Lepas makan malam semalam dengan eda, aku singgah sekejap kedai air kat cafe dekat UTM ni. Biasanya owner kedai-kedai jual air kat cafe ni ada jual buah-buah depan kedai diorang. Aku plan nak beli la buah potong yang ada jual depan kedai tu. Tengah aku usha-usha buah betik, buah tembikai, tiba-tiba ada seorang brader datang dekat aku. Dengan confident nya aku pun tanya brader tu...
![]() |
| gambar sekadar hiasan. Takde nya dia jual strawberi kat situ.hehe |
Aku: Abang, buah-buah kat sini berapa harga dia?(dengan confident aku tanya)
Brader: Kalau nak tau harga, ko pergi tanya owner kat dalam. Aku kat sini pun datang nak minum je.
(lepas tu terus blah)
Aku: errr...(terpinga-pinga sambil kontrol macho)
Aku mati-mati ingatkan brader tu orang yang kerja dekat kedai air tu. Confident je aku tanya dia. Rupanya bukan. Student UTM juga rupanya. Sori la brader. Sapa suruh hang datang dekat aku time aku nak pi beli buah. Kan aku dah tersilap. Haha..
Aku tahu korang mesti tension sebab hari ni dah kena start kerja lepas cuti hujung minggu haritu. Sebab tu aku buat entri lepak-lepak je. :D
p/s: Korang pernah tak tersilap macam aku?

24 comments:
haha. aku dulu kt jusco. nak tanya saiz seluar. pastu ada budak dekat aku. tengok2. ak ingt dia pekerja siap tanya dia. pastu dia cakap aku, saya bukan pekerja la, saya student gak.
LOL
haha. aku dulu kt jusco. nak tanya saiz seluar. pastu ada budak dekat aku. tengok2. ak ingt dia pekerja siap tanya dia. pastu dia cakap aku, saya bukan pekerja la, saya student gak.
LOL
aduhhhh! tutup muka sekarang!
stendet
due2 belah pihak aku da penah kene
hehehehe
weh, aku pernah kene lg emo der. time tu aku nak beli kobis kat supermarket. Mula2 memang ada pekerje sebelah aku tu.tp aku tak hirau sebab dok pilih kobis. dah amek aku nak tanya harga sekilo brape. Aku pandang sebelah aku, aku tros tanya dgn mak cik super elegant. Amek kau. mak cik tu hangin tros cakap
"ey, aku bukan staff sini la"
sambil letak balik kobis kat tpt die dgn kasar.
emo! :P
eda penah gak tersalah tanya org..malu gak..haha pastu ckp aje la sori..
pastu penah gak org salah tanye kt kite blk..mase tu pakai baju mcm pekerja2 kat situ agaknye..hahahhaha
mesti bengang abg uhh.haha,..
haha..malu!!
mesti panas je brade tu..
haha gile arh. brader tu macam bengang jer. hehe. pernah gak la jadi macam ni. malu kot. hehe
malu dow..hakhakhak
@fiffy, siap cakap lagi tu dia pun student gak. camne dia tau ko student?haha
@gadis bunga, tak tutup muka. takde kain nak tutup. =hehe
@ery, pernah ke? cerita la sket. :D
@irah, pergh, marah terus makcik super elegent tu.tak standard la klu dia kerja kat jusco. tu yg marah tu.hahaha
@nurhidayah, haha..yeke..sape suruh pakai mcm pekerja2 kat situ. pakai lain la lain kali :D
@izzah,@ciktiram panas gak kot.. mcm bengang je.haha
Orang yg salah kat aku
muke aku ni ade mcm org jual kain ke.
mane la tau baju boleh pulak lebih kurang dgn org jual kain tu
opsss... tak sengaja :P
kalau kat kedai baju org sllu igt aku tukang jual baju tu, siap tanye ade warne @ saiz lain x?
ohh dem dem..muka aku mmg muka jual baju ke?
aku tak pernah jadi mcm ko..tapi aku pernah jadi mcm brader tu, haha
haha.lebih rela tak tanya dan tak beli drpd salah orang ;P
nasib baik abg tu xckp, "buah tu free je"..hahaha
mesti abg hasrol sentaap kan? haha
ouh, xpenah la silap tnye org, tp kalu org silap tnye kat saye penah le. ish2.
aku ni yg penah di tanye. sbb kalau g kedai mane2, suke duduk kat kerusi kedai tu. cesss
haha..terbaik..
hahha.. tue la pasai. sapa suruh mai dekat2.. tak penah lagi jadi kat aku macam tue.. =)
Baru hidup selama 13 tahun, belom pernah lagi kena. Tunggu lah 2 tahun lagi, InsyaAllah kang kena. Haha xD
terliuq pulak tengok strawberi tu.. slurrp..
kempunan la plak..
Teknik Side Income- 5 yang pertama sahaja!
Tips Buat Duit
hahaha dua-dua malu..segan kot kalu salah tegur..
Post a Comment