25 Aug 2010

Awak, boleh pakai purdah tak?

Semalam, lepas balik dari berbuka di masjid aku duduk depan laptop. Memikirkan beberapa benda yang asyik bermain-main dalam fikiran aku lately. Sedang duk fikir2 tu, tiba-tiba teringat satu nasihat ustazah yang mengajar aku sewaktu di sekolah menengah dahulu. Nasihat itu untuk perempuan. Tapi sebagai seorang lelaki, itu adalah antara nasihat2 yang aku tak boleh lupa.

Situasi: sewaktu kelas pendidikan islam. Aku tak ingat apa tajuk subjek agama ni pada hari itu. Tapi aku hanya ingat ini..


Ustazah: Kamu semua nak tau tak. Masa saya belajar dekat universiti dulu, ada sorang kawan perempuan coursemate saya ni.

Kitorang: hmm..hmm.. (sambil angguk2 kepala menandakan berminat dengan cerita ustazah)

Ustazah: Kawan saya tu memang cantik. Saya sendiri sebagai seorang perempuan pun, mengaku yang dia ni memang cantik. Kalau lelaki tu, memang dah terang2 akan kata kawan perempuan saya ni cantik la.

kitorang: (makin berminat nak dengar, dah terbayang2 betapa cantik nya kawan ustazah tu)

Ustazah: Pada satu hari, kawan ustazah ni dia dapat sepucuk surat dari seorang lelaki. Dalam surat tu......

Aku: surat cinta ke?(tanya aku dalam hati)

Ustazah: Dalam surat tu, lelaki ni cakap supaya suruh kawan ustazah tu memakai purdah. Kamu tahu kan purdah yang tutup muka sampai tinggal nampak mata je tu?

Kitorang: angguk ramai2 tandanya tahu..

pakai purdah



Ustazah: Kamu tahu kenapa dia disuruh pakai purdah? Dalam surat tu lagi, lelaki tu suruh perempuan tu pakai purdah sebab dia dah tak tahan nak kena mandi wajib hari-hari sebab ternampak wajah kawan ustazah yang cantik tu....

Kitorang: err..(macam2 reaksi)

Ustazah: Itu la budak-budak perempuan, kamu kena jaga aurat kamu. Bukan setakat cukup pakai tudung saja. Ha,budak-budak lelaki ni pula. Jangan pantang nampak perempuan dahi licin, jaga pandangan kamu. Tundukkan pandangan kamu tu sama....

Kitorang: Baik ustazah!!!

***************

Dari pengalaman aku sebagai seorang lelaki, Orang lelaki ni memang pantang nampak perempuan cantik. Kalau kat facebook tu, nampak je perempuan cantik terus klik 'add as friend'. Dia approve ke tak lepas tu umpama, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Dah jadi friend nanti boleh la akses ke photo album si perempuan cantik tu. Nak tengok saja ke, nak save dalam pc ke, macam2 boleh jadi.

Kalau dekat blog(sebab ada yang mention dalam entri lepas , dalam blog pun sama jugak), klik saja 'follow'. memang dah untung dah kalau tuan punya blog memang suka letak gambar cantik-cantik hampir dalam setiap entri. 'Cuci mata' orang kata..

Wahai kaum hawa, 

kamu semua tak takut ke jika berlaku perkara yang sama dekat kawan ustazah aku tu dekat kamu.? Maknanya ada lelaki yang teransang apabila terlihat kamu. Dari cerita kat atas, aku yakin kawan ustazah aku tu seorang yang jaga auratnya. Sebab dia sama course dengan ustazah. Seorang yang ada latar belakang islamik mungkin. So aku bukan bercakap kepada yang tak tutup aurat saja. Yang tutup aurat pun kena waspada. Aku ulang sekali lagi, Yang tutup aurat pun kena waspada!

p/s: dialog ustazah tu aku tambah2 sikit supaya nak menarik perhatian korang.

take 5 minutes of ur time to read this. http://www.zaharuddin.net/content/view/288/96/

Cuba hayati point pengalaman pulang ke masjid dalam entri tersebut..


80 comments:

Ckin Kembaq said...

Subhanallah..mujur lelaki tu brani gtau..kalu tak,beban tu kna tanggung lama la..hmm

p/s : jemput ke blog..n_n..

iqbalsyarie said...

Pergghhhh...melampaunya lelaki cmtu :D
tapi mmg wujud kaot~hahaha

Cerita terbaru di blog:"saya nak kawin"

nice entry,nice blog!

NichKhun said...

eh? mmg mcm tu ke laki2 tgk pompuan cantik ?? huhuhu
first time dengar..
baru tahu.. sobsss

x-po said...

betul2..aku sebagai lelaki amat setuju dan akui kata2 ustazah tu..susah beb nak tahan godaan dari perempuan :)

Hidup Seorang Blogger

Hasrol Nizam said...

@ckin kembaq, lelaki tu memang berani. dia takut tanggung dosa utk diri sendiri..

@iqbal, mungkin, tp ramai yang lebih kurang je. tp tak smpai tahap mcm kat atas ni ha..

@nichkhun, macam mana? yg point fb dgn blog tu ke? macam tu la..

x-po, aku pernah baca..cabaran besar bagi seorang lelaki, is perempuan..kalau lelaki tu iman lemah, ssh la..

The Poyo Me said...

Kesian betul lelaki macam ni.
aku cadangkan cepat2lah kahwin.
xpun puasa....

Cik Yana said...

Nice entry,,
Luv it :)

Ery Farieha said...

err

tengok pompuan chantek pon sampai mandi wajib ek?

huhu~

sweet life said...

untunglah lelaki itu menyarankan ke arah yg baik (memakai purdah) kerana adalah untuk kebaikkan wanita itu juga..

Puteri Dyla Qistina said...

salam serol nizam, blog walking award 2010 menunggu anda di warkah bonda :)

jemput2 :)

nice entry! tq ingatkan wanita seperti kami ya!

tehr said...

kan?
memang dah terbukti
perempuan lebih banyak membuat/melakukan gangguan sek terhadap lelaki [sengaja atau tidak]

anayilz said...

aiyark!!!

aaaaaaa...semakin takut berkawan dengan lelaki.huuuu.

annadzirah said...

entah bilalah nak pakai purdah.
T______T

fara said...

hurm bahaya bahaya.. perempuan kalo terlebih cantik pun bhaya.. lelaki terlebih pandangan pun bahaya .. hee~~

zaman skang ni.. lelaki pun nengok cam da tak pilih sangat jenis perempuan..
semua dia main sapu jerk..

nak2 yang cantik macam y your ustazah cerita ni.. harus la tak keruan hati tehy all kan..

btul kata awak..Yang tutup aurat pun kena waspada..
conclusionnyer semua perempuan harus tutup aurat n berwaspada.. =)

Hasrol Nizam said...

@The Poyo Me sekarang bulan puasa. klu ada mcm tu mudah2an tak buat dh..

@Cik Yana thanks..just share some of my tought je.. =)

@Ery Farieha itu la, kita mana tau kan..org lelaki ni..

@sweet life betul2..untuk kebaikan bersama..

@Puteri Dyla Qistina wslm..ada award? nnati serol jengah.. ingatkan wanita, dan juga insan bernama lelaki...

@tehr cabaran besar bagi lelaki is perempuan.. tp semua tu depend kepada lelaki gak kan..

@anayilz bukan semua lelaki mcm tu..yg pntg jaga diri sndiri.

Hasrol Nizam said...

@annazirah, tu gambar profile dah pakai purdah.. :D

@fara, act dh mmg fitrah lelaki sukakan perempuan yg cantik2.. tp cantik tu subjektif, so setiap org berbeza.. :D

tutup aurat is one thing.. waspada sebab takut ada org eksplotasi. macam gambar2 di fb, blog dsbg..

thnks 4 da comment k.. =)

AyuE SurihanyOt said...

aku kena pakai purdah la ni???hehe =p

g3n said...

kalau la berpurdah tu jadi fesyen anak remaja sekarang...
agak2 solve tak semua ni..=)

MyToha.com : Hidup Seorang Blogger

ChuyRy said...

btol2..nng susah nak tahan godaan..pompuan sekolah aku seksi2..putung pendek..kah3 T_T

yenyenpreng said...

tapi kan..pernah dengar sesorang cakap..kalau seorang perempuan tu bertudung penuh dan berpurdah..ada orang lelaki tengok dan sampai terdetik di hatinya "macam mana la rupa perempuan ni"..jatuh dosa atas perempuan tu..betul ke?

*curious nak tau*

Hasrol Nizam said...

@AyuE SurihanyOt takde la aku suro pakai..cuma nk cerita, lelaki2 ni mcm ni.. :D

@g3n solve ke tak? if akhlak lebih baik dr sekarang..why not..

@ChuyRy putung2 tu apa? tudung ke? jaga mata wei, tundukkan pandangan tu..hehe

@yenyenpreng yeke..hmm.. tak sure sebab tak pernah dengar.. maybe boleh search kat google about this..tp serius, tak pernah dengar pasal berdosa klu mcm tu..

Chaon Cornerz said...

asal nampak pempuan cantik je pasti teruja nak tgk kan.. biasa la tue.. tapi pempuan tue kena la jaga aurat.. kalau dah selalu bagi laki tengok kurang la saham nanti kan.. hahha..

Lee said...

biasalah..wanita itu perhiasan dunia, tapi, sebaik2 perhiasan dunia adalah wanita solehah..

renung2kan dan selamat beramal..

hana husin said...

berat jgk kes nih.. laki 2 kot yg terlalu pk bkn2.huhu tp bgus gak post ni. sebagai peringatan utk aku n wanita2 len.tq!!

Rina (◕‿◕)✿ said...

tp klo dah btul2 tutup aurat tp lelaki stil teransang, bkn salah die kot...purdah x wajib..

tp susa gk jd org cntik kn..bahaya...

nsib baik x cntik hehe

thanks for the info

nur hidayah isa said...

awk cmne? pantang tgk perempuan cantik gak ker? lalala :D

em takkan la sume ppuan nk pakai purdah ek kalo laki camtu..laki tu pon jaga ar pndangan2..sikit2 nk salahkan ppuan...huhuhu

aliesha kirana said...

ske entry ni..hehe~

Clarky Afif said...

bukan stakat tengok wajah. dengar suara merdu pun boleh inzal kan lelaki kan? kan?

anyway aku rasa aku tak layak pakai purdah. untuk yang terlampau cantik mereka dibolehkan. untuk yang palin jane habis macam aku ni..cam over pulak kalau pakai. huhu.

pendapat peribadi.

Clarky Afif said...

typo! *plain jane :P

MK Kimi said...

Pndgn aku...tak semestinya pakai purdah bleh elak sume gejala sosial tu. Jika pakai tdg menutupi dada, pakai stokin, pakai baju & sluar yg tak menunjukkan susuk tubuh pon dh ckp sempurna...

Kpd wanita2, dh sempurnakah korg tutup aurat? ttp yg lain dulu br fikir,
"mampukah aku pakai purdah?"...=]

p/s: siapa yg tak suka kpd kecantikan.btol x? hehehe....

Hasrol Nizam said...

@chaon, kurang saham utk lelaki yg tak tundukkn pandangan juga..

@lee, jom renung sama2, amalkan sama2.. :)

@hanahusin, lelaki ni rambut sama hitam, tp dalam fikiran lain2.. so kita tak tau la kan..

@rina, rasanya bukan salah dia.. thanks coz komen. =)

@nurhidayahisa, boleh juling biji mata klu nmpak perempuan cantik..hehe..(gurau2 je)

tak salahkan perempuan. cuma nak perempuan ni lebih berhati2.. =)

Hasrol Nizam said...

@aliesha kirana, thanks.. =)

@clarky afif, sbb tu perempuan di suruh supaya garaukan sikit suara bila bercakap dgn bukan muhrim..supaya tak merdu sgt..

@mk kimi, point utama dekat sini pun bukannya nak suruh perempuan2 pakai purdah.. :D

lelaki n perempuan sama je. dua2 suka pada kecantikan.. =)

ashrafi said...

salam..

tak mustahil dan memang ada juga.. itulah sebabanya ada kenyataan yang masa tidur pun boleh buat dosa

piNky LuCiA said...

aku ada jugak kawan macam tu. tapi lepas pakai purdah, nampak mata saje. tapi itu pun dah buat lelaki tergila2 kan dia.. sian dia.. kena pakai tutup semua kot.. huhu

Azwan Azmi said...

erkkk ada ke lelaki yang macam ni?? apela yang dia fikir agaknya ye

hans said...

aku pun tgh bayang2 betapa cantiknya kawan ustazah hang tu sampai laki tu hari2 mandi wajib

P/S : Digi Sayang Aku Agaknya! Hahaha

anayilz said...

salam.

er.saudara serol-nizam/hasrol nizam.

saya minta maaf coz xminta kebenaran sebelum copy entry ini utk disebarkan.huhu.tapi saya dah pun copy-paste entry ini dan jadikan note pada fb saya.em.ramai rakan2 saya pun dah 'tolong' sebarkan juga.maaf ya.tapi jangan risau coz saya dah letak link ke blog saudara.

maaf & terima kasih..^_^

diraja22 said...

klu agama didahulukan, insyaallah selamat semuanya..

Hasrol Nizam said...

@ashrafi, kalau lihat video 24jam dosa di facebook tu, ada betulnya..

@pinkylucia, dah pakai purdah pun org still tergilakan lg? emm..dugaan buat dia tu..

@azwan azmi, cuba baca komen pinky lucia..

@hans, jangan bayang lebih2..kang kurang pahala posa.. :D

@anayilz, wslm. err..jadikan note? boleh saja share.. takda masalah.. =)

@diraja22, insyaallah..

etomyam said...

bahaya jugak ada lelaki yg boleh teransang gitu sekali

Sir Marcello said...

adei..nak gelak..tapi cam tak elok...xpe r..gelak sopan jer..huhuhu

p/s: ada moral disitu :)

molmolla said...

Aigooooo. Memang ku tahu sangat2 mende nih. Tapi hati / iman tak sekuat siti khadijah :(

nak maintain pakai tudung labuh pun susah~

Mr PenyuBiru said...

sudah fitrah manusia suka melihat benda yg cantik. tapi dlm kontek, kena jaga nafsu agar tidak hanyut.

Hasrol Nizam said...

@etomyam, mmg bahaya ni..klu tengok kes2 kat surat kahabar, rasanya tak mustahil kot

@sir marcello, klu faham moral dia, bagus la.. :D

@molmolla, jom kita sama2 menjadi lebih baik. =)

@mrpenyubiru, nafsu ni cabaran terbesar manusia. bulan2 ramadhan ni pun utk kita kawal nafsu..

Aus MeLankoLik said...

pantang nmpk dada besar , terus lari ke toilet , hahahak .

bhye2 , aaaaa .. cobaan ..

hans said...

ekekekeke
bayang biasa2 jer

P/S : Dah 3 Kali Dah Macam Nih! Kalau Kali Ke-4 Macam Mana?

kaizen shinobi said...

setuju sangat2 dengan kata2 ustazah tuh... memang satu entry yang sangat2 baik.

ciput said...

Hmm..betol2..kalau yg perempuan tgk pon mmg nmpk lawa, lelaki tgk lagi laa...

last2 kwn ustazah tu pkai purdah x serol?

ciput said...

Hmm..betol2..kalau yg perempuan tgk pon mmg nmpk lawa, lelaki tgk lagi laa...

last2 kwn ustazah tu pkai purdah x serol?

Hasrol Nizam said...

@hans, hehe..nsb baik,,

@aus, cobaan, dugaan, di bulan puasa ni..

@kaizen, teringat kata2 ustazah ni. so share kan utk semua.. thanks.. =)

@ciput, haah..betul tu.. perempuan lagi la pandai menilai kecantikan kan..

em. tak sure la kwn ustazah tu pakai ke tak. tak ingat sama ada ustazah ada cakap ke tak..

Rie Zarchry said...

klaka gak laki tu
smpai mndi wajib tiap2 hr
adei

lizz said...

dulu,aku tak caye sangat bab lelaki nyer perangai macam ni..hahaha!tapi,bile dah ramai sangat yg cakap mende yg sama...fikir2,hmm..ade betulnyer kot...

syer. said...

errr..
ade pulak kes ceni..
tak sgke la..tgok je pun smpai leh mnd wjib..
tetiap ari pulak tu..
mcm bahaya je bunyinye..

hans said...

kehkehkehe
cepat lah nizam
update entry baru lak

P/S : Lagi Sekali Entry Aku Berkisar Tentang Kenapa Aku Meminati Filem Tamil Dan Bollywood!

P/S : Kepada Sesiapa Yang Ingin Mengiklankan Product Anda Di Blog Saya Sila Click Entry Ini Berkenaan Ruang Iklan Di H.P.B Blog

Dee Zahari said...

wah! tengok muka cantik pun lelaki terangsang ke?

terkezutnya saya..

Nine said...

Waheeda ustaz akhil hay pun pakai purdah dah skrg...

DaHLia said...

memang wujud :)
tapi kalo dlihat zaman skrg ni, lebih ramai nak orang lelaki terangsang melihat mereka drpd menjaga pandangan mereka..
wallahualam

Kulanz Salleh said...

kawan ustazah tu kira dah nasib baik.. dapat warning awal2 dari lelaki tu.. kalau dia jumpa lelaki lain, mungkin kes lagi teruk berlaku..

darkbatman said...

btl dh 2.. jgn ckp org ak pun same bro.. heheee

ejum said...

tambak sikit ke banyak dialog tu.haha..
betul lar kate serol..
terutama dalam facebook..bukan main posing lagi..harap2 dapat beri kesedaran sesamat kita..

Amir Izzat said...

harap2 ada perempuan yg terkesan baca kisah nie..dan harap2 ada lelaki yg terkesan gak...

hurm..

p/s: terkena btg idung sendiri

Anonymous said...

salam..salute laki tu sbb brani...
brani tuk tgot that women sbb tkot lg b'tmbh dosa dier..huhu...

.sweet-ants. said...

erk.
nk tnya, laki mmg suka save pic gurl dr fb,ms etc ke?
thats why aku x ske tayang pic kt fb. ahhhhhhh nk delete!!!

Hasrol Nizam said...

@swee-ants, bukan sengaja reka2..pernah nampak kawan lelaki buat macam tu. kalau tak percaya, cuba tanya.. =)

@anonymous, wslm. yup..tp skrg tak tau la ada lagi ke lelaki yang berani macma tu..

@amirizzat, harap2 ada yang berfikir n ambil timdakan..terkena kat batang idung sendiri? awat?

@ejum, tambah sikit je, tapi tak lari dari point asal.. =)

@darkbatman, kita ni lelaki..hehe..

@kulanz salleh, tak sangka ada lelaki yang sanggup cakap mcm tu.

@dahlia, agreed.. =)

@nine, iye ke..bagus la klu mcm tu..

@dee zahari, betul tu. bukan sengaja direka2 cerita..

@hans, haa..dah update dah.p la baca..:D

@syer, mmg bahaya pun..

@lizz, yeke..bahaya org lelaki ni.hehe

@rie, kelaka2 pun, ada maksud tersembunyi tu..

fiddeOmar said...

salam singgah.

masa belajar kat uni dulu saya ada senior yg sgt cantik (pernah jadi personaliti tv dan sekrg dan kawin dgn org kenamaan). pernah dengar cerita dia diminta pakai purdah jugak sebab terlalu lawa.

nampaknya cerita mcm ni ada juga di tempat lain...kesimpulannya..kena la betul2 jaga walaupun tak lawa

Anonymous said...

mmg susah nk paham laki
tgk muke je pon dah stim????

piNky LuCiA said...

dah lumrah dan nature lelaki memang macam tu, nak buat macam mana.. huhu

Fitrihadi.com said...

bagus gak tegur2 ni...tapi ada gak jenis takleh tegur..tu yg malas nk tegur tu..adoiii

I*K*T*I*R*A*F said...

suka entri ni. :)

jaga aurat,jaga pandangan.tapi kire berani la eyh lelaki tu bgtau.hahahhahha :P

Ali ridha said...

buat apa puji
perempuan cantik ni.

Anonymous said...

sedangkan pompuan sendiri suka tengok pompuan lain yang cantik, apatah lagi lelaki. tapi melampau sgt sampai kena mandi wajib hari-hari. orang yg mcm ni kena cepat kawin atau puasa utk kawal nafsu yg melampau tu.kwn ustazah tu mgkin dh lengkap tutup aurat, cuma wajahnya saja yg menyebabkan lelaki tertarik. jadi klu dh jd kes mcm ni...hmm..nmpaknya lelaki tu la yg over..mata taknak jaga..teruk..

hamba Allah :) said...

agak menakutkan lah lelaki tu, tapi sekurang2nya dia jujur. if lelaki2 dlm dunia ni jujur dan ikhlas tegur pmpuan camtu bagus gak kan ? walaupun cm menakutkan sikit, haha

hamba Allah :) said...

menarik entry ni

ilashah said...

tutup aurat pun kaum laki boleh fikir mcm2 apetah lagi bukak aurat.nice entry..pempuam mmg kene tutup aurat bukan ala kadar je tapi mengikut syariat..berusahalah kawan2.mari kite menjage aurat masing2 :)

everjihad said...

randomly came across this blog

suka nak tegaskan pada lelaki, TUNDUKKAN PANDANGAN.

first of Allah. Perlunya lelaki tunjuk contoh, qudwah teladan dahulu insha Allah later perempuan follow.

perlunya lelaki untuk ada rasa malu. malu untuk melihat yang terlarang. malu melihat perkara yang haram.

bukan menidakkan yang perempuan harus menjaga, tapi bila berlaku sesuatu jangan terlalu mudah meluru pointing to others. in fact reflect urself first.

dua2 harus main peranan. lelaki dan juga perempuan. bukan perempuan sahaja.

wahai lelaki tundukkan pandanganmu. itu perintah Allah juga

bukan?
harus ditekankan juga bukan?

jangan terlampau stresskan pada wanita utamanya.

memang perempuan perlu menjaga perlu juga ikut perintah. lelaki pun tak kurang perlunya menjaga.

cuba bayangkan, pada perempuan yg membuka aurat mereka, yang seksi2 tu, bayangkan kalau takde lelaki nak pandang takde lelaki nak tengok, semua lelaki pandang lantai je or langsung tak pandang pada perempuan 2 macam tu, awak rasa apa

kesan dia pada si wanita? apa kesannya pada psikologi dan behavior wanita?

wanita tu sendiri ada malunya. bila lelaki tau rasa malu, ada

rasa malu, dengan sendiri wanita tu insha Allah terasa segan.

kalau tak percaya, cuba tengok pada perempuan2 yg aurat terbuka, paling tidak dia ada sedikit malu nak berjumpa ustaz. kenapa? sebab ustaz warak. jaga pandangan. dengan
sendirinya kalau dia nak jumpa ustaz, mungkin dia terasa nak tutup aurat better. (tapi sini bukan soalnya. sbb sepatutnya perempuan tu tak patutla nak tutup aurat better sebab ustaz. patut buat sebab Allah)

the main point, ayuh serulah dan tekankanlah KEPENTINGAN LELAKI MENJAGA MATA. MENAHAN PANDANGAN di sebalik kamu menekankan peri pentingnya wanita memelihara maruah dirinya.

sama2 sama penting. tapi saya tak suka melihat isu ni, isu aurat yang sama berulang kali, seringkali terlihat bias nya.

first of all, Allah stress it to MAN first then to women. as Allah mentioned MeN first before women in the quran there must be reason and wisdom behind it.

pasti ada reason, pasti ada hikmah kenapa Allah berbuat begitu.

if you want other people to change, change yourself first.

if man want woman to change, you have to change man first. you have to change your MANners.

buktikan that you are real MAN yang beriman.

dada kamu penuh dengan keimanan sehingga perempuan cantik, perempuah yg terbuka aurat tak mampu menggugah imanmu.

hanya kerana padanganmu tertahan atas dasar ketaqwaan.

takut pada Allah.

jadilah lelaki yang beriman.
tegakkan nilai2 iman dalam diri insha Allah, kamu akan melihat perubahan..

Wallahu'alam.

cik azeya said...

ade gak lelaki camtu. baru 1st time denga. huk4

wanie m'nJ said...

subhanallah.. smp mcm tu skali cantik kwn ustzh tu..
*terbayg2 muka dia*

Imran said...

Kenapa ada manusia di sini yang komen dengan menulis sebelah tangan (pandang sebelah mata) ? Jangan disebabkan seorang manusia , semua kena tempiasnya .

Seperti perempuan jika cantik , tak semestinya mereka nak bukak aurat . Pesan Opah aku tu .

Dan bukan semua lelaki akan fikir atau buat bende2 tak elok bila nampak perempuan cantik . Macam Imran , kalau nampak perempuan cantik , Imran buat biasa je . Sebab everyone is beautiful . Seperti lagu I am beautiful .

Tapi si lelaki yang bagi surat tu memang menakutkan . tapi sekurangnya dia jujur . Tak banyak orang berani sejujur itu . Huhahahuhe .

cikpia said...

lumrah manusia sukakan kecantikan....... dan yang terlindung itu biasanya lebih cantik.....

Tuan Besar said...

Ustazah saya pun ada cerita tentang perkara ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...