16 Jul 2010

Dari Gopeng ke Taiping-Oh Kisah Bas lompat

Kisah nya 4 tahun dulu. Sewaktu aku masih lagi menuntut di Kolej Matrikulasi Perak, dalam aliran sains fizikal. Oleh sebab rumah aku ni di Taiping, dan KMPk ni di Pekan Gopeng, Ipoh jadi aku memang selalu balik ke rumah. Paling-paling kurang sebulan sekali. Tapi every two weeks aku mesti balik. Rindu mak ayah kat kampung kot masa tu, itu yang aku selalu balik. Anak emak ke aku ni? Aku anak mak dengan ayah aku la.hehe..

Pemandangan Masjid Kolej Matrikulasi Perak

KMPk ni ceruk, pedalaman, kata budak-budak yang duduk situ. Agaknya memang kolej2 matrikulasi ni diorang letak jauh2 ke ceruk. Sampai kan sekeliling KMPk tu penuh dengan hutan kelapa sawit. Jadi kalau nak keluar ke bandar, memang susah. Jauh gile. Aku pernah jugak pergi kolej matrikulasi pahang dekat Gambang, dekat ceruk-ceruk jugak. Memang tak jumpa tamadun manusia..hehe..

Ipoh dengan Taiping tak jauh. Cuma sejam suku je perjalanan. Ikut highway ke, ikut jalan lama, lebih kurang je. Itupun kalau naik bas yang speednya nak cecah 140km/l tu la. Yela, kalau bas 90km/j, lambat la sampai kan.Matematik simple je tu..

2 pilihan...

Kalau aku nak balik dari Ipoh nak ke Taiping ni ada 2 choice. Satu, aku naik bas ekspress Ipoh-Taiping Ekspress.(dia mmg tak pergi tempat lain selain ipoh n taiping, Jangan ngade2 nak suruh dia hantar pergi butterworth, mau kena flying kick,haha..)

Dan lagi satu choice kena naik bas henti-henti ataupun orang kampung aku panggil bas lompat-lompat. (kenapa bas lompat-lompat aku pun tak tau, jangan tanya.hehe) So aku mesti pilih naik bas ekspress, sebab ada aircond, sedap untuk tido, pejam je mata tup-tup dah sampai..hehe

Tiket Bas Ekspress habis...

Nak di jadikan cerita, minggu depannye KMPk cuti. Jadi ramai budak matrik ni balik. Sampai tiket bas ekspress Ipoh-Taiping tu habis. Dan kalau ada pun lambat sangat. Sebab kalau aku lambat sampai taiping, nanti bas dari taiping ke rumah aku takde after pukul 7 malam. So kalau aku sampai Taiping pukul 8 ke 9 ke, nak naik teksi dari taiping ke rumah aku mau kena puluh2 ringgit. Mana nak cekau duit banyak2 time matrik dulu. Duit pun mak ayah duk kasi lagi.

Jadi aku ambil keputusan naik bas lompat-lompat or bas henti-henti tu.. Aku pun dah lupa nama bas tu. Bas ni dari bandar ipoh dia hanya sampai ke Kuala Kangsar. Bas yang tak ber aircond, kena bukak tingkap kalau nak aircond sendiri. A typical public bus in rural area. Mula-mula perjalanan tak banyak ragam. Dan aku pun sampai la dengan selamat kat stesen bas kuala kangsar tu.

Dari Kuala kangsar nak ke Taiping, aku kena naik satu lagi bas awam. Red & Yellow Omnibus kot. Cuaca kat luar dah mendung, menandakan waktu pun hampir nak hujan..Cabaran dalam perjalanan balik aku haritu baru saja bermula... (Bersambung ke part two...)

Inspired by this article from kosmo. Bas henti-henti daif, kotor - LPKP

p/s: aku tertaip panjang, sebab tu buat 2 part.hehe..


25 comments:

hans said...

hahahaha
aku pernah naik bas lompat2 nih
penat gila

p/s : Review Film : Mantra Filem Seram Paling Terbaik Keluaran Metrowealth?

.ieLah. said...

oh i miss kmpk.. (ayat poyo..hoho)
penah nak kua naek bus kena pusing estet kat belah dalam tu dulu..abes kampung india aku pusing..padahal nak g gopeng jek..chis

Anonymous said...

ang kmpk gak ke? tahun berapa ang kat ctu?

Anonymous said...

mane part 2 nye?

Yani said...

rindu zaman matrikulasiku..huhu

RIS-IT said...

Rasanya nama bas tu reliance, tak pun general.
Aku pun dulu masa keja kat Ipoh (sblm ada keta) pun selalu naik bas Taiping Ipoh ekspress tu.
Kita serupa. Hehehehe

ijat_asni said...

arrgh
same la
KMPk jugak
bus yg dr gopeng -ipoh tu = bus kinta namenye
hehe

diraja22 said...

oo.. ada bas lompat2 ek..

fiD said...

kalau kat jhr disebut bus sambung2, heee

Hasrol Nizam said...

@hans penat kalau kena naik lebih dari 3 kali. aku max naik 3 kali je..

@.ieLah. la, yeke..ko pergi sampai kota bahru tu la ek..aku pun penah gak pegi sana.. adik aku skrg kat KMPK..hehe..

@Anonymous aku taun 2005 kat sana.. part 2 esok aku sambung..

@Yani rindu jugak ni..hehe..

@RIS-IT haah..betul2..bas2 tu la kot..ris-ti, ko orang taiping la ni eh..

@ijat_asni bas kinta, haa aku ingat2.. ko amek bila?

@diraja22 ada..hehe..

@fiD bas sambung2? hehe..cantik2..

nur hidayah isa said...

ala abeskan jela part 2 tu..nk kene tggu2 lak..hehee...dlu mase kt skola ada gak nek bas g outing..bas tu punye la uzur sebab rasa kalo 1 skru tercabut pon dah boleh terbarai..ahhahaha

Kujie said...

bas old skul tu..hehehe

dulu2 biasalah naik bas lompat2...skrg ni saja mengada2...tak sedar diri..haha

Una Ulala said...

dlu saye skolah kat sebelah matrik gopeng tuu
hehe :)

Ery Farieha said...

laaaa
kmpk ke?
senior aku la ni
hahahaha
rindunye zaman matrik

Hasrol Nizam said...

@nur hidayah isa panjang lagi ceritanya..takut org bosan baca. nanti dia skip2.. amboi2, bombastik nya ayat dia. agaknya dia yg pegi cabut skru tu tak..

@Kujie skrg ni semua org duk penting kan kualiti, sebab tu naik bas lompat2 ni org tak buat dah..haha..

@Una Ulala owh. SBPI gopeng eh. taun bila. adek kawan ada kat ctu..

@Ery Farieha laaa.junior aku la ni..skrg ada penah pergi lagi tak matrik kmpk tu?

Nazra~ said...

kena beli tiket awal2 lah kalau time cuti. naz dulu kat johor dulu, memang beli awal. habis tiket, mau nya banjir lah sungai muar. tak dpt nk balik kedah :D

tehr said...

dah lama juga tak naik bas
rindu pulak rasa...

Luth Textile said...

red omnibus tu eh? teringat aku nakg KK masa dok kt tepeng. hahaha bas ngokngek btol tu.

Una Ulala said...

masuk batch 2006
dua tahun je kat situ
situbanyak lembu
bau xyah nak cakap lah.haha

kulanz said...

setakat ni tak pernah sampai lagi tempat tu.. ada rezeki nanti nak juga datang sana

iyllienaz said...

haha..kalau now ni, bas lompat2 kat jb semua ada aircond kan??

@yuE said...

ko ni memang anak manja la weh...=p

Nur Mudrikah said...

waa...rindunya KMPk. dah lama tak jejak kaki kat sini since 2009 dulu. byk kenangan kat kmpk. kalo g outing mostly serbu JJ, naek pulak bus aunt kanaga..hihi

tak sangka jmpa senior kmpk kat sini. sains fzikal jgak tu. salam ikhwah;)

faez fahmie said...

abang, saya nak masuk kmpk ni. sesi 2011/2012. nak tanya, satu bilik berapa orang ek? reply kat fb la. add saya

Siti Zainab Kamarudin said...

rindu KMPk. me 2nd batch kt ctu. sesi 2003/2004. 10 years already!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...