25 Jul 2010

Tarikh Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM 2010) ke-45

Tempat menimba ilmu.
Sejak dua menjak ni ada beberapa orang rakan-rakan aku dah sibuk tanya bila tarikh konvo UTM 2010 untuk semester ni. Masing-masing dah cemas dah sebab nanti nak kena tempah hotel la, nak kena datang ambil jubah la, nak kena isi borang itu ini la kan.


So pagi tadi aku pun cari punya cari akhirnya jumpa jugak tarikh untuk korang grad wahai sahabat-sahabat aku semua. Yang pastinya tarikh tu adalah lepas raya. Takdanya UTM nak buat konvokesyen time-time bulan puasa. Macam mana pesta konvo nak laku kalau time bulan puasa kan. Lagi satu takde la nanti korang bergambar sambil monyok je sebab lapar..hehe

 Ini aku ambil dari website convo UTM.




HARAP MAKLUM !
Surat jemputan kepada Para Graduan diposkan mulai 2 Ogos 2010

PERHATIAN :
Semua graduan dijemput menghadiri Raptai Majlis Konvokesyen ke-45.

Maklumat Raptai Majlis Konvokesyen ke-45 adalah seperti berikut:

Tarikh : 24 September 2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Sultan Iskandar UTM, Johor Bahru, Johor


Untuk Makluman:
Graduan boleh menyemak nama menggunakan sistem semakan nama graduan
pada laman web Majlis Konvokesyen bermula 2010



Ok, kalau korang ada lagi soalan nak ditanya, aku syorkan korang baca FAQ tentang majlis konvokesyen ni kat website konvo ni--> Soalan Lazim 

ataupun kat website pejabat pendaftar--> Soalan Lazim


Jika ada lagi yang musykil ataupun persoalan yang nak ditanya dan nak tau maklumat lanjut berhubung konvokesyen ni seperti tarikh dan lain-lain, korang dinasihatkan telefon terus ke Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar di talian 07-5531157 atau 07-5530363  untuk memperolah maklumat lebih lanjut.


Banyak lagi maklumat dekat website konvokesyen tu, so baca la sampai habis kalau nak lebih dapat gambaran apa yang korang patut buat. Jangan malas.hehe. Tapi banyak dalam website tu masih belum berupdate sejak konvo ke 44 yang lepas. Mungkin lepas 2 ogos baru di update.


So aku sekadar share apa yang aku jumpa untuk pengetahuan korang. Kalau ada salah ke apa, korang bagitau ye.


p/s: Selamat bergraduasi kawan-kawan..Aku punya lambat lagi, akan aku follow jejak korang nanti.. =)


29 comments:

FarHa said...

salam..im first!

wahh semngt deh..takper2 pemangkin untuk terus berjuang ;)

sy thn depan insya-allah =)

Fiffy said...

konvo lepas raya.. haha

ko x grad lg? apsal?

Hasrol Nizam said...

@cikgu farha.. wslm..wah2..jadi org first lak..pantas dn tangkas..sy tahun depan jugak. tapi bulan Mac la.konvo kecik.. :D

tengok kawan2 dah habis belajar n dah kerja, makin semangat nih blaja..

@Fiffy, aku ada se sem lagi..sbb tu la tak grad..boleh la bawak2 kuih raya time konvo nanti..hhehe

hans said...

konvo adalah antara hari yg best dalam hidup

P/S : Review Film : Ong Bak 3 Memang Lucu! Hahaha!

Sir Marcello said...

Konvo Uitm pun aku tak jelas...macam tak pi pula kali nie..hehe...

btw..congrats

h A n Y S said...

yay!
excited!
haha
:D

Ery Farieha said...

oh x sbrnye mau grad
eerkk :P

Hasrol Nizam said...

@hans aku takleh sangkal dakwaan tu, even aku tak pernah konvo lagi.. :D

@Sir Marcello eh, awat tak pi..tak konvo leh dapat cert ke?hehe congrats buat kawan2..aku lmbt lagi.. hehe

@h A n Y S kenapa excited? nk konvo jugak ke.. =)

@Ery Farieha aku pun dh tak sabar ni..tapi sabar2 tu la yang bawak kita sampai kat cni..

fyzul MP said...

TQ serol bagi info nie..
Xda la nak tertanya-tanya bila ada apa perlu buat. Sbb dah ada sumber untuk bace dapat info..hehe...
Tp pape pun tunggu dpt surat dulu lah..hahaha...

h A n Y S said...

haha..
a'ah..
tgh tggu surat je ni..
:)

Hasrol Nizam said...

@fyzul MP joe, aku pun sebab ada budak2 ni tanya..tu yg aku cari kat google tu..selak2 ada..tp kat surat nanti lagi clear kot instruction dia.. tgu jgn tak tgu..hehe

@h A n Y S owh..tahniah2 sbb dh nk grad..kos apa kat utm?

h A n Y S said...

amek science construction..
:)

nur hidayah isa said...

tggl lagi 1 sem je nk convo..eda lagi 4...byknye...cepat2 la habis..

hans said...

owh
ko xpernah konvo lagi?
hahaha
nanti bila dah konvo
fuh, rasa gembira dan bangga gila sebab hasil usaha ko akhirnya berbaloi

Perjalanan Semalam Ialah Hari Makan Sedunia

Hasrol Nizam said...

@h A n Y S science connstruction eh..Falkulti awam ke? seronok la dah nak grad eh..

@hans belum la..aku dari matrix trus amek degree..wah, yeke..ni lagi tak sabr aku nk grad nih..

Hasrol Nizam said...

@nur hidayah isa 4 sem tu, rasa kejap je, tak lama pun..tup2 dah nak abes dah nanti.. mcm 4 sem before ni, kejap je kan.. =)

hans said...

owh
lagi berapa tahun nak grad
serius
hari graduation tu ko rasa lain tau
rasa best giler

P/S : Review Filem : The Sorcerer's Apprentice Cool Giler Beb! Terbaik!

IERA HAJERAH AZMAN said...

bagus eh lepas raya. sape2 dah kerja aku nak duit raya la.wahahaha

Puteri Dyla Qistina said...

nampaknya macam nak dekat sama tarikh ngan UPM punya konvo ya? :) hohoho

registrar.utm said...
This comment has been removed by the author.
registrar.utm said...

utk mkluman anda.konvo utm ke-45, insyallah kalo xde perubhan, pd date spt yg dipaparkan. Tahniah!

perlu pertanyaan?,singgah saja di blog kami.akan diusahakn utk dibntu.peace!

shea said...

ah!
sgale persoalan sy da dijwb dlm 1 post ni..thx 4 d info! :))))

iyllienaz said...

a'ah laa..uitm pon lepas raya..hehe

akira sendoh said...

wah..konvo besa neh..besh2..hehe..w/pun da konvo nak suka jugak..haha

diraja22 said...

bawa2 la bersabar yg berkenaan..

Fitrihadi.com said...

wah tahniah bro.. jangan tak gi konvo tu bro.. sebab itu akan jadi kenangan paling manis bro.. nnti leh kongsi dengan cucu2 hehehe


- - -
Contest Duit Raya Fitrihadi.com

Sofia said...

lebih kurang ktorg jg nak grad...

tp, ktorg lg lambat, bulan sepuluh maa..

dengar2 UM, bulan 8.. sebelum pose.. xtau la betui ke x..

adeii.. jeles tul

DaHLia said...

erkk dah 45??
sis dulu konvo ke 30..
adakah daku dah semakin dewasa??
huhuhuh

samdaddycool said...

MEnarik ni.. macam teruja je aku nak gi niaga kat konvo UTM.. Ada chance sebab lepas raya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...