehe

ARIFFDA said...

saya pun ada baca pasal upin ipin ni...camna ek...suami saya nama ariffin...tp org kg dr kecik panggil dia, ipin...errmmm...

gadisBunga said...

ariffin tu maksudnya yg bijak.

alahai diorg ni....over pulak mengkaji...

Shannice said...

kalau ceritanya boleh memberi banyak pengajaran spt rncangn Upin & Ipin, lebih baik jgn percaya sgt perkara sebegini... kdg2 ada yg cuba nak buat org boikot sesuatu, mulalah cerita mcm2... huh.

tengkorakemas said...

kadang2 imaginasi org tinggi sgt huhu salah sangka kuat sgt, hari tu kes Ultraman, hm..lebih senang jika kita berpegang saja apa yg ada dlm hadis Rasulullah s.a.w,

contoh:berila teori banyak mana pun, Dajjal tetap muncul

afiqaiman said...

semua bnda nak ada kaitan ni apa kes..kesian upin ipin ekeke

ANYS AMYRA said...

cuba ambik benda positif mcm diajar sembahyang semua2 tu daripada duduk pikir agenda Yahudi blablabla duduk sebar mesej tp tak bagi kesedaran pada diri sendiri pun tak guna jugakkk.

Anonymous said...

Biasalah melayu bangsat islam nenek moyang. Semua nak dikonspirasikan.

Fina Fento said...

haha..

zackque said...

for me, yg mana baik kita jadikan teladan... mungkin hanya nama "upin" dan "ipin" tu isunya... tp cerita ni mengajar kanak2 dan dewasa byk kebaikan... so, sama2 kita pikirkan...

Fitrihadi said...

adehhh upin ipin yang buatan malaysia pun jadi mangsa.. dah muak ar dengan benda2 gini..rajin lak dok selidik semua benda

Hasrol Nizam said...

@shannice, tak tahu la penulis ni perasan ke tak. sbb dia ckp dia terbaca kat web konspirasi yahudi.cuba cari tadi tp takde. mungkin dia hanya copypaste dr website tu..

@tengkorak emas, banyak lagi kes before ni. saje je aku tak nak tulis. nant panjg berjela pulak. pegang pada al-quran n hadis. itu yg utama..

@afiqaiman, itu la. kkesian kat diorang..hehe..


@anys amyra, aku lebih nampak yg arah benda2 baik dari tak baik dlm cerita ni..entri ni pun salah satu cara nk bg kesedaran. jgn mudah percaya.. =)

@anonymous, hah?apa maksud ko?

@finafento,hehe

@zackque, banyak baik dari buruknya cerita ni..so nak kata apa lagi kan..

Hasrol Nizam said...

@cheqjay, aku pun rasa macam tu..banyak baik dari buruk.. budak2 pun byk belaja benda baik dari upin ipin ni.. =)

@nadia, ntah la..poning pakcik

@SD, yeke..aisey, aku dah lama tak baca blog org lain..nanti aku tengok camne..hehe

@ery, aku lagi la tak faham...

@pojiepooh, bahaya klu fitnah2 ni..

@molmolla, cepat2 buat..nk tgk jugak pndapat org lain.. :D

@chacha, tak tahu la sape yg kaji..dah takde keje sgt la tu..

@nurhidayah, betul,betul,betul..hehe.. tergeliat lidah kang..

@ariffda, tak pasti la sama ada betul ke tidak maksud ipin tu..tp klu setakat kita sebut, tak de makna pape ok je..

@gadisbunga, over sangat..itu la..

@fitrihadi, itu la aku pelik. sampai habis semua diorang selidik. huruf2 kat baju pun ada makna..adoi..

ARC™ said...

adoih dpt name free brader tu.

Anarm said...

I = Israel.. U = USA.. kt nama masing2 sila buang huruf I, U dan huruf2 lain yg berkaitan.. haishh..

Iskandar Shah said...
This comment has been removed by the author.
Iskandar Shah said...

jgn la cepat gelabah..
yang baek tu kite ambil la..
citer upin ipin ni kan ade unsur2 agama.. agak susah nk terime sume ni.
lagi 1, pasal quote tu yg last skali..
pasal solat x diterime 40 hari 40 mlm tu..
suke suki je buat hukum sendiri camtu.. yg buat qoute tu tuhan ke? suka hati buat hukum x trime solat seseorng tu.

macam2 la skrng ni.. haishh..

joegrimjow said...

gyahahahaha
nak buat entry pasal ni!!!

GreenLava said...

Aiyaa! (tepuk dahi)...:))

Wan Ahmad Nabil said...

jangan nak gelabah sangat laa. yahudi dah bom masjid pun duk rilek ape kes? tu solat tu yang perlu di jaga, islam tu perlu dijaga, jangan nak heran sangat bab freemason. DAJJAL tetap akan datang, kita kena bersatu. bukan cara freemason ! bangang sapa yang buat cerita pasal ni.

Muhsin said...

iphone 4 pernah dengar... kalau iphone 4'g' tak pulak

SweetyMui2 said...

nasib baik first letter nama saya huruf S miahahha...

Hasrol Nizam said...

@arc, bahaya klu silap tulis kat alam maya ni. cepat je famous..

@anarm, aku ada huruf I, jenuh la kena tuka ke..haih..

@iskandar shah, selalu yg hukum solat tak dierima 40hari 40 malam tu ada kaitan dengan surat berantai.sebab gertak suruh share kan benda ni..

@joegrimjow, dah buat belum? nk tengok pendapoat ko pulak.. :D

@greenlava tepuk dahi 2x..hehe

@wanahmadnabil, aku pun tak tahu sapa yg buat. sebab dia ckp dlm note tu, dia ambil dari web lain..

@muhsin,yeke.mcm mana yg iphone4 je tu?

@sweetymui2, saya pun S gak. Serol..haha

miRa'e said...

ish tapi buleh kata dalam cete upin ipin byk terapkan nilai2 murni kan.. ish2...
tepuk dada tnya selera :)

n@iem88 said...

alamak serol, susahnyer gini...klu sume bende nak kait ngan bende2 israel nie... klu makan ikan pown nak kene kait kerw, I gak tue

Power Impian said...

kebenaran belum dapat dipastikan lagi..tunggu pihak lascopaque sendiri bagi penjelasan..

cume aku kurang setuju dgn ayat kalau tak sebarkan maka solat tak sah 40 hari 40 malam..tiada paksaan dalam Islam..so ayat tu dah kire memaksa dan ugut..hmm...ntahla..

Radin87 said...

Kalo korang rajin, pergi cek upin ngan ipin tu dalam bahasa syariac ngan arimiac.. confirm kat situ ditulis..

"No word found"

Pasal ini semua hanya fitnah semata-mata. Saja nak sabotaj Upin ngan Ipin.

tuntung said...

semua nak freemason, israel susahlah..haii..cambangang
bhaahahhaha

Anonymous said...

Saudara Hasrol Nizam , biasanya yang buat kerja macam ini orang yang perasan dia pejuang islam. Minah-minah tudung labuh sampai ke tumit ataupun lebai-lebai bodoh serban sampai ke langit.

suhaimi said...

ini masalah bahasa pun nak kecoh.. contoh la aku kasi, perkataan tempik.. kalau bahasa melayu maksudnya menjerit, kalau orang jawa maksudnya pantat, pepek..

kita ikot la bahasa kita.. kalau ada perkataan dalam bahasa kita, ada juga dalam bahasa lain, tetapi maksud berlainan, biarkan lah.. buat apa nak ambil peduli..

suhaimi said...

dan satu lagi, adakah sebutan 'ipin' sependek itu bermasud saya suka israel? dah tentu perkataan israel adalah nama khas.. dalam apa jua bahasa pun mesti ada bunyi 'israel' gak.. contoh nama malaysia jika disebut dalam bahasa perancis, malaisie'.. takkan la maksud ipin tu sama dengan perkataan israel.. tak masuk akal..

pikir terlalu panjang..terlalu taksub dengan konsprasi inilah jadinya..

p/s: sekadar pandangan dari persepektif seorang guru.

Amir Izzat said...

kena berfikir dengan waras. entah ar tak tahu nak cakpa apa.. itu semua mainana syaitan. semua benda nk kait ngan yahudi...aduhai.. mcm2 lah

tahu tak itik itu apa maknanya? israel tercekik. ha..dlm bahasa ugandaiosesn.

ayam pula bermaksud saya rakyat palestin dlm bahasa ariosenteseces.

p/s: kena fikir ikut logik akal

Pendekar Berkuda said...

...perkataan minyak pulak maknanya kentut dalam bahasa aryan lama....

...cipan pulak bermaksud limau dalam bahasa mali...

hahaha.....gitulah alkisahnya.... hadoii la....

nak gelak pun ada bila tengok ada orang buat entry macam ni...

otak konspirasi btul...

-rahz- said...

terlebih pikir dan 'perasan'. tu yg jadi biol.haha...

-rahz- said...

p/s: suhaimi -> ko ni lg nak meluchah kat sini..tau la kawin dgn org jawa!

.sweet-ants. said...

mngarut. x masuk akal. xleh terima. mcm2 lg nk ckp.

hari2 tgk upin ipin beatbox kt utube tu haa..aishhh

Khairunnisa Ithnain said...

hahaha~
klakar gler komen pendekar berkuda~! :))

adoi3! ini lah kalau terlalu byk berfikir kan.. menda remeh2 dok dikalut-kalutkan.. adoi~ manusia2.. :D

taufiq helios said...

dah pnh baca dah pasal isu nih..hmm..tah le...kadang2 kebetulan jek..tah..haha..yg penting upin and ipin ni ak xbape layan sgt..hehe :D

YamaShita KaiTo said...

Senang cite, bagi mereka yang paranoid, tak tahu asal usul sesuatu, taksub dengan konspirasi, etc, semua bende adalah konspirasi yahudi...

nanti blog ni pun jadi konspirasi yahudi gak...

entah2 serol dalam bahasa planet marikh maksudnyer "sayang Israel"...(just being sarcastic)

huhu~ kadang2 benci gak ngan orang-orang yang semangat sangat cite pasal konspirasi ni...

pada hal diorg sendiri tak tahu keadaan sebenar yang berlaku...

Anyway, thanks for the sharing...

zulkbo said...

SALAM..
Betul juga seperti kata yang menomen di atas..kita kadang kala terlalu banyak dengan teori..tapi membenci Israel dan agendanya memang patut pun..cuma kita perlu selidik penerbit mahupun pencipta upin dan ipin tu dulu..tidak nantti teranaiya pulak..he he

ABOUT US said...

skang ni mcm trend nak2 kt fb..terlalu byk sgt cerita2 anti-yahudi ni. Ye...sy pon anti yahudi-israel gak, tp cam jd meluat plak...sampaikan upin ipin ni pon nk kaitkan jugak, apa bukti org yg cipta citer ni sekutu yahudi, upin ipin tu bg sy cuma panggilan nickname...mcm cth ariffin panggil ipin ke, dn since ada kembar so nk sync kan dia letak nama upin...kita mana nk tau kan...mungkin "kebetulan" maksud nama tu terkena lak mcm yg disebut kt atas...wallahualam...tp rasanya owner citer ni tade maksud pon nk reka nama yg bermaksud gitu ...psl iphone 4g tu...tlg la wehh... abes yg iphone 3g tu makna apa pulak?? 4g tu ialah upgrade version of 3g mobile technology. so tlg la stop terlebih imaginasi ni. menyampah dh baca. oh ye...kalo tk sebar tk sah solat 40 hari 40 mlm...ni mana ajaran sesat bawak ni???

Pemerhati said...

yg epic nyer..
ckp yahudi2..
fb yg yahudi jugak bikin masih guna..
processor yg ada dlm laptop/desktop tu pon architecture dari Israel by Jewish Engineer.. so nk sgt ckp sikit2 agenda buang la PC tu.. pakai je paper nk sebarkan dakwah..

toru anaqi said...

yang penyebar kat fb tu kut yahudi..kui3x...

4g stand for fourth generation...

3g stand for third generation..

ermm ..terlalu banyak fitnah akhir zaman..

xsah semayang kepala hotak dia..haha

Mohamad Amzar said...

sekarang pantang lah ada benda yang 'titop' mesti ada je yang tak suka & buat mcm td tu lah !

parang said...

" kalu kamu benar2 cintakanAllah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solatkamu tidak sah selama 40 hari 40 malam."

maaf mencelah,berdasarkan ayat2 dan statment diatas makin jelas DANGKALNYA ilmu & secara sesuka hati meletakkan sesuatu hukum semata2 hndak memenuhi nafsu.Tolong hati2 jgn jdkan diri sebagai BIDAAH...

mr. neezam said...

mende ni mmg x bole pakai ar. aku dah lame dah bace artikel pasal ni kat 1 blog yang boleh dikategorikan mengarut dan sesat. Dalam entry lain yang aku bace, die cakap ''akademi Al-Quran'' pon propaganda yahudi pasal perkataan ''akademi'' tu cedok bahase ape ntah. aku tros pangkah blog tu ar... x paham dengan fitnah2 yang berleluasa sekarang ni. mcm2 cara nk menjatuhkan.

hamba Allah :) said...

pernah jg terdengar psal bnd ni. tapi raseny semua ni agenda mausia yg dengki je kot, habis semua bnd die kate tak betul.pelik btul dgn manusia manusia yg ntah pape ni.

Anonymous said...

ntahlaa..nak pcaye salah..x nak pcaye pn salah..xnak cayelarh.. lgpun upin ipin 2 org melayu punyer..haiya..sape punyer kerja nie.. memang la YAHUDI LAKNATULLAH tu byk agenda tsembunyi..tp x yah larh kte cya sume bende pun agenda yahudi..smpe scene ajar puasa n solat tarawikh pun kerja Yahudi ke? tolongla stop ambik kesempatan untuk menjatuhkan org mggunakan nama yahudi nie.. pastu..ade ke plak dier kate kalo x share solat x dterima.. dier sape nak cakap sah x sah solat seseorang? itu pn dah nampak ketidakbetulan org nie.. tp pe2 pn.. setiap pkara yg berlaku kte kene kaji dan siasat betol2 dlu..wallahualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...