20 Apr 2010

Cerita 5 hari-Pertemuan itu pilihan, tapi perpisahan itu mutlak

Entri ni adalah entri pertama dalam Cerita 5 Hari yang aku bagitau semalam.  

At bowling tournament
Sedar tak sedar, dah 4 tahun bertapak di muka bumi UTM ni. Masing-masing yang dulu hanyalah sekadar lepasan budak hingusan matrikulasi + MRSM + Form 6, sekarang dah bakal menjadi bapak-bapak dan mak-mak orang. Bila flashback gambar-gambar kami masa mula masuk UTM dulu, nak tergelak pun ada. Muka memang jambu  semua. 

Yang lelaki macam kanak-kanak riang, yang perempuan pun still tak pandai nak bergaya lagi. Tapi tu semua 4 tahun lepas, sekarang masing-masing dah berubah. Dah matang(yeke?). Masing-masing bakal mengharungi dunia sebenar yang penuh pancaroba selepas alam sebagai seorang pelajar. 

Memori balai cerapan UTM.
16hb April 2010, gathering terakhir kami bergelar sebagai pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia UTM

Budak-budak lelaki
Perempuan2 itu.
Aku serabai la malam tu
Biarpun muka rock, tapi dalam hati tetap ada taman.
 
Emosi malam ni bercampur baur sebenarnya. Biarpun masing-masing tahu malam ni mungkin adalah malam terakhir dapat gathering macam ni, tapi still tunjuk muka girang + hepi-hepi. Agaknya semua taknak tunjuk muka sedih-sedih. 


Tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa sedihnya nak tinggalkan kawan-kawan.  Pergi kelas, balik kelas, makan sama-sama, minum sama-sama, main PES sama-sama,  tidur sekatil,sebantal(sampai selantai pun pernah kot!). 4 tahun beb berkawan, lama tu. Moga persahabatan yang selama ini terbina tidak hanya tinggal kenangan.

Mana tahu nanti ada yang bergelar Perdana menteri, Pemimpin negara, CEO-CEO syarikat besar. ataupun seorang usahawan berjaya. Tak kira lah kerjaya sebagai apapun, asalkan kita semua seronok dengan apa yang kita lakukan. Carilah rezeki yang halal, agar berkat dunia akhirat ye kawan-kawan.


Mersing-2nd year
Di Desaru tahun lepas
Setiap yang bermula, pasti akan berakhir, setiap yang datang, pasti akan pergi. 
Pertemuan itu adalah pilihan, tapi perpisahan itu mutlak..

22 comments:

nursarah said...

just nak cakap, saya nampak exschoolmate saya, (Afzan) dekat gambar 1st tu. hehe

Fiffy said...

hahaa.. utm cakap,'good bye serol!' eekek

aku ada setahun lg kt cni. seb bek course 3 thn. wakakaka

ko skk ke ape? skb ke skr ker?

nur hidayah isa said...

smgt je muka bakar ayam..mesti sedih kan..kat bbq wat muka rock..kat blk mesti nangis..heee...

anyway, gudluck dah abis belajar ni.lagi banyak cabaran hidup...

Hasrol Nizam said...

@nur sarah, owh, schoolmate ke..lupa lak nak tanya si afzan aritu..

@Fiffy, Skk la..gudluck eh..

@NHI, kena semangat la sikit. baru ayam tu cepat masak..
ish, tak rock la nanges2 ni.. :)

cik kotak said...

salam ziarah..

gud luck dlm menghadapi dunia di luar sana..

Moga anda dpt aplikasikan segala ilmu yang ditimba selama 4 tahun terperuk dlm UTM..ilmu tak berguna kalau tak diamalkan...semoga berjaya dlm mencurahkan keringat dan berbakti kepada maysarakat, bangsa dan agama ksususnya...

Moga kita ketemu agi..insyaAllah..=)

Meow said...

Wah...sedihnya...

aku pun pernah mengalami benda yang sama hujung tahun lepas, lepas jer final...esok nak balik rasa sebak giler nak berpisah...

3tahun belajar bersama, gaduh sama2 ,mengumpat sama2 sekarang nak kmbali ke kampung halaman dan entah bila akan berjumpa lagi...

bila diingatkan balik sedihnya...rasa nak belajar balik..

yuhanisyusuf said...

betul, setuju sgt.. masa mula2 masuk U dulu mmg selebet habis..hahhaa

Hasrol Nizam said...

@CK, InysaAllah..

@Meow, Jom sambung master.. :)

@Yuhanisyusuf, haha, kelakar bila tgk zaman2 junior nye gambar..

Kyuubi_85 said...

so touching la. aku pun sama gak dgn ko. sem ni sem last aku dgn geng kelas diploma. pasni berpisah masing2 ikut jln hidup sendiri

Nazatul shima said...

memory time blajar la yg paling bez ngn kawan2...bile la nk masuk U balik nih..hmmm...rindu kwn2..isk3..

Hasrol Nizam said...

@kyuubi, owh..yeke..itu la..masing2 akan ada hala tuju sendiri lepas ni

@nazatulshima, sambung master jom!

AyuE said...

weh hasrol nnt kawin gn lupa jempot aku taw...=p

Beruang Putih si Dyla Qistina said...

Saya juga merasa begitu pada sem ini.. final sem, with friends.. 3 tahun...

Semoga kami tetap bersama walau hakikatnya semakin jauh. :)

Best la entry~ :)

Amy Syaquena said...

salam perkenalan..just follow ur blog..harap sudi membalas kunjungan ye...

Hasrol Nizam said...

@ayue,ok takde hal..ko tukang basuh pinggan, nak?

@Dyla Qistina, owh..yeke..persahabatan tu bagai air dicincang yg takkan putus~

@Amy, Salam perkenalan juga

miss lolly a.k.a luvfareda said...

Tu rr pasal.

perpisahan menyedihkan.

kenangan tu :(

miss lolly a.k.a luvfareda said...

Tu rr pasal.

perpisahan menyedihkan.

kenangan tu :(

uNIqIKA said...

xpyh la bertemu kalo takut berpisah.
hehehe..
sy bkl bertemu ngan org2 br. nk smbung study, dh lama duk kt rmh ni. xsbr nk msuk u. hehehe (mcm la dh konpem msuk u)

Hasrol Nizam said...

@miss lolly, yup..semua kawan2 dah post status sedey2 kat FB ni haa..

@uniqika, tapi bertemu tu kadang2 tak dapat elak jugak, tak macam tajuk entri ni..hehe
but jumpa org2 baru pun sgt menarik..tak rugi rasanya~

Mar-Diah said...

pjlnan hidup ni masih pjg, n hidup ni pn mcm roda. skjb ats, kjb bwh.. btw, ble da hbs degree, mcm2 leh wt kn? nk kje, nk smbg master.. tp jgn lupa agama sudah.. lps degree da xde la kot org nk mbebel, suh wt projek yg pening2kn kpala..nti sume memori ngn kwn2 dr zmn tadika smpi la hbs bljr ni, mmg ssh nk dpt balik. slmt ad pics, leh la wt lepas rindu.. wish u all the best! nti kje, da x sme mcm student ag.

kawin jgn lupe ajak!

~~NuR nAzLiNa sAiMoN~~ said...

kami pun wat bbq di tempat yg sama..hehehe....baguih2...
ti nak kawen jemput...n semoga berjaya di masa depan...

Hasrol Nizam said...

@mardiah, ok..kawen? nak datang ke perak tu? hehe

@lina, bbq kome lagi best dengar ceritanya..k..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...